Anda boleh mengalami masalah pedih ulu hati ketika mengandung walaupun anda tidak mempunyai gastrik. Apakah punca ia berlaku terhadap wanita mengandung? Rasa pedih panas seperti terbakar sering dirasai pada bahagian bawah tekak hingga ke bahagian bawah tulang dada.

Apakah Punca Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung?

Peningkatan hormon estrogen dan progesteron secara mendadak ketika mengandung mengakibatkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) menjadi lembut dan mengendur. Oleh itu, asid di dalam perut naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus).

Diantara simptom simptom yang akan dirasai termasuklah pedih dibahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid di dalam mulut.

Ketidakselesaan ini biasanya berlaku selepas makan dan minum dan boleh menyebabkan tidur ibu mengandung terganggu dan mudah hilang selera makan.

Tetapi ibu ibu tidak perlu risau, masalah ini tidak mengganggu kandungan.

Cara Mengatasi Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Terdapat beberapa tips untuk menghilangkan pedih ulu hati ketika hamil secara semulajadi. Kebiasaannya masalah ini boleh diatasi dengan menukar gaya pemakanan ibu hamil seharian.  Diantaranya ialah:

#1. Elakkan makanan pencetus pedih ulu hati

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mencetus pedih ulu hati. Oleh itu, ibu mengandung amat digalakkan agar menghindari terus makanan makanan seperti ini sepanjang hamil.

  • Jus buah buahan – jus oren mempunyai kandungan asid semulajadi.
  • Coklat – ia boleh melemahkan LES
  • Makanan pedas dan berminyak – ia boleh melemahkan LES
  • Minuman berkafein dan berkarbonat – ia boleh melemahkan LES

#2. Tukar tabiat pemakanan

Tabiat pemakanan juga perlu dijaga untuk mengelakkan pedih ulu hati. Amalkan tabiat pemakanan yang baik termasuk:

  • Makan di dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Anda dinasihatkan agar tidak makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
  • Pastikan anda mengunyah dengan perlahan dan tidak makan dengan gelojoh.
  • Pastikan anda tidak mengambil makanan berat 3 jam sebelum tidur.
  • Pastikan posisi badan tegak semasa makan untuk mengelakkan tekanan dari perut.
  • Selepas makan, pastikan anda mengambil masa 1-2 jam sebelum berbaring. Ia bertujuan mengelakkan reflux berlaku. Sekiranya terpaksa, baring secara mengiring.
  • Elakkan makan dan minum berulang ulang dan berselang seli.
  • Berjalan jalan secara perlahan dapat membantu proses penghadaman menjadi lancar.
Baca Juga  Sakit Gigi Ketika Hamil : Cara Mengatasi

#3. Pilih makanan sesuai yang membantu mengurangkan pedih ulu hati ketika mengandung.

  • Susu dan yogurt asli dapat membantu. Kandungan probiotik di dalam yogurt asli boleh menyeimbangkan kandungan asid. Bakteria probiotik pula boleh membantu membunuh bakteria di dalam usus yang menyebabkan penyakit.
  • Mengunyah gula gula getah membantu menggalakkan rembesan air liur selain membantu menyegarkan nafas. Secara tidak langsung, ia akan menguragkan keasidan di dalam esofagus. Tetapi harus berhati hati, wanita GDM ketika mengandung tidak digalakkan untuk mengunyah gula gula getah. Sekiranya perlu, cari gula gula getah yang rendah kandungan gula.
  • Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut.
  • Air kosong juga penting. Pastikan anda minum air kosong sekurang kurangnya 2 liter – 3 liter sehari.

#4. Pastikan badan sentiasa selesa. 

  • Pakai pakaian yang longgar terutamanya di bahagian perut dan berasaskan kapas untuk memastikan ibu mengandung sentiasa selesa.
  • Di dalam posisi berbaring, pastikan anda meninggikan bahagian atas badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus dan juga membaiki pernafasan agar lebih teratur ketika tidur.

Soy Protein Shaklee Terbukti Dapat Membantu Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung Dengan Selamat

pedih ulu hati ketika mengandung

Soy protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP sangat membantu masalah pedih ulu hati. ESP bersifat alkali. Ia boleh meneutralkan asid di dalam perut dan di sepanjang esofagus.

ESP selamat diambil oleh ibu mengandung. Malah, protein soya Shaklee dihasilkan daripada ekstrak soya tanpa GMO. ESP berfungsi merawat dan memulihkan esofagus dan perut yang terhakis ketika asid menyerang. ESP juga berfungsi membaiki tisu tisu dan sel yang rosak denan cepat. Oleh sebab itulah, masalah pedih ulu hati dapat diatasi dalam masa yang singkat.

Baca Juga  Masalah Anemia Ketika Mengandung : Bagaimana Cara Mengatasinya

Di samping itu, ESP juga bagus untuk mengawal kandungan gula di dalam darah ibu ibu yang menghidapi masalah GDM. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP menjadikan insulin lebih efektif untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Saya berharap, artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah pedih ulu hati ketika mengandung. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP yang berharga RM161.25 untuk mengatasi masalah ini, boleh terus klik link di bawah untuk membuat pembelian terus melalui website Shaklee atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan juga pre konsultasi.

pedih ulu hati ketika mengandung
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

 

Hits: 232

Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat