Talasemia adalah penyakit genetik. Penyakit ini berkaitan dengan genetik sel darah merah. Jika ibu bapa adalah pembawa gentik Talasemia, 50% kemungkinan anak jugak menjadi pembawa. 25% anak akan mendapat Talasemia dan 25% lagi normal (bebas Talasemia). Pengidap Talasemia perlu menambah darah untuk hidup sihat. Mungkin ada di kalangan pengidap atau pembawa Talasemia sedang mencari nutrisi untuk Talasemia agar tidak perlu tambah darah.

Nutrisi untuk Talasemia

Apakah Talasemia?

Talasemia adalah satu penyakit genetik akibat kerosakan susunan DNA ketika bercantum. Ia menyebabkan proses pembentukan darah merah (Hemoglobin) terganggu. Faktor genetik ini diturunkn oleh ibu dan bapa atau salah seorang daripada mereka. Kerosakan DNA berlaku apabila ketidakseimbangan salah satu daripada empat unsur asid amino pada unsur Hemoglobin. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen di dalam badan. Oleh itu, kekurangan Hemoglobin akan menyebabkan oksigen tidak dapat sampai ke seluruh tisu badan dan fungsi badan akan terganggu.

 

Jenis Thalasemia

Terdapat tiga jenis Talasemia:

  1. Talasemia Minor (pembawa gen Talasemia)
    • Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Thalasemia kepada anak anaknya.
  2. Talasemia Major
    • Talasemia major akan menunjukkan tanda tanda sejak berusia 3 hingga 18 bulan. Di antara tanda gejala Talasemia adalah badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesan terbantut dan terdapat perubahan yang terbentuk apabila anak anak semakin membesar.
  3. Talasemia Pertengahan
    • Talasemia jenis ini merupakan level pertengahan diantara talasemia major dan minor. Pengidap Talasemia Pertengahan tidak terlalu bergantung kepada pemindahan darah seperti Talasemia Major.

Kebiasaannya, buat orang normal, jangka hayat sel darah merah akan bertahan dalam 120 hari (3 bulan). Manakala, jangka hayat sel darah merah pengidap Talasemia kurang daripada 120 hari. Akibat daripada jangka hayat yang pendek, badan akan mengalami kekurangan sel darah merah dengan cepat. Oleh itu, pengidap Talasemia akan mengalami Anemia.
Nutrisi untuk Talasemia

Ciri Ciri Gejala Talasemia

  1. Sukar Bernafas
  2. Pening kepala
  3. Muntah muntah
  4. Senang mengalami asthma
  5. Air Kencing bewarna gelap
  6. Pembengkakan pada perut
  7. Penyakit Kuning
  8. Rambut gugur
  9. Muka menjadi pucat
  10. Jantung berdebar debar
Baca Juga  Vivix Suplemen Terbaik Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

 

Kaedah Rawatan Talasemia

Transfusi Darah

Kaedah rawatan transfusi darah perlu dijalankan kepada pengidap Talasemia. Setiap 1 hingga 2 kali sebulan, mereka perlu menjalani rawatan ini dan berlarutan seumur hidup. Rawatan ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap baik dan tisu tisu badan akan mendapat oksigen secukupnya.

Nutrisi untuk Talasemia

Kesan Transfusi Darah

Transfusi darah akan menyebabkan pengumpulan zat besi berlebihan di dalam organ organ penting di dalam badan. Jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas fungsinya. Oleh itu, penyidap Talasemia Major perlu melakukan rawatan penyingkiran zat besi melalui kadah suntikan.

Kaedah lain untuk menyingkirkan zat besi berlebihan melalui pembedahan membuang limpa. Ia bergantung kepada situasi tertentu.

 

Kaedah Pencegahan Talasemia

  1. Lakukan Ujian Saringan
    • Sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan yang ingin berkahwin perlu menjalani ujian saringan darah untuk menentukan sama ada mereka adalah pembawa atau tidak. Ini bertujuan sebagai langkah keselamatan dari peringkat awal.
  2. Sekiranya pasangan mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, pasangan perlu bersikap terbuka dan berbincang terlebih dahulu mengenainya. Hal ini kerana, anak yang bakal dilahirkan akan menjadi pembawa gen talasemia.
  3. Jika kedua dua pasangan adalah pembawa gen talasemia, mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar genetik dan menghadiri kelas kaunseling sebelum berkahwin. Hal ini kerana, anak yang bakal dilahirkan berisiko 25% untuk mendapat Talasemia Major yang mana boleh membawa maut.

Nutrisi Untuk Talasemia

Pengidap Talasemia perlu mengelak dari makan daging merah, gandum dan hati haiwan. Ketiga tiga makanan ini boleh menyebabkan pengidap Talasemia menjadi bertambah buruk.

Vivix Shaklee Sebagai Alternatif

Nutrisi untuk Talasemia

 

Info lanjut dan Konsultasi PERCUMA??

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Baca Juga  Bebas Kanser Limfoma Tahap 4 

 

Hits: 382

Nutrisi Untuk Talasemia Agar Tidak Perlu Transfusi Darah
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat