Hari ni ramai kawan buat throwback. Kisah dulu dulu yang diorang ingat dan tak dilupakan.Ai pun nak buat throwback jugak. Throwback ketika mengikuti Program Pendidikan Luar Cabaran Mukah 2004. Pengakuan ikhlas lagi benar.

ekspedisi pendidikan luar 2004

Ini adalah salah satu gambar ketika Ekspedisi Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan 2004 di Mukah Sarawak. Tahun tu di kira tahun enjoy, yelah form 4. Mana lekat kat sekolah. Dari satu event ke satu event kita join. Yang menariknya, bulan Julai ke Sarawak, bulan Ogos ke Melaka. Bengang je kawan kawan kat sekolah masa tu.

Kisah ni di Dalat bersama keluarga Melanau. Waktu program bermalam satu malam di rumah keluarga angkat. Walaupun satu malam, sempat la makan udang galah besar besar, tinggal di rumah atas air, dihidang ulat sagu😨, dihidang umai, tengok pesta masyarakat Melanau dan macam macam.

Cuma, the best is, dah tak ingat dah sape kawan kawan dalam gambar ni. Termasuklah tuan rumah yang kami bermalam waktu tu. Hihihi… Rasanya ada simpan detail dalam buku biodata. Tapi buku entah la kat mana. Dalam stor kot.

Maklumlah.. zaman dulu dulu bukan macam sekarang.. add FB, add wechat, follow IG dan Twitter. Kenangan lain semasa program ni, ada aktiviti berkayak, jungle tracking dan berbasikal juga. Ketika berkayak, ter’partner’ dengan atlit Johor. Memang kami tinggalkan orang lain jauh kat depan. Yelah.. Masa dulu, kita aktif berkayak. Sejak dari sekolah rendah lagi. Nak kata terer takde la sangat. Tapi Sungai Kuala Ibai tu tiap tiap petang la kalau hari tak sekolah. Tak pasal pasal kena tukar partner. Tapi cikgu yang tukarkan tu silap. Tukar pulak dengan budak Pahang. Anak coach kayak Pahang pulak. End up takde effect. Kami lumba pulak dengan partner sebelum tu. Last last, cikgu give up. Sebab risau nak mintak saya tukar tukar partner lagi dalam sungai tu. Maklumlah.. Ada buaya.

Baca Juga  First Aid Kit Raya - Herbal Blend dan Chewable Vitamin C

Selain tu, di sekolah pun ada kenangan dengan kawan kawan sekolah. Terlalu banyak kenangan. Since ada yang satu kelas sejak tadika hingga SPM. Setia kan kami… hihihi

Kenangan korang waktu sekolah macam mana pulak? Ingat lagi tak?

Throwback : Ekspedisi Pendidikan Luar Cabaran Mukah 2004

Hits: 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares