Sejak berbisnes Shaklee ni, macam macam ragam orang saya jumpa. Siapa customer pertama saya yer? Kak Rozanna Rusan kan..? Terus ikat dia jadi Shaklee Family saya dah.

Kisah customer pertama saya biasa biasa je. Cuma dia orang yang mendorong saya buat bisnes sebenarnya. Push saya untuk ambil order. Kumpul kumpul sampai dapat free postage. Masa tu takde niat pun nak bisnes.

Cuma saya ada satu experience yang rasa macam tak boleh dilupakan. Jumpa sorang customer yang dikategori psycho. Ampun.. Cara dia tu buat saya jadi takut. Katanya dia ada macam macam maslaah kesihatan. Lebih daripada 10 kalau nak senaraikan ikut kata dia.

Awal awal dia call rasa macam okay.. berborak okay. Tapi dalam sehari dia call lebih 4 kali. The best is, dia tak beli apa apa pun lagi daripada saya. Cuma mintak guide untuk makan yang dia dah beli dengan orang lain.😂😅

Owh ye.. Dia ni perempuan dan dalam lingkungan lewat 40an or early 50 kot. Ada pelbagai masalah kesihatan katanya. Duit pun banyak rasanya. Sebab dah pegi berubat sana sini. Penang.. Kelantan. Beli macam macam supplement dari macam macam brand. Sebabnya, bila saya suggest apa je, mesti dia cakap dah ada. Dia cuma cakap nak beli Omegaguard dengan saya. NANTI. Tapi saya perlu guide dia dan aturkan semua ubat serta supplement yang dia makan. OmegaGuard nanti baru nak beli.

Awal awal saya memang ada berjanji nak pegi melawat dia kat rumah sambil COD OmegaGuard. Tapi saya mula jadi musykil dengan kata kata dia. Kata takde sesiapa yang boleh bantu dia.. Tak boleh nak berjalan.. duduk sorang sorang. Tapi pernah satu kali tu tengah ‘on call’ dengan dia, dia boleh bercakap dengan orang lain kat belakang macam ‘nothing problem’. Dari mood tengah nangis nangis tu, terus twist jadi suara paling ceria.

Baca Juga  Recycle Semua Bekas Supplement Shaklee

“Abang makan la. Mak dah siap masak. Ada semua lauk atas meja.”

Scary la pulak wehh.. Berbeza dengan apa yang dia ceritakan kepada saya. Dah la kadang kadang, call sambil menangis nangis mengadu sakit. Bila saya aturkan cara makan vitamin dia, dia call, bagitau dia tak boleh tidur, sakit lepas makan. Pedih perut, pening dan macam macam masalah lah. Siap tanya, Betul ke apa yang saya suruh dia makan? Kang dia mati kang..

Aduhhhh…

Klimaks saya melayan dia lepas dia call saya pukul 4 pagi berkali kali. Saya tak angkat dengan nombor biasa dia call, dia guna lagi beberapa nombor lain. Sebenarnya saya bukan taknak jawab. Tapi fon saya sentiasa silent mode. Mana sedar kalau orang call😂😂

Oleh kerana saya dah takut dengan dia, saya tak pergi pun rumah dia.. Sebab dia seolah olah takde niat pun nak beli OmegaGuard. Nak mintak saya datang cuma untuk tengok semua produk yang dia ambil je. Takut tau.. terus di block nombor dia.

Ampunnn.. kalau benar dia sakit dan perlukan pertolongan orang luar, semoga dah ada SID lain yang mampu melayan dia. Saya tak mampu..

ladywankaydiary

Kisah Suka Duka Saya Bersama Pelanggan Sepanjang Menjalankan Bisnes Shaklee
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.