Adakah anda sedang mencari tips penjagaan bayi pramatang di rumah? InsyaAllah artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda.

Kita tidak pernah meminta atau menjangka anak kita dilahirkan sebagai pra matang. Semua orang inginkan detik hamil selama 9 bulan itu indah dan sempurna. Namun, di atas beberapa faktor, kelahiran pra matang boleh berlaku.

Apakah Kelahiran Pra Matang?

Kelahiran pra matang adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan. Kebiasaannya, lebih awal bayi dilahirkan, lebih tinggi risiko yang dialami oleh bayi tersebut.

Penjagaan bayi pra matang tidak sama seperti bayi yang dilahirkan cukup bulan. Ibu bapa perlu mengambil tahu teknik dan cara yang betul untuk mengendalikan bayi pra matang.

Kebiasaannya, bayi yang lahir mempunyai berat kurang daripada 2kg akan di tahan di wad kerana pelbagai komplikasi boleh berlaku terhadap bayi yang kurang berat badan.

Penjagaan rapi diperlukan untuk bayi pra matang kerana suhu badan mudah jatuh, dan paras gula tidak stabil. Oleh itu, bayi hanya akan dibenarkan pulang sekiranya semuanya sudah stabil.

Penjagaan Bayi Pramatang

Pemakanan Bayi Pra Matang

Susu ibu adalah pemakanan terbaik untuk bayi pra matang. Namun adakalanya pihak hospital terpaksa beri bayi pra matang susu formula dan makanan tambahan kerana susu ibu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup.

Apabila mempunyai bayi pra matang, ibu WAJIB memastikan diri sendiri sihat dan mempunyai nutrisi yang cukup untuk menyusukan bayi agar berat bayi stabil dan boleh membesar dengan cepat.

Sekiranya bayi tinggal di dalam wad (inkubator) dan masih tidak mampu menghisap terus dari puting ibu, ibu perlu mengepam susu dan diberikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu. Penggunaan puting botol adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan bayi keliru.

Terdapat beberapa panduan untuk ibu bapa untuk mengendalikan penyusuan susu ibu untuk bayi di dalam inkubator.

  • Hantar susu perahan setiap hari kerana susu untuk bayi pramatang hanya bertahan selama 24 jam sahaja.
  • Jangan dibekukan susu perahan kerana ia tidak sesuai untuk bayi pramatang.
  • Cuba dapatkan lapisan paling atas susu ibu, iaitu yang lebih berlemak untuk kalori yang lebih tinggi.
  • Simpan susu dalam bekas mengikut keperluan bayi untuk mengelakkan pembaziran.
  • Labelkan tarikh, masa perahan dan nama bayi sebelum susu dihantar ke hospital.
  • Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang anda bawa setiap kali menghantar susu.
Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

Sebelum saya berkongsi tips penjagaan bayi pramatang, jom kita dengar dan lihat sendiri pengalaman ibu yang menjaga anak pramatang.

Tips Penjagaan Bayi Pramatang

1. Posisi tidur

Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

2. Pegang bayi

Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

3. Pasangkan lampu yang malap

Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

4. Tidak boleh penat

Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

5. Elak bunyi bising

Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

6. Rawatan kaedah kanggaro

Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

7. Lakukan stimulasi

Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Pengambilan Suplemen Untuk Membantu Penjagaan Bayi Pramatang

penjagaan bayi pramatang

#1 – VitaLea with Iron Formula

Ia adalah multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.

Baca Juga  Cara Mengubati Luka Pembedahan Bersalin Agar Cepat Sembuh

Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

#2 – B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia.

Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

 #3 – Sustained Release Vita- C Plus 500mg

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.

Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan…dan kulit lebih cantikkk.

#4 – Alfalfa Complex

Alfalfa adalah milkbooster yang baik. Ia membantu memekatkan susuibu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Alfalfa turut membantu perkumuhan menjadi lebih lawas dan membantu ibu membuang angin dari dalam badan. Kesannya, anak juga susah hendak kena kembung.

nota : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE (autoimun)

#5 – OsteMatrix

Antara kelebihan ostematrix adalah atasi sembelit, bg tenaga dan mudah bgn dr tidur kekalkan tekanan darah normal, bantu kita rasa  segar, elakkan kemurungan, mengatasi masalah water’retention’, elakkan kekejangan dan masalah tulang belakang.

Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.

Baca Juga  Kesan Penggunaan Implanon : Give Up selepas 2 tahun

Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.

Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

#6 – ESP @ Energizing Soy Protein

ESP berikan tenaga berpanjangan kepada tubuh…selain itu, tubuh kita terdiri dari sel. Protein pula makanan sel. tubuh yg tidak sihat..kerana selnya tidak sihat…protein ESP bantu baiki dan ganti sel2 yg tidak sihat dengan sel2 yg sihat dan baru.

Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Pengalaman Pengguna Set Berpantang dan Menyusu Shaklee Ketika Melahirkan Bayi Pramatang

penjagaan bayi pramatang

Mencegah lebih baik dari merawat

Hubungi : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration). Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah, Bagaimanakah Caranya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.