Ramai wanita yang ingin memiliki kulit gebu dan lembut. Sehingga ada yang tidak berfikir panjang untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang mengandungi bahan terlarang. Terutamanya golongan remaja yang suka mengikuti perkembangan semasa sehingga memudaratkan diri sendiri.

Kulit Gebu dan Lembut

Benar.. Kalau ditanya, semua wanita ingin kelihatan cantik. Ada yang ingin cantik untuk suami. Ada yang ingin cantik semata mata untuk kepuasan diri. Dan ada yang ingin cantik untuk hari bahagia. Namun apabila ada yang memilih jalan mudah ingin cantik dalam masa yang singkat, maka ramailah yang mengalami kesan negatif daripada produk yang diamalkan.

Sebenarnya cantik adalah subjektif dan tidak kekal. Sebab itu ramai yang tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam dengan harapan dapat menghapuskan tanda tanda penuaan. Jangan bimbang, anda boleh memiliki kulit cantik sekiranya anda sentiasa pastikan nutrien di dalam badan mencukupi.

Miliki Kulit Gebu dan Lembut Dengan CoQ10

Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah sejenis antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada faktor faktor penuaan. Ia boleh melindungi kulit daripada sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan lain lain. Walaupun badan kita boleh menghasilkan sendiri CoQ10, namun selepas usia 20an, penghasilannya akan berkurangan. Oleh itu, pengambilan vitamin CoQ10 sangat digalakkan untuk memastikan badan sentiasa mempunyai jumlah CoQ10 yang mencukupi.

Manfaat Menakjubkan CoQ10 Kepada Kulit

CoQ10 bukan semata mata vitamin untuk memberi tenaga kepada badan. Ia adalah rahsia kecantikan terbaik untuk wanita. Pengambilan CoQ10 yang mencukupi boleh menyerlahkan kecantikan anda dari dalam dan memastikan anda sentiasa tampil berseri seri.

CoQ10 Memberi Perlindungan Optimum Kulit Berseri

CoQ10 mengandungi antioksida yang tinggi. Ia boleh melindungi kulit daripada mengalami penuaan pramatang yang berpunca daripada sinaran matahari berlebihan dan tidak balas keradangan.

Baca Juga  Apa Ada Disebalik Nama Shaklee

CoQ10 juga boleh membantu meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang mana boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit anda.

CoQ10 Membantu Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kolagen dan elastin penting untuk memastikan kulit sentiasa anjal dan berseri. Kehilangan kolagen dan elastin akan menyebabkan kulit berkedut dan tidak tegang. CoQ10 boleh membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit serta dapat melahirkan kulit yang lebih licin dan anjal.

CoQ10 Dapat Meningkatkan Tenaga Dan Meremajakan Kulit (Awet Muda)

CoQıο Boleh membantu anda untuk kelihatan remaja dan awet muda. Ia boleh memmelihara kulit dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang lebih sihat, mengeluarkan toksin dan menghidupkan semula sel sel baru yang lebih efektif.

Berapa Banyak CoQ10 yang Anda Perlukan?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%!

Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:

Kulit Gebu dan Lembut

CoQ-Trol Plus Shaklee Adalah Nutrisi Terbaik Untuk Miliki Kulit Gebu dan Lembut

Kulit Gebu dan Lembut

CoQ-Trol Plus adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada kerosakan berpunca daripada radikal bebas. Ia mengandungi CoQ10, tokoferol dan resveratrol. Untuk membantu penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

Kulit Gebu dan Lembut

Selain membantu untuk dapatkan kulit gebu dan lembut, CoQ-Trol Plus Shaklee jugak berkesan untuk meningkatkan tenaga, meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan kesuburan suami isteri.

Baca Juga  Siapa Upline Shaklee Saya? Dialah Yang Memperkenalkan Shaklee Kepada Anisah

Dapatkan Coq-Trol Plus Shaklee Daripada Saya Sekarang!

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk Coq-Trol Plus, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Order Online:rawatan alternatif slipped disc

Cash On Delivery : Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

Miliki Kulit Gebu dan Lembut Dengan CoQ10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.