TIPS URUSKAN TABUNG BISNES

Macam mana saya uruskan kewangan bisnes saya? Memandangkan source of income sekarang hanyalah semata mata dari Shaklee, senang saya nak uruskan aliran duit keluar dan masuk. Dalam melakukan bisnes ni, kita tak boleh nak mencampur adukkan duit kita. Bukannya apa. Risau nanti terguna buat belanja pulak duit bisnes.

Tak kisah la kalau awak buat bisnes Shaklee atau bisnes lain yang tidak berkaitan dengan Shaklee. Bila tentang pengurusan kewangan dari hasil perniagaan awak, awak mesti tahu bagaimana cara untuk menguruskan duit duit yang diperolehi agar tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tak patut. Kadang kadang, bila duit dah banyak di depan mata, mula lah tersalah langkah. nak beli itu dan ini. Jalan sana dan sini. Silap hari bulan, bisnes ke mana, duit pun habis. 

 

Tips Uruskan Tabung Bisnes

  1. MODAL
    Bisnes Shaklee ni sebenarnya tidak memerlukan modal. Tapi kalau nak simpan sedikit stock di rumah, perlu la jugak keluarkan sedikit modal untuk membeli beberapa produk yang nak dijadikan Ready Stock di rumah.
    Cara saya, saya akan ambil duit daripada bonus Shaklee untuk dijadikan modal Ready Stock saya. Semakin hari, stock semakin bertambah, sebab tiap tiap bulan bonus pun bertambah jugak.
  2. UNTUNG RUNCIT
    Untung runcit dari bisnes Shaklee saya masukkan ke dalam satu tabung. Tabung ni khas untuk anak anak. Selalunya saya akan bahagi 2 duit untung runcit ni. Separuh untuk saya, separuh lagi untuk Adam dan Alyah. Di samping tu, saya juga merekodkan pengaliran stock keluar masuk serta duit untung dan duit modal bisnes Shaklee saya.
    Rasanya semua bisnes, tidak semata mata Shaklee perlu buat macam ni. Baru lah kita nampak ke mana hala tuju duit kita. Kan?
  3. BONUS SHAKLEE 
    Bonus Shaklee ni dipecahkan mengikut percentage selepas selesai membayar bil bil wajib. Di antaranya ada tabung :
    – Modal
    – Travel
    – Sedekah/Wakaf
    – Vitamin Sendiri/Mak Ayah
    – Reward Makan Makan Family
Baca Juga  Bagaimana Saya Kekalkan Momentum Bersama Shaklee?

tips uruskan tabung bisnes

 

Ini je cara saya.. Mungkin korang ada tips yang lagi bernas. Boleh la Share dengan saya yer. 😉

 

🍃Pakar #shaklee,
🍃Anisah Abdullah
🍃018.288.8797

Tips Uruskan Tabung Bisnes Agar Tidak Disalahgunakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.