Alamak!! Isnin. Monday Blues. Igauan ramai orang. Tambah pulak cuti sekolah. Nak tau tak? Monday Blues berkait dengan kekurangan motivasi di dalam diri dan ia berkait rapat dengan kekurangan aktiviti neurotranmitter di dalam otak?

Nak sentiasa bermotivasi tinggi dan bersemangat untuk berjaya? 5 jenis vitamin semulajadi ni mampu bantu korang untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat setiap hari tau.

Eh macam mana tu?

Sebenarnya bila kita rasa tak bersemangat, rasa down, rasa tak bermotivasi, ia sebenarnya ada kaitan dengan neurotransmitter dalam otak kita.

Apakah Nerurotransmitter?

Neurotransmitter ni maksudnya bahan kimia dalam otak yang kerja dia hantar maklumat antara sel2 dalam otak kita. Bila kita rasa bersemangat, bermotivasi tinggi, kita rasa energetic, kita rasa rajin, itu adalah disebabkan kita punya neurotransmitter dalam keadaan seimbang.

Tapi kalauu kita rasa tak semangat, lesu, rendah motivasi, down dan kita lemau, itu adalah disebabkan neurotransmitter dalam otak kita tak seimbang.

Jadi macam mana cara kita nak seimbangkan neurotransmitter dalam otak kita?

Ok. Sel2 dalam otak kita perlu benda2 macam asid amino, vitamin, mineral dan nutrien lain untuk pastikan kesimbangan neurotransmitter tersebut.

 

Apakah nutrien paling utama untuk seimbangkan neurotransmitter?

#1. asid amino

Kenapa Asid Amino penting? Sebab hormon seperti Serotonin, Melatonin, Catecholamines dan Endorfin terbina daripada asid amino.

Asid amino Tryptophan bina hormon Serotonin & Melatonin.
Asid amino Tyrosine bina hormon Catecholamines.
Asid amino Phenylalanine bina hormon Endorfin.

Jadi kalau kita ambil protin lengkap dengan semua asid amino setiap hari, neurotransmitter dalam otak kita akan berada dalam keadaan seimbang. Bila seimbang, kita pun jadi sentiasa bersemangat, jadi bermotivasi tinggi dan ceria!

Pastikan ambil protin yang cukup. Kalau rasa “eh aku dah makan protin setiap hari tapi still rasa tak bersemangat je”….cuba check protien macam mana yang korang ambil. Kalau tanya saya suplemen protin apa yaang sesuai, saya for sure cadangkan ambil ESP. Itu je yang saya yakin berkualiti dan ada lengkap semua asid amino.

Baca Juga  6 Jenis Makanan Untuk Penderita Gout Ambil Setiap Hari

Satu lagi elakkan ambil dengan gula atau karbohidrat bertapis sebab ia buatkan gula dalam darah naik. Insulin pun akan sekat perjalanan asid amino ke otak. Jadi otak pun tak dapat asid amino.

#2. Lecithin

Lecithin ni tugasnya membina neurotransmitter dan bantu pemindahan maklumat dengan lebih mantap.

#3. Vitamin B Complex

Otak kita juga perlukan vitamin B6 (komponen dalam bcomplex). Kerja dia adalah menghasilkan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamine. Bila serotonin tinggi, kita jadi bersemangat.

#4. OmegaGuard

Di dalam omegaguard terdapat DHA, EPA, ALA yang kerjanya membantu sel otak kita berhubung antara satu sama lain. Bila omega 3 cukup dalam badan, kita akan rasa tenang dan bersemangat tinggi.

#5. Performance Drink

Otak kita juga perlukan performance drink. Dalam performance drink ada elektrolit yang boleh melancarkan lompatan neurotrasmiter.

Jadi sesapa yang nak sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi, sila amalkan 5 vitamin ni. Dan amalan rohani beserta doa jangan sesekali kurangkan. Lebih afdhal konsisten dan tingkatkan. Supaya kita terpilih untuk menjadi orang yang bersemangat dan berjaya setiap hari.

Vitamin ini sangat penting untuk membina dan membuat jaringan networking antara sel-sel otak kita. Jom kita buang rasa malas nak mulakan hari esok! Erti kata lain, buang jauh jauh Monday Blues. Mulakan hari anda dengan ceria dan sentiasa bermotivasi dan bersikap positif. Barulah bertenaga.
Ehh.. Baru perasan. Patutlah saya dah tak pernah feel Monday Blues. Ingatkan sebab dah jadi WAHM. Tapi sekarang saya rasa, sebab neurotransmitter boleh bergerak pantas sepanjang masa. Tak sangkut sangkut pun disebabkan saya cukup semua vitamin yang diperlukan. Cuma B Complex perlu extra. Al maklumlah. Cuti sekolah.. Kesabaran dan ketenangan perlu diutamakan.

Baca Juga  Cara Mengatasi Anxiety Disorder : Gangguan Kerisauan Melampau

Oh ye.. jangan lupa ambil sarapan yang berkhasiat yer. Itu juga penting untuk dapatkan tenaga sepanjang hari.

Monday Blues, Apakah Punca Sebenar?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.