Dari fasa sebelum kehamilan sehingga penyusuan, asid lemak omega-3, asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak. Sejak dari fasa sebelum kehamilan, bakal ibu digalakkan supaya mengambil omega-3 kerana terlalu banyak manfaat omega 3 yang boleh diperolehi.

Manfaat Omega 3 Sebelum Kehamilan.

Pengambilan omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Hal ini kerana, pada setiap wanita yang mengamalkan omega-3 akan mendapat manfaat seperti:

  • Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
  • Membantu mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung.

Manfaat kepada lelaki pula ialah:

  • Membantu untuk meningkatkan kepekatan sperma.
  • Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.

Manfaat Omega-3 Ketika Kehamilan

Apa yang anda makan ketika hamil menentukan tahap kesihatan bayi anda. Bagi mengelakkan masalah kesihatan bayi berlaku, ibu wajib mengambil pemakanan sihat sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu, ramai doktor menekankan supaya ibu mengamalkan omega-3 apabila memasuki trimester kedua atau ketiga kehamilan.

Sebenarnya, ia tidak menjadi masalah atau tidak memudaratkan bayi sekiranya omega-3 diambil lebih awal. Namun awas! Pilih omega-3 yang rendah kandungan merkuri bagi mengelakkan kesan buruk pada masa akan datang.

Manfaat omega-3 kepada ibu:

  • Menurunkanrisiko kelahiran pramatang.
  • Menggalakkan tempoh kehamilanoptimum.
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi ketika hamil)

Manfaat omega-3 kepada bayi:

  • Menggalakkan pertumbuhanjanin yang sihat dengan meningkatkan alirandarah di dalam plasenta.
  • Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika di dalam janin.
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.
  • Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Menggalakkan perkembangan saraf otak.
Baca Juga  Cara Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil

Manfaat Omega-3 Selepas Bersalin dan Proses Penyusuan

Omega-3 bukan sahaja perlu ketika hamil. Meneruskan pengambilan omega–3 selepas melahirkan bayi boleh membantu ibu dan bayi untuk melalui fasa yang seterusnya.

Apabila melahirkan, sekiranya ibu meneruskan pengambilan omega-3 ia dapat membantu ibu mengurangkan risiko kemurungan postpartum (meroyan).

Manakala, untuk bayi yang menyusu badan pula, ia dapat membantu:

  • Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh 5 tahun pertama kehidupan.
  • Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.
  • Mengurangkan risiko alahan terhadapmakanan dan kulit sensitif seperti ekzema.
  • Menyokong perkembangan penglihatan.
  • Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.

Oleh itu, bayi juga sangat digalakkan mengambil omega-3 semasa proses tumbesaran mereka.

Tahukah Anda?

Kajian telah menunjukkan bahawa ibu ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.

Omegaguard Minyak Ikan Omega-3 Tulen Berkepekatan Tinggi

Dihasilkan daripada ikan laut dalam di perairan sejuk, minyak ikan OmegaGuard Shaklee melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang membantu dalam menyingkirkan plumbum, arsenik, merkuri, cadmium, dioksin, PCB serta bahan-bahan berbahaya lain yang sering mencemari pelbagai spesis ikan. Proses penyulingan ini mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans dan mengurangi bau dan rasa hanyir.

  • Tiada pewarna, perisa dan bahan pengawet
  • Bebas gluten
  • Diiktiraf oleh Friends of the Sea, satu BadanPemuliharaan Antarabangsa, yang mempunyai kriteria yang ketat dalam pemuliharaan jangkamasa panjang, termasuk pantauan penuh dalam setiap peringkat pemprosesanDidatangkan dalam 90 kapsul kecil yang mudah ditelan, dan dipek dalam botol yang boleh dikitar semula berasaskan dakwat soya dan bebas daripada bisfenol-A.
manfaat omega 3
RM136.00

Sila hubungi saya segera untuk keterangan lebih lanjut.

Baca Juga  Diabetes Ketika Hamil : Cara Untuk Mengawal

Hubungi:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Cash On Delivery: Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier: Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel: Ke Seluruh Dunia

Hits: 1

Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat