Tahukah anda? Apakah nutrisi yang diperlukan untuk bakal ibu di sepanjang kehamilan? Nutrisi lengkap amat penting untuk membantu tumbesaran bayi. Set kehamilan Shaklee merupakan nutrisi lengkap untuk menemani bakal ibu disepanjang kehamilan.

Tahukah Anda, Apa Yang Berlaku Di Trimester Pertama?

Trimester pertama adalah 12 minggu pertama kehamilan. Ramai yang mengambil mudah perjalanan fasa pertama kehamilan. Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa terdapat insan baru di dalam rahim. Mungkin ada yang berada di fasa ‘denying’ akibat belum bersedia. Dan ada yang fikir, ala.. masih baru.. Tak perlu nak buat pemeriksaan. Tak perlu lakukan apa apa.

Sebenarnya apabila memasuki fasa kehamilan, ibu wajib mengambil berat terhadap keperluan nutrisi ibu dan bayi. Hal ini kerana, dari bulan pertama ovum dan sperma berjaya disenyawakan, jantung bayi mula terbentuk. Ketika ini, Folik Asid sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi. Terutamanya risiko kecacatan tiub neural.

Selain itu, kekurangan folik asid semasa kehamilan juga boleh menyebabkan kecacatan lain pada bayi seperti kecacatan spina bifida.

Pada bulan kedua pula, ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi anda. Disamping itu, tulang rangka juga sedang terbentuk. Pada masa ini, protein, asid lemak dan kalsium sangat penting untuk membantu perkembangan bayi yang sihat.

Semua sumber tersebut diserap dari badan ibu untuk memastikan keperluan tumbesaran bayi mencukupi. Tetapi jika ibu sendiri tidak mempunyai nutrisi yang cukup akibat tidak menjaga pemakanan harian, sumber nutrisi untuk keperluan ibu akan mula berkurangan. Ibu mungkin akan mula mengalami mabuk dan mual.

Sebahagian besar organ dan sistem akan terbentuk sempurna pada bulan ketiga kehamilan termasuk organ mata. Bagi membantu ibu sentiasa cergas dan bebas masalah mabuk dan mual, Vitamin B6 amat penting. Selain itu, Asid lemak omega-6 juga perlu untuk membantu perkembangan mata dan otak bayi.

Baca Juga  Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Ibu hamil juga tidak lari daripada masalah sembelit. Perubahan hormon dan bentuk fizikal badan boleh menjadi punca berlakunya sembelit. Pengambilan kalsium boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

set kehamilan shaklee

Perkembangan Trimester Kedua

Trimester kedua adalah waktu yang sangat mengujakan. Bayi anda bersaiz avokado dan pelbagai perubahan besar berlaku.

Di bulan ke empat, bayi anda sedang mengalami perkembangan pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang. Protein yang cukup amat diperlukan untuk membekalkan kalori tambahan. Zat besi juga memainkan peranan penting untuk memastikan isipadu darah ibu bertambah 2 kali ganda.

Apabila kandungan berusia 5 bulan, tulang rawan bayi akan perlahan lahan membentuk tulang. Jangan abaikan pengambilan kalsium. Ketika ini kalsium penting untuk menyokong perkembangan tulang bayi anda. Di samping itu, vitamin C juga diperlukan untuk menyokong penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.

Jangan sesekali abaikan pemakanan sihat ya! Ibu hamil mudah mengalami kencing manis ketika hamil walaupun tidak pernah ada sejarah kencing manis.

Diusia bayi 6 bulan di dalam kandungan, otak dan paru paru berkembang pesat. Berat badan bayi akan terus bertambah sehingga lahir. Oleh itu, pengambilan omega-3 amat penting untuk menyokong perkembangan otak dan protein yang cukup boleh membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi.

set kehamilan shaklee

Perkembangan Trimester Ketiga

Trimester ketiga adalah peringkat akhir kehamilan. Pada peringkat ini, ibu hamil perlu memastikan nutrien ibu dan bayi cukup untuk menempuh proses bersalin. Ibu akan mungkin sering rasa keletihan akibat tekanan daripada bayi.

Di mana, pada bulan ke 7, berat otak berkembang 400% – 500% sehingga lahir. Lemak bayi semakin bertambah dan kulit menjadi kurang berkedut. Tips untuk ibu di saat ini ialah pastikan mengambil lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Vitamin C juga boleh membantu menyokong kesihatan kulit bayi.

Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

Otak bayi semakin berkedut untuk sambungan saraf apabila masuk bulan ke 8. Vitamin seperti Asid lemak omega-3 sangat penting untuk menyokong perkembangan otak. Di samping itu, bayi memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguat dan mengeraskan tulang.  Jadi pastikan ibu mengambil vitamin kalsium dan protein setiap hari.

Perkembangan bayi di bulan bulan seterusnya juga sama yang mana perkembangan otak dan tulang secara berterusan. Ibu perlu pastikan kesihatan ibu sentiasa di tahap terbaik. Pastikan tidur sentiasa cukup dan lakukan senaman senaman ringan yang bersesuaian dengan ibu hamil.

set kehamilan shaklee

Set Kehamilan Shaklee : Membantu Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan

Set Kehamilan Shaklee

Set kehamilan Shaklee merupakan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil. Ia terdiri daripada 6 jenis vitamin, yang mana boleh membantu dari peringkat awal hingga akhir termasuk selepas bersalin.

Diantaranya ialah:

  1. Vitalea – ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.(pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung)
  2. B Complex – vitamin B lengkap dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B. Ia penting untuk pembinaan tulang bayi dan boleh mengelakkan kecacatan pada janin, khususnya ‘spina bifida‘.
  3. Vitamin C – berfungsi melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dan boleh menguatkan sel sel tidu badan. Selain itu, Vitamin C boleh membantu dalam penghadapan zat disamping boleh meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Ia juga membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  4. Ostematrix – Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg sehari kalsium. Selain kalsium, terdapat magnesium, Vitamin D dan boron yang akan membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Bahan bahan ini membantu membina sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Selain itu, ostematrix boleh membaiki rangsangan urat saraf dan mengelakkan kekejangan otot. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  5. ESP (Soy Protein) – Berfungsi untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Protein diperlukan untuk pembentukan kuku, kulit dan rambut. Selain itu, protein membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  6. Omegaguard – Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan fungsi otak bayi sedari peringkat awal pembentukan struktur asas bahagian otak. Mengandungi DHA dan EPA dari Omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan organ penglihatan bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan membantu memperbaiki sistem pengaliran darah.
Baca Juga  Cara Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil

Dapatkan Set Hamil Shaklee Daripada Saya : Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Klik link ini untuk membuat pembelian terus di Website Shaklee

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hits: 4

Set Kehamilan Shaklee : Membantu Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat