Zinc Plus Shaklee kini sudah berada di pasaran Malaysia. Sebelum ini, Shaklee Malaysia mempunyai Zinc Complex. Namun ia sudah 3 tahun dihentikan penjualan dan digantikan dengan formula baru yang lebih efektif.

Zink adalah mineral yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku dan kulit yang sihat. Di samping itu, ia juga penting untuk menyokong pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun badan.

Walaupun kandungan zink di dalam badan berjumlah kecil, namun ia adalah komponen penting dalam lebih 200 enzim yang menyokong mekanisme badan. Tanpa zink, sel sel di dalam badan tidak akan berfungsi sempurna! Zink pula adalah mineral yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan dan ia perlu diambil melalui makanan atau suplemen.

Zink boleh didapati daripada makanan harian. Tetapi jumlah makanan harian yang diperlukan agak tidak masuk akal dan ia mungkin boleh menyebabkan anda mendapat masalah kesihatan lain sekiranya cara penyediaan anda salah! Tambahan pula sumber makanan di Malaysia kini banyak yang mengandungi racun dan bahan kimia.

zinc plus shaklee

Kenali Zinc Plus Shaklee

  • Setiap tablet Zinc Plus mengandungi 15 mg zink. Ia 100% lengkap untuk keperluan badan setiap hari.
  • Dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi. Zinc gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan.
  • Zinc gluconate juga 100% berasaskan tumbuhan. Ia diekstrak melalui fermentasi glukosa daripada jagung maka rasa dia kurang pahit, rasa pedar dan kurang rasa logam.
  • Ia diformulasi tanpa tumbuhan alfalfa.
  • Sesuai untuk semua dewasa.

zinc plus shaklee

7 Manfaat Zinc Plus Shaklee

  1. Meningkatkan imun badan. 
    • Menurut kajian yang telah dijalankan, zink mampu mengawal keradangan. Ia boleh memendekkan tempoh selesema biasa.
    • Ia juga menyokong sistem imun dan membantu mengaktifkan sel sel imun supaya berfungsi secara optimum.
  2. Kuatkan akar rambut dan kelihatan lebih bersinar.
    • Zink membantu mempercepatkan pertubuhan rambut yang lebih sihat, subur dan lebih tebal.
    • Masalah rambut gugur dan botak boleh diatasi dengan pengambilan zink.
  3. Kulit sihat, cantik dan berseri.
    • Zink membantu mengawal hormon testosteron. Ketidakseimbangan hormon ini menjadi punca jerawat.
    • Zink juga membantu penghasilan kolagen di dalam badan.
    • Disebabkan ia membantu meningkatkan imun badan, ia mampu menghalang bakteria terutamanya pada liang pori terbuka yang menjadi punca jerawat.
  4. Meningkatkan kesuburan.
    • Gabungan zink dan ezim lain seperti Coq10 berjaya meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.
    • Di kalangan wanita, zinc membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. Ia juga membantu pergerakan telur menuju ke rahim untuk proses penempelan.
    • Bagi lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan membaiku bentuk, fungsi dan kualiti sperma.
    • Terdapat juga kajian, zink membantu menyelesaikan masalah ‘mati pucuk’ dikalangan lelaki.
  5. Meningkatkan memori dan bagus untuk pembelajaran. 
    • Hipokampus, iaitu pusat memori dan pembelajaran otak mempunyai tahap zink tertinggi. Oleh itu, jumlah zink yang cukup di dalam sel akan meningkatkan komunikasi neuron untuk memproses maklumat lebih cekap.
    • Zink juga sangat diperlukan untuk melindungi saraf dan tisu otak.
    • Selain itu, zink amat penting untuk mengurangkan kadar penyakit berkaitan usia seperti Alzheimer.
  6. Meningkatkan tenaga dan stamina.
    • Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti harian.
    • Ia sangat membantu anda untuk meningkatkan prestasi ketika bersukan.
    • Selain itu, ia juga meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.
  7. Mempercepatkan penyembuhan luka. 
    • Zink sangat membantu dalam penghasilan tisu baru. Ia diperlukan untuk menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka dengan cepat.
    • Selain itu, fungsi zink juga boleh membantu melawan jangkitan dan mengelakkan jangkitan pada luka.
    • Luka juga akan menjadi lebih cepat kering dengan pengambilan zink kerana ia berperanan dalam mempercepatkan proses pembekuan darah. Sebab itu, jika diperhatikan, banyak krim krim penyembuh luka mempunyai kandungan zink.
Baca Juga  Cara Terbaik Untuk Detox Dengan Berkesan

Siapa Memerlukan Zinc Plus Shaklee? 

Sekiranya ada mempunyai ciri ciri seperti yang disenaraikan di bawah, anda adalah golongan yang amat memerlukan suplemen zink.

  • Selalu demam dan selesema.
  • Masih terdedah pada jerawat diusia dewasa.
  • Mengalami masalah kehilangan deria rasa dan bau.
  • Sering mengalami masalah hilang selera makan.
  • Luka lambat sembuh.
  • Sering mengalami cirit birit.
  • Mempunyai keinginan seks yang rendah.
  • Mempunyai sejarah bilangan sperma yang rendah.
  • Mempunyai bintik putih pada kuku.
  • Mempunyai tompok botak di atas kepala.

Dari 10 senarai di atas, anda mempunyai berapa ciri? sekiranya lebih daripada 5, saya yakin badan anda amat kekurangan kandungan zink. Dapatkan segera Zinc Plus Shaklee dengan harga RM56.25 sahaja.

Cara Makan Zinc Plus Shaklee

1 biji sehari ketika perut kosong.

Cara Dapatkan Zinc Plus Shaklee?

Klik link Wassap ini untuk terus hubungi saya atau terus membeli Zinc Plus Shaklee di web Shaklee dengan menekan pautan di bawah.

cara menghilangkan kudis
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

Zinc Plus Shaklee

Perbezaan Zinc Plus Shaklee dan Zinc Jenama Lain

Zinc Plus Shaklee Kini Di Pasaran Malaysia
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.