Saya adalah pengguna Implanon untuk tujuan kaedah rancang keluarga. Saya mempunyai alasan dan sebab tertentu memilih kaedah ‘family planning’. Sebelum ini saya pernah membuat artikel tentang Harga Dan Tempat untuk memasang Implanon. Kemudian, artikel kedua mengenai Kesan Selepas Pemasangan Implanon. Waktu tu darah langsung tak berhenti walaupun sudah 2 bulan pasang implanon. Dan artikel ketiga tentang pengalaman selepas 3 bulan penggunaan implanon. Dan kini, untuk rujukan anda yang baru berfikir untuk memilih implanon sebagai kaedah merancang keluarga, saya rasa saya perlu berkongsi tentang kesan sampingan penggunaan implanon selepas setahun.

Kini saya sudah memasang implanon dalam setahun dua bulan. Jika diawal pemasangan implanon saya pernah mengalami pendarahan selama dekat 2 bulan akibat perubahan hormon, kemudian berjumpa dengan doktor dan mengambil pil hormon untuk hentikan pendarahan, kini ada pula masalah lain yang muncul.

Apakah Implanon?

Implanon adalah alat pencegah kehamilan yang dipasang di bawah lengan sehingga 3 tahun. Ia adalah rod plastik fleksibel sebesar batang mancis yang mengandungi hormon progestin yang dipanggil etonogestrel.

Implanon menghalang kehamilan dengan beberapa cara. Cara paling utama adalah implanon menghentikan pengeluaran telur dari ovari. Perubahan mukus di dalam serviks menyebabkan sperma tidak berjaya sampai ke telur. Implanon juga mengubah dinding rahim.

Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Menggunakan Implanon

Jika anda mempunyai ciri ciri berikut, anda tidak digalakkan untuk memilih implanon sebagai kaedah merancang kehamilan.

  1. Mengandung
  2. Merancang/berpotensi untuk mengandung.
  3. Mempunyai darah beku yang serius.
  4. Mempunyai penyakit hati atau ketumbuhan hati.
  5. Mempunyai pendarahan faraj yang tidak dapat dikenalpasti.
  6. Mempunyai kanser payudara atau apa apa jenis kanser yang sensitif terhadap progestin sama ada sekarang atau pada masa lalu.
  7. Alahan terhadap bahan di dalam implanon.
Baca Juga  Kesan Penggunaan Implanon : Give Up selepas 2 tahun

 

kesan sampingan penggunaan implanon selepas setahun

Kesan Sampingan Penggunaan Implanon Selepas Setahun

Berat Badan

Bercerita tentang berat badan, rata rata pengguna implanon bersetuju berat badan akan bertambah. Pengalaman saya sendiri, setiap bulan berat akan bertambah tanpa segan silu. Selepas setahun ni, saya dah mampu untuk kontrol kenaikan. Itupun selepas mengambil supplement untuk kontrol berat badan daripada Shaklee. Tapi malangnya berjaya jugak implanon menambahkan 10 kilogram berat saya sebelum mulakan pengambilan suplemen.

Kitaran Haid

Jujur saya berkongsi, pada peringkat awal memasang implanon, darah tidak berhenti selama 2 bulan. Kemudian saya berjumpa doktor pakar sakit puan dan diberi Norcolut untuk menghentikan darah. Selepas 5 hari mengambil pil tersebut, darah berhenti. Pil Norcolut itu pun perlu dihentikan sekiranya darah sudah kering.

Kemudian, selama 2 bulan saya mempunyai kitaran haid normal setiap 28 hari. Pada bulan berikutnya haid dah tak normal. 4 bulan kemudian, hanya ada hanya tompokan darah 2 kali selama 2 hari. Ia tidak seperti haid yang normal.

Menurut doktor, ia tak perlu dirisaukan sangat kerana ia adalah tanda sesuai menggunakan implanon.

Emosi

Orang yang memakai implanon dikatakan lebih cepat marah, dan lebih beremosi. Ia mungkin berpunca daripada perubahan hormon yang dialami. Oleh itu, kita sendiri perlu pandai mengawal emosi dan perasaan agar tidak memudaratkan orang lain dan diri sendiri.

Jangan la sebab emosi perubahan hormon sejak memakai implanon, hari hari Encik Suami dan anak anak kena marah. Ye dok?

kesan sampingan penggunaan implanon

Jadi bertabahlah untuk 2 tahun lagi. Semoga berat menurun dan emosi sentiasa terkawal. Cuma kalau lupa telan B Complex, kadang kadang menjadi singa jadian jugak bila anak anak buat hal. hihihi..

Setakat ini, itu je kesan sampingan penggunaan implanon terhadap diri saya. Tidak pernah lagi mengalami sakit kepala yang teruk ataupun masalah tekanan darah. Mungkin kesan penggunaan implanon agak berbeza terhadap setiap wanita. Saya nasihatkan sila berjumpa pakar sebelum nda memilih kaedah merancang keluarga sama ada implanon mahupun kaedah lain.

Baca Juga  Hilangkan Nafas Berbau Agar Yakin Tampil Di Khalayak Ramai

 

Update:

Nak baca kisah saya yang give up selepas 2 tahun? Sila ke artikel ini. 

Kesan Sampingan Penggunaan Implanon Selepas Setahun

31 thoughts on “Kesan Sampingan Penggunaan Implanon Selepas Setahun

  • November 29, 2016 at 11:17 am
    Permalink

    Saya dah 2 kali menggunakan kaedah perancangan implanon ni..saya tiada masalah sepnjang menggunakannya cuma 2 tahun pertama slps pakai period saya langsung tak datang..boleh puasa penuh la..hehe..berat badan naik ckit dlm 5kg..skarang saya dlm pantang 41 hari dan merancang utk pasang implanon kali ke 3 pada 7.12.16 ni kat hospital macahang..harap tiada apa masalah..

    Reply
  • Pingback:Kesan Penggunaan Implanon : Give Up selepas 2 tahun |

  • April 25, 2017 at 11:17 am
    Permalink

    saya 1st time menggunakan kaedah perancangan implanon ni.. Saya tiada masalah sepanjang 2 tahun menggunakannya (2 tahun tak period) lagi pun saya konsisten pam susu & breasfeeding. So, boleh puasa penuh la hihi…. berat badan maintain jer… tak naik pun. Sekarang masih berbaki lagi 3 bulan cukup 3 tahun pemakaian implanon ni. Baby dah 2 tahun 9 bulan. dah tak pam susu lagi. breasfeeding time malam jer n time hari cuti. period mula menampakkan dirinya. dah 2 bulan period tanpa henti ni. Risaulah pulak… nak menghabiskan sisa-sisa exp implanon ni (bulan ogos tamat). Cadang nak pasang lg lepas buka. Tapi takut pulak nak pakai lagi…

    Reply
    • April 26, 2017 at 3:29 pm
      Permalink

      awal awal dulu memang saya tak period jugak. tp sy buat detoks. terus period masa detox kedua. dan keluar yg sgt heavy dan ngeri lah..

      Reply
      • October 2, 2017 at 5:34 pm
        Permalink

        Nk buat mcm mana detok tu…SBB saya dah lama x period…pakai implan awal bulan 1

        Reply
      • July 23, 2018 at 2:49 pm
        Permalink

        as salam boleh saya tahu puan buat detox macamana ya

        Reply
  • April 29, 2017 at 1:08 am
    Permalink

    Bulan 5 ni cukup 1thn pkai implanon. Kesan dia memg boleh nmpk.lepas pntang berat 69kg. Skrg 80kg. Badan rasa sado. Xgemuk, tp dia jd mcm muscle up. Emosi kdg2 cpt nk marah. Slalu cuba kawal. Nk tau rasa sakit mcm mna? Pd yg nk cuba, keadaan dia mcm nurse nk drip air masuk bdn. Cucuk alat yg ada jarum dn dlm jarum ada rod implanon. Bila tarik alat tu,rod sja yg akn tggal dlm kulit.sakit sikit je. Lebam tu xdinafikn. Lepas 3 hari legalah. Boleh tmpaq lengan mcm biasa. Nk bt apa2 kena yakin. ALLAH kn ada.

    Reply
    • May 3, 2017 at 4:24 pm
      Permalink

      betul tu.. Boleh je nak cuba.. sebab ada orang takut nak iucd. ada org tak boleh nak commit dengan ubat pil perancang..

      Reply
  • May 15, 2017 at 12:29 am
    Permalink

    Assalam sis…sy ni dh remove implanon bln lps 20/4/17…pastu sy cntnue ngn pil…khmis lps dh last pill sy…n till now period tak muncul2…time pkai implan sy hny period sekali je dlm tmpoh 3 thn tu pn 1st month after insert…now risaunye la…takutnya t’mngandung…mungkinkah…

    Reply
  • May 19, 2017 at 10:53 pm
    Permalink

    beli je pregnancy test kit. sy sekarang tu mmg peneman setia. since sejak bukak implanon, period tak regular dan x ambil pil perancang.

    sy pun tak dpt regular period lagi walaupun dah 4 bulan bukak implanon ni.. selalu je risau kot2 termengandung. huuuu

    Reply
  • July 15, 2017 at 2:01 pm
    Permalink

    Salam sis, nk tanya kalau2 tau…buln 10 nnt genap 2 tahun pakai implan…masa pasang buln 10 tahun 2015 sy cuma period sekali je lepas psng, tapi seminggu je..lepas tu kering n tak datang2 period smpai la bulan puasa yg baru lepas ni, tiba2 period..so sy fikir normal dh la badan ni sbb bulan ni period lagi…jumaat 2 minggu lepas period dh kering..tapi tiba2 hari ni darah dtg lagi..kenapa ya, ke sebab hormon sy…risau jugak ni..

    Reply
    • July 22, 2017 at 10:24 pm
      Permalink

      saya dulu macam tu juga..
      sebelum saya decide nak bukak implan tu, period dah tak betul. 2 minggu sekali je period. dan last2 darah keluar tak berhenti langsung. terpaksa ambil ubat untuk keringkan darah..

      bukak jela.. sekarang ni lepas bukak pun period masih tak regular. cycle pun bukan 28 hari. dalam 2 bulan sekali baru period. dah 5 bulan dah bukak.

      Reply
  • July 29, 2017 at 8:28 pm
    Permalink

    Salam sis…nk tnye…pernah x sis mengalami sakit pada payudara ketika ditekan atau sengal2 pada payudara sepanjang pemakaian implan ni?

    Reply
    • July 30, 2017 at 2:28 pm
      Permalink

      salam.. saya memang selalu alami macam tu. lagipun sy pernah operate buang breast lump dulu masa tahun 2009.

      sejak dari tu, setiap kali nak period memang akan rasa.

      Reply
  • August 13, 2017 at 10:08 pm
    Permalink

    Salam sis, sya bukak implanon & x period
    Cycle haid sya 35 hari tp skrg dh lewat 3 hari
    Mmg ada perubahan hormon ke selepas bukak? Period sya pulak slalu 12 hari

    Reply
    • August 14, 2017 at 1:38 am
      Permalink

      Salam ida,

      Saya bukak januari lepas, dan sampai skrg period sy tak regular. period pertama sy bukak selepas 2 bulan.
      setiap cycle period saya dlm 2 bulan, sampai la this month. cycle sy 38 hari.
      Sy cuma guna apps dr Apple store untuk track period dan waktu subur. since skrg gunakan kaedah natural utk merancang.

      Reply
  • September 15, 2017 at 12:32 am
    Permalink

    Assalammualaikum sis.
    Saya dah pasang complain cukup bln 12 ni 3thn..pengalaman saya mula² pasang period tak dtg selama setahun slps tu kembali normal mcm biasa tp berat badan mmg naik la..utk bln ni saya pelik period tak dtg tiba² check upt naik 2line 1terang 1kabur..saya jd risau so saya tanya group di fb. rata² comment ia positif. Insyaallah isnin ni plan nak buka implanon..hrp² jika positif kandungan saya tak apa². Doakan saya ya sis

    Reply
    • September 17, 2017 at 10:24 am
      Permalink

      waalaikumsalam.. 2 line tu kebiasaannya positif.. memang ada diantara yang pakai implanon tetap boleh mengandung.. bergantung kepada hormon..

      insyaAllah kandungan awak selamat dan sihat..

      Reply
  • October 3, 2017 at 4:29 pm
    Permalink

    Salam sis. sy bru nk pasang implanon 5hb ni. sebab ada masalah jantung. doc cadangkan utk pkai implanon. jd nk tnye, sesiapa yg pasang implanon ni mmg akan berat bdn naik ke? Sebab bnyk baca blog org berat bdn naik. risau pula berat bdn naik

    Reply
    • October 12, 2017 at 2:12 pm
      Permalink

      berat badan saya memang naik, sebab hormon tak stabil dan metabolisme badan pun menurun. nak kena selalu bersenam lah

      Reply
  • October 4, 2017 at 10:43 pm
    Permalink

    assalamuaaikum sis..saya dah masuk 2 tahun pakai implanon..7 bulan pertama saya pakai hari tu,period saya tak berhenti..lepas tu saya mintak nk buang tp doc tak bagi buang sebab saya ad masalah hipertiroid,,tapi doc bagi ubat utk keringkan darah.. dalam 2 bulan period saya normal..lepas tu saya period 2 kali dalam sebulan..kadang2 ok,kadang2 tak ok..

    sekarang dah masuk 2tahun saya pakai implan..period tetap sama,,kadang2 2 kali sebulan,kadang2 ok balik..sekarang nie timbul masalah baru pulak,,setiap kali saya period tu saya jadi gatal2..sampai ad biji2 gatal…adakah ia berkaitan dengan implan jugak?? saya takut sangat..

    Reply
    • October 12, 2017 at 2:14 pm
      Permalink

      waalaikummussalam. mungkin pad tu yang nak kena tukar selalu. ada infection di bahagian tu agaknya. Boleh refer doktor la untuk pemeriksaan. Berat badan naik ke?

      Reply
  • November 14, 2017 at 1:41 pm
    Permalink

    Saya dah buka implan bulan 8 ..lepas tu period dtg cantik.. Lepas tu.. Bulan lepas, pasang semula implan..
    Betul ke.. Lepas pasang implan.. Kena ada tempoh ‘bertenang’?maksudnya kena rest seminggu lebih sebelum bersama…

    Reply
  • February 2, 2018 at 11:03 am
    Permalink

    assalamualaikum sist.. sy dah bukak implan bln 5 thun lps…pakai hanya setahun 5 bln…. sbb berhasrat untuk preggy balik. namun sehingga sekrg msh lagi blum hamil…. apakah kesan implan ni terlalu kuat sehingga saya msh lg blum dpt hamil balik semula?

    Reply
  • February 4, 2018 at 10:30 pm
    Permalink

    salam sis,blh sy tahu supplement shaklee ape yg sis guna utk kawal berat bdn dn emosi

    Reply
  • February 5, 2018 at 2:54 pm
    Permalink

    Saya pasang implan jun 2016…sepatutnya sebelum jun 2019 saya kena keluarkan implan yang dipasang…tapi saya ada masalah haid..masa awal2 pasang ada masalah haid tak teratur..sy refer lppkn..then sy disaran beli ubat Tranexamic acid dan mefenamic acid di farmasi..alhamdulillah haid saya stop..baru2 ni saya minum air rendaman kurma merah, longan kering utk milk booster sebab anak refuse formula milk..tp kesannye..period saya dtg x henti2..sy refer lppkn semula..sy disaran ambil ubat yg sama jugak..tp masih x berenti..haid yg kuar coklat2 merah…lama jugak…saya pun dh stress..nk beribadat pun susah..rase nk bukak je..sy pun ade masalah breast lump..pernah operate tahun 2010..

    Reply
    • February 5, 2018 at 2:58 pm
      Permalink

      Lpas period saya stop masa awal2 sy pasang implan..saya setahun lebih xdtg period…perut mmg buncit mcm org mengandung. Takut gk tgk…..bile haid dtg semula..saya happy gak tapi jd xbest bile xnk stop…ade la seminggu je rest..lainnye semua haid…tp jenis light.pakai pad jnis slim pun ok..stress sy…

      Reply
  • March 8, 2018 at 11:34 pm
    Permalink

    Setelah melahirkan anak yang ke-4, saya membuat keputusan utk pasang implanon. Sepanjang 18 bulan pertama langsung tiada period dan tidak pernah mendapat keputihan. Kebiasaan nya haid saya memang teratur pada setiap bulan walaupon baby menyusu badan. Tapi kali ini, setelah 18 bulan haid tak datang akhirnya saya period. 2 minggu yang pertama tompokan darah
    haid saya sangat pekat berwarna coklat kehitaman tanpa bau. Masuk minggu yang ke-3 keluar darah haid berwarna merah sedikit tapi berterusan sehingga minggu ke 12 di mana saya mula risau dan berjumpa DR pakar. Katanya ini adalah kesan daripada implanon dan sering berlaku pada wanita2 lain yang memasang implaon. DR beri saya 2 jenis ubat, ubat pertama untuk menghentikan pendarahan dan ubat kedua utk memulihkan semula dinding rahim yang menipis kesan daripada pemasangan implanon ini. Setelah 2 minggu menghabiskan ubat yg diberi, sehingga hari ini, telah memasuki bulan yg ke-5, saya masih mengalami pendarahan yg berterusan. Kadang2 banyak, kadang2 sikit. Saya terfikir utk mengeluarkan implanon ini dan bertukar pada pil pula. Berat badan dahulu 45kg, sekarang 53kg dan sentiasa berselera utk makan.

    Reply
  • May 4, 2018 at 10:18 pm
    Permalink

    Ada kesan sampingan seperti pigmentasi tak pakai implant?

    Reply
    • July 10, 2018 at 2:59 pm
      Permalink

      kesan sampingan tu bergantung kepada seseorang. pigmentasi tu mungkin ada. kalau saya, kesan sampingan yg sy alami tu berat badan naik mendadak dan tak alami period dalam tempoh yg agak lama

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares