Tips Lelaki Sihat. Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah tampil sihat dan cergas di mata wanita dan anak anak. Kelihatan segak dan fit adalah idaman setiap lelaki. Hari ini saya ingin kongsikan tips lelaki sihat agar boleh menjalani kehidupan sihat sepanjang hari.

Kesihatan fizikal dan mental lelaki mempengaruhi kehidupan sekeliling mereka. Sekiranya lelaki sakit, insan disamping mereka automatik akan lemah dan tidak stabil. Oleh itu, lelaki wajib menjaga kesihatan demi keluarga dan insan tersayang.

Tips Lelaki Sihat : Apa yang LELAKI boleh lakukan setiap hari?

Tips lelaki sihat

Lelaki di usia 20an hingga 30an penting menjaga stamina badan agar kekal bertenaga. Sekiranya di usia 20an sudah mengalami pelbagai masalah kesihatan, tidak bersukan dan mengalami tekanan kerja, ia berisiko tinggi untuk mendapat kehidupan sihat di usia lebih matang nanti.

Sekiranya di awal usia 40an lelaki mula mendapat penyakit, bukan bermakna penyakit tersebut datang akibat cara hidup di usia 40an. Ia berpunca dari awal lagi. Segala penyakit tidak muncul dalam tempoh yang singkat.

Apakah Cabaran LELAKI Untuk Kekal Sihat? 

#1. Lelaki sukakan manis 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Malaysia National Health and Morbidity Survey 2011, 1 daripada 6 lelaki Malaysia mempunyai diabetes. Faktor pemakanan rakyat Malaysia menyumbang kepada peningkatan pesakit diabetes di negara kita.
Kebanyakan lelaki di Malaysia tidak menggemari air kosong, namun lebih seronok memilih air minuman di dalam tin apabila panas dan dahaga.

#2. Lelaki Kurang Membakar Lemak

Menurut Malaysia National Health and Morbidity Survey 2011 juga, 2 daripada 3 lelaki Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Oleh itu, lelaki dinasihatkan agar kekal aktif sepanjang masa untuk membina asas yang sihat untuk sepanjang hayat.

Baca Juga  Set Hamil Shaklee Untuk Kekal Cergas

Luangkan masa untuk bersukan seperti berjogging, bermain bola, atau aktiviti aktiviti sukan yang lain supaya badan kekal cergas.

Ramai lelaki hari ini hanya gemar bermain permainan komputer sepanjang hari. Bermain komputer boleh terlalu lama boleh menyebabkan minda penat. Malah lebih buruk lagi, waktu makan dan minum juga dihabiskan dihadapan komputer. Anda perlu mengurangkan aktiviti seperti ini sekiranya ingin hidup sihat di usia emas nanti.

#3. Penyakit kardiovascular adalah PEMBUNUH No.1 lelaki di Malaysia

 

Tips Lelaki Sihat : 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Lelaki

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan setiap hari untuk kekal cergas!

1. Tingkatkan pengambilan protein

Protein membekalkan:

  • Tenaga dan stamina yang berkekalan.
  • Memastikan anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
  • Membina dan mengekalkan jisim otot anda.

Pilih protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan.

2. Makan multivitamin setiap hari

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:

  • Mengisi jurang pemakanan anda.
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

3. Sentiasa bersama Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:

  • Menyokong kesihatan imun anda.
  • Membantu pembaikan tisu.
  • Melindungi sel-sel anda daripada radikal bebas.
  • Meningkatkan kesihatan sperma dan peluang untuk persenyawaan.

4. Ambil dos harian Omega 3

Omega-3 terbukti berupaya untuk:

  • Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.
  • Menjadi agen anti-keradangan yang baik.
  • Menggalakkan sendi yang kuat.

5. Kekal bertenaga dengan B-Kompleks

Vitamin B:

  • Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
  • Meningkatkan emosi dan kesihatan kogniti.
Baca Juga  Tips Cergas Semasa Hamil Walaupun Mengandung di Usia Lewat 30an

tips lelaki sihat

6. Lakukan yang terbaik dengan Vitamin E

  • Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
  • Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.

7. Dapatkan perlindungan dengan Polifenol

Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga! Polifenol membantu :

  • Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan10 untuk prestasi terhebat.
  • Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat.

8. Tinggalkan tabiat merokok

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda.

9. Sentiasa Lakukan Senaman

  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
  • Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.

10. Makan dan kekal cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda. Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Karbohidrat yang tidak ditapis.
  • Lemak yang sihat.
  • Protein tanpa lemak.
  • Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
  • Serat.

Tips Lelaki Sihat: Men’s Vital Health Set Untuk Kesihatan Lelaki Secara Menyeluruh

Di Shaklee, kami mempunyai set lengkap untuk kesihatan lelaki. Lelaki perlu menjaga kesihatan dari peringkat awal kerana langkah pencegahan lebih baik daripada langkah mencari penyelesaian terhadap penyakit yang dihadapi.

Adalah lebih baik sekiranya menjaga kesihatan dari awal demi kehidupan sihat yang berpanjangan di hari tua. Tidak ramai lelaki yang pentingkan kesihatan sendiri dari peringkat awal. Oleh itu, anda sebagai lelaki, perlu ubah pemikiran tersebut. Mulakan dari seawal usia 20an.

Baca Juga  7 Cara Atasi Vertigo Tanpa Mengeluarkan Kos

tips lelaki sihat

 

men vital health set

 

Pertanyaan/order : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hits: 266

Tips Lelaki Sihat : Tampil Sihat Dan Cergas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat