Penyakit gout dikaitkan dengan masalah asid urik yang berlebihan. Sering kali kita dengar bahawa penyakit gout tidak boleh diubati melainkan mendapatkan rawatan untuk melegakan perasaan sakit. Oleh itu, ramai yang mencari alternatif dan petua pulihkan gout yang dialami agar dapat berhenti dari mengambil ubat ubatan kimia. Gout boleh dikategorikan sebagai penyakit yang semakin membimbangkan kerana semakin banyak menyerang rakyat Malaysia.

Apakah Sebenarnya Penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit sendi atau arthritis berpunca daripada pengumpulan hablur asid urik pada sendi. Penyakit ini dikatakan amat menyakitkan dan di dalam kebanyakan kes, gout hanya menyerang satu sendi (monoartritis).

Faktor pemakanan sering dikatakan menjadi punca penyakit gout. Adakah benar dan tepat yang mana pemakanan adalah punca utama? Apakah makanan makan yang menyebabkan gout menyerang? Dan bagaimana cara untuk meneutralkan semula asid urik yang berlebihan akibat serangan gout?

Asid urik adalah hasil pengurian protein purin. Protein urin ini boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan seperti kacang merah, hati, daging merah dan kacang peas. Di dalam proses badan normal, asid urik akan diproses di dalam buah pinggang dan keluar melalui air kencing. Namun, apabila kandungan asid urik di dalam darah terlalu tinggi, sebahagian asid urik akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian bahagian sendi dan ia akan menyebabkan sendi tersebut sakit, sukar bergerak, membengkak dan inflamasi.

petua pulihkan gout

 

Petua Pulihkan Gout Dari Peringkat Awal

Seperti yang dinyatakan di atas, gout berpunca akibat kegagalan buah pinggang untuk memproses asid urik dan juga pengambilan makanan yang tinggi kandungan asid urik. Oleh itu, fokus utama yang perlu diambil berat ialah menjaga buah pinggang terlebih dahulu disamping mengamalkan pemakanan sihat

Baca Juga  7 Cara Atasi Vertigo Tanpa Mengeluarkan Kos

Bagaimana cara menjaga buah pinggang?

  1. Minum air masak. Pengambilan air masak 1 liter untuk setiap 25 kilogram mengikut berat badan mampu membersihkan buah pinggang.
  2. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas bukan sahaja menyebabkan penyakit diabetes, malah boleh merosakkan buah pinggang.
  3. Elakkan minuman bercafein. Pengambilan cafein secara berlebihan akan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya menyebabkan buah pinggang terbeban.
  4. Elakkan minuman alkohol. Pengambilan alkohol boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang.
  5. Elakkan pengambilan protein haiwan secara berlebihan. Protein haiwan seperti daging merah akan menambahkan muatan metabolik terhadap buah pinggang. Semakin banyak protien yang diambil, semakin teruk buah pinggang perlu bekerja.

Makanan yang perlu DIELAKKAN oleh pesakit gout

  1. Kacang tanah, kacang putih dan semua jenis kacang yang bergaram.
  2. Segala jenis jeruk buah buahan atau jeruk sayuran serta telur masin.
  3. Makanan segera seperti mi segera, fast food, makanan ringan (junk food), dan makanan di dalam tin.
  4. Makanan yang berasaskan tepung putih seperti roti dan pizza.
  5. Daging merah dan makanan laut.
  6. Minuman bercafein, minuman bergas dan kordial seperti sunquick.
  7. Organ dalaman seperti hati limpa dan mempedal.
  8. Mi Kuning.
  9. Cendawan dan produk berhasilkan cendawan.
  10. Makanan yang tinggi kandungan pewarna, perasa dan cuka tiruan.

 

Atasi Gout Dengan Nutrisi Shaklee

Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit gout untuk kembali sihat. Diantaranya ialah:

#1. VIVIX 

  • Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

#2. ALFALFA 

  • Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.
Baca Juga  Kebaikan Set Menyusu Shaklee

#3. OMEGA GUARD

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

#4. PERFORMANCE DRINK

  • Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi.

 

Adakah Pesakit Gout Boleh Mengambil Vitamin C?

Pesakit Gout boleh mengambil Vitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermaksud ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.

Sebaiknya pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah di dalam dos 500mg hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu untuk pastikan ia adalah sesuai dengan badan anda.

 

Apa kata pengguna Nutrisi Shaklee Untuk Mengatasi Penyakit Gout?

image

 

image

 

image

 

petua atasi gout

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai nutrisi Shaklee untuk membantu mengatasi masalah gout, sila hubungi saya segera.

 

 

Hubungi : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

 

 

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).


Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

 

 

 

 

 

 

 

Petua Pulihkan Gout Tanpa Menggunakan Ubatan Kimia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares