Assalamualaikum & Salam Perkenalan

Selamat Datang ke blog Lady Wankay Diary. Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada anda kerana sudi singgah ke blog ini.

Semoga segala perkongsian tips, pengalaman dan juga sebagai gudang suplemen; kami dapat memberi manfaat terbaik untuk anda.

Jatuh Cinta Selepas Melahirkan Anak Pertama

Detik 13 Februari 2013 adalah hari pertama kelahiran anak sulung saya. Sebelum daripada tarikh itu, saya tidak pernah mengenali apa itu Shaklee.

Saya mula diperkenalkan kepada Shaklee oleh rakan saya selepas kelahiran anak sulung. Sejak dari itu, persepsi saya terhadap Shaklee mula berubah.

Saya ibu bekerja pada masa itu. Baru bergelar seorang ibu, saya sangat risaukan hari-hari mendatang anak saya. Sibuk dengan kerja tentu tidak banyak masa untuk menyusukan Adam Isyraf.

Saya mahukan anak saya dapat penyusuan eksklusif susu ibu tanpa bergantung dengan susu formula. Saya jadi dilemma..

Selepas 20 hari berpantang, saya semakin risau. Saya masih belum bersedia untuk membuat simpanan stok susu ibu untuk fasa sekembalinya bekerja nanti.

Rakan yang juga upline saya pada masa itu memberi konsultasi tentang persediaan penyusuan bayi bagi ibu bekerja. Alhamdulillah saya mulai faham dan yakin untuk mencuba produk Shaklee.

Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli Set Lengkap Berpantang dan Menyusu Shaklee. Alhamdulillah, selepas 2 hari mengamalkan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee, saya dah mula rasai kesan positif.

Saya dah boleh mula membuat stok susu untuk Adam Isyraf. Dari sedikit permulaannya kepada bertambah banyak. Saya berasa lega sekarang.

Ohh ya, bukan sekadar itu sahaja. Saya rasakan badan juga rasa bertenaga walaupun pertama kali berjaga dan perlu terus berjaga di kebanyakan waktu malam.

Alhamdulillah, penyusuan secara eksklusif Adam Isyraf berjaya selama 9 bulan. Stok EBM memang memenuhi peti storage dan saya sangat berpuas hati dengan kualiti susu yang pekat dan meriah.

Terima kasih untuk rakan yang memperkenalkan dan diri sendiri yang percaya dan yakin pada Shaklee. Itulah kenangan jatuh cinta pertama saya dengan Shaklee.

Tambah Rezeki Anak

Selepas Adam Isyraf berusia 8 bulan, Alhamdulillah. Rupa-rupanya kami diberi lagi rezeki seorang anak.

Tapi kali ini, saya mencuba produk Shaklee untuk fasa kehamilan. Ternyata trimester-trimester yang dilalui sangat mudah dan tidak ada banyak masalah.

Sepanjang mengandungkan Alyah Insyirah, saya sudah tidak mengalami masalah seperti waktu mengandungkan si Adam Isyraf. Waktu itu, saya sudah mengenali Shaklee dan mengambil Set Hamil Shaklee.

Ketika kehamilan anak pertama dahulu, saya selalu rasa cepat letih, pitam, mengalami alahan yang sangat teruk dan yang paling teruk  sekali ialah masalah kekejangan kaki yang berlaku seawal 5 bulan usia kandungan. Pheww seksanya saya masa tu.

Jujur saya menyesal, kerana tidak mendengar nasihat mentor saya untuk mengambil supplement ketika mengandungkan Adam Isyraf dahulu.

Pengalaman saya menggunakan Set Hamil, Set Berpantang dan Menyusu Shaklee sangat tidak mendukacitakan. Sejak dari itu, saya rasa adalah satu tindakan tidak bijak jika saya meninggalkan produk Shaklee.

Produk Shaklee telah memberikan saya kesan yang sangat memuaskan. Inilah Shaklee Effect saya.

Kerjaya WAHM Dan Membina Empayar Sendiri

Kini, sejak 1 September 2015, saya telah menjadi WAHM (Work at Home Mum). Pendek katanya ialah seorang surirumah sepenuh masa tetapi bekerjaya sendiri.

Saya mendapat surat termination dari Malaysia Airlines selepas syarikat itu berhasrat menghentikan operasi. Prosedur syarikat baru pula mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja dalam jumlah yang besar. Saya salah seorang daripadanya.

Walaupun ditawarkan bekerja semula di bahagian lain, saya tetap memilih untuk bekerja sendiri dengan fokus kepada keluarga dan empayar Shaklee saya secara 100%.

Menjadi WAHM pada usia 27 tahun bukan sesuatu yang dirancang kerana kontrak dan perjanjian dengan Malaysia Airlines berakhir pada 2022.

Syukur rasanya misi menjadi WAHM berjaya pada tahun 2015, tercapai lebih awal daripada yang dirancang.

Terus melangkah kehadapan, saya memilih untuk mengembangkan Empayar Shaklee yang saya bina sejak 2013 supaya menjadi lebih besar terus membantu ramai orang.

Konsep “Always Works, Always Safe, Always Green” dan keadaan syarikat yang kukuh membuatkan saya yakin dan tertarik memilih untuk menjadi seorang pengedar Shaklee (Shaklee Independant Distributor).

ladywankaydiary 1

Pengalaman Manis Bersama Shaklee

Kini sudah hampir 4 tahun saya membina perniagaan bersama Shaklee. Alhamdulillah bermula dengan sedikit, saya belajar dan terus belajar.

Hasil bimbingan ramai mentor yang hebat, langkah saya semakin tenang dalam dunia bisnes pilihan secara online ini. banyak ilmu dan tips menguruskan yang dikongsikan. Terima kasih kepada mereka.

Walaupun rata-rata menyatakan bahawa keadaan ekonomi tidak begitu baik hari ini, kami dapat melepasinya dengan tenang. Inshaa Allah semoga rezeki berpanjangan.

Anda Sudah Kenal Shaklee?

Anda berminat untuk mengenali Shaklee? Ingin jatuh cinta sama macam saya? Bukan sekadar merasai keberkesanan produk sahaja, malah anda boleh membina perniagaan dengan pendapatan tanpa had bersama Shaklee.

Jom kenali Shaklee dan jana pendapatan dengan bisnes Shaklee bersama saya. Hubungi:

anisah abdullah

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | CALL | WHATSAPP
018 – 288 8797

Email
sales@ladywankaydiary.com

Updated Ver 4.0 2017. Ladywankaydiary.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares