Talasemia adalah penyakit genetik yang mana badan mengeluarkan hemoglobin secara tidak sempurna. Protein yang terdapat di dalam sel darah merah tidak berupaya untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel badan. Talasemia minor kebiasaannya tidak mendatangkan apa apa masalah kesihatan. Manakala pesakit Talasemia Major akan mengalami beberapa kemungkinan dan mengalami pelbagai masalah kesihatan. Apakah nutrisi untuk Talasemia Major?
Talasemia major atau nama saintifik Cooley’s anemia, tergolong dalam kelas Talasemia Beta. Jika kedua dua ibu bapa adalah pembawa (carrier) kepada genetik Talasemia, 25% daripada genetik mereka akan mendapat Talasemia Major.
Simptom Talasemia Major
Simptom Talasemia Major menonjol dalam usia 1 hingga 2 tahun selepas kelahiran. Pada peringkat awal kelahiran, bayi mungkin kelihatan sihat dan tidak menunjukkan apa apa simptom talasemia. Simptom anemia lebih menonjol pada pesakit talasemia major iaitu apabila hemoglobin di dalam darah pesakit mula turun daripada aras normal. Aras normal hemoglobin di dalam badan 8g/dl. Apabila paras hemoglobin rendah, ciri ciri berikut mudah kelihatan:
- Pucat
- Mendapat jangkitan dengan kerap
- Kurang selera makan
- Pertumbuhan terbantut
- Jaundis (kuning pada kulit dan mata)
- Pembesaran organ (tidak normal)
Talasemia Major ini adalah yang paling teruk dan memerlukan pemindahan darah yang kerap. Ia juga boleh menyebabkan kematian.
Dalam pesakit Talasemia Major, sumsum tulang akan mengembang (expansion of bone marrow) hingga mengakibatkan lapisan tulang (cortex) menjadi tipis. Perkembangan sumsum tulang ini terjadi untuk menampung keperluan sel darah merah. Di samping itu, sel darah merah juga dihasilkan di limpa dan menyebabkan pembesaran limpa.
Selain Cooley’s Anemia, Thalassemia major kadangkala dikenali sebagai Medi-tteranean Anemia, atau Homozygous Beta Thalassemia.
Diagnosis Untuk Talasemia
Sampel darah perlu diambil untuk mengdiagnosis talasemia. Ujian anemia dan sebarang masalah hemoglobin akan dilakukan ke atas sampel darah. Kecacatan yang terdapat di atas sel darah juga merupakan ciri ciri talasemia.
Selain ujian sampel darah, pemeriksaan ke atas limpa juga dilakukan. Sekiranya limpa bengkak atau membesar, ia juga salah satu ciri talasemia.
Rawatan Untuk Talasemia Major
Di antara kaedah rawatan untuk pesakit Talasemia Major ialah pemindahan darah (transfusi darah) yang teratur dan menggunakan rawatan desfemoxamine. Rawatan desfemoxamine bertujuan untuk mengurangkan kandungan zat besi yang berlebihan di dalam badan akibat pemindahan darah. Kos untuk menjalani kaedah rawatan ini agak tinggi namun hasilnya memberangsangkan.
Selain itu, terdapat juga rawatan pembedahan yang dapat membantu pesakit ini seperti’ spelenectomy dan pemindahan tulang sumsum. Splenectomy atau pembedahan mengeluarkan sebahagian daripada limpa. Walaupun rawatan ini tidak dapat menyembuhkan talasemia, tetapi jika organ terlalu aktif, ia akan memusnahkan sel-sel darah merah.
Manakala pemindahan sumsum tulang, dapat menyembuhkan pesakit sekiranya ada kesesuaian di antara penderma dan penerima.
Kanak-kanak yang menghidap Talasemia Major, jika tidak dirawat akan meninggal dunia dalam tempoh lima tahun hayat mereka. Ini adalah disebabkan oleh kesan dan komplikasi anemia terhadap jantung dan organ lain dalam badan.
Nutrisi Untuk Talasemia Dari Makanan Tambahan
Saranan Utama: Vivix

Saranan Suplemen Tambahan:
Apa Kata orang yang telah mengamalkan Vivix Shaklee?
Info lanjut dan Konsultasi PERCUMA??
Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com
Hits: 204