Pernahkah anda tahu, apakah akibat apabila badan mengalami kekurangan nutrisi? Sebenarnya terdapat ramai orang yang tidak pernah mengambil berat tentang kepentingan nutrisi lengkap untuk menjamin tahap kesihatan terbaik. Tahukah anda, apakah kesan kekurangan nutrisi terhadap tahap kesihatan badan?

Nutrisi lengkap boleh diperolehi daripada sumber makanan yang kita ambil setiap hari. Namun di atas beberapa faktor dan ciri pemakanan harian, ramai orang yang tidak mengambil nutrisi yang cukup untuk kegunaan badan seharian. Pengambilan makanan segera, makanan yang berminyak dan berlemak serta tidak menggemari sayur juga menjadi pemangkin kepada kekurangan nutrisi di dalam badan.

Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan. Kesan paling mudah kita boleh nampak ialah kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan. Selain itu, banyak lagi kesan lain yang kita akan perolehi apabila badan kekurangan nutrisi.

Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Wanita

Baru baru ini, terdapat 1 berita yang dikeluarkan Berita Harian pada 21 November 2017 di mana seorang wanita lumpuh selepas melahirkan anak ke empat. Menurut laporan yang dikeluarkan, Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan. Kesan ini bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.

kesan kekurangan nutrisi

Menurut suami Meriam, sejak melahirkan anak ketiga, Meriam sering diserang penyakit ini, namun selepas mendapat rawatan beliau kembali pulih.

Sebenarnya setiap kali wanita hamil dan melahirkan, nutrisi di dalam badan wanita akan berkurang. Banyak nutrisi di dalam badan ibu telah diambil oleh bayi dalam tempoh tumbesaran di dalam fetus. Sekiranya ibu tidak mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, lama kelamaan, nutrisi akan terus berkurangan. Faktor usia juga boleh menyebabkan nutrisi di dalam badan berkurang.

Baca Juga  Tanda Kanser Limfoma Yang Kita Tidak Sedar

Apabila tidak ditambah melalui pengambilan makanan sihat ataupun vitamin, tahap kesihatan akan merosot. Justeru, setiap orang perlu mempunyai kesedaran di dalam diri untuk memastikan badan sentiasa mengambil nutrisi yang cukup.

kesan kekurangan nutrisi

Kempen kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya rakyat Malaysia mengamalkan pinggan sihat suku suku separuh juga diantara misi kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup secara sihat. Misi ini dilancarkan untuk memastikan masyarakat tidak terus mengalami penyakit penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, strok dan sebagainya.

kesan kekurangan nutrisi

Apakah Punca Kekurangan Nutrisi?

Seperti yang dinyatakan di atas, nutrisi lengkap boleh didapati daripada pinggan sihat dan juga makan mengikut saranan piramid makanan. Hal ini kerana, punca berlakunya kekurangan nutrisi ialah:

  1. Kurang mengambil makanan berkhasiat.
  2. Terlebih makan makanan yang berminyak dan berlemak.
  3. Tidak mengambil makanan tinggi serat seperti sayur dan buah buahan.
  4. Mengambil gula dan garam berlebihan di dalam makanan dan minuman.

Nutrisi lengkap ini sepatutnya kita makan dan minum secara berpada pada dan tidak berlebihan mengambil lebih daripada apa yang disarankan di dalam piramid makanan.

Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Kesihatan Menyeluruh

Sekiranya anda menyedari badan anda mengalami kekurangan nutrisi, anda perlu mengubah segera tabiat pemakanan dan gaya hidup. Pastikan anda sering melakukan senaman dan ubah segera pola pemakanan harian anda.

Jika anda masih berdegil untuk teruskan cara tidak sihat, anda mungkin akan mengalami pelbagai jenis penyakit kronik dalam masa akan datang. Diantara penyakit yang anda akan perolehi apabila kekurangan nutrisi ialah:

Penyakit Kardiovaskular (CVD)

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2015, 50% rakyat Malaysia meninggal akibat penyakit kardiovaskular. Ia meningkat setiap tahun akibat ramai rakyat Malaysia mengalami sakit jantung. Pengambilan makanan tinggi lemak, kurang bersenam dan merokok menjadi punca penyakit kardiovaskular (CVD).

Baca Juga  3 sebab kenapa perlu buat BUKU MERAH ibu mengandung

Makanan makanan tinggi lemak dan minyak ini boleh menyebabkan badan mengandungi kolestrol berlebihan dan masalah darah tinggi. Ia mendorong pembentukan lipid yang mana menyebabkan arteri jantung tersumbat.

 

Masalah darah tinggi yang kebiasaanya berpunca daripada pengambilan garam (sodium) berlebihan dan pengambilan kalium yang tidak cukup. Komplikasi seperti stroke dan kegagalan buah pinggang boleh berlaku terhadap pesakit darah tinggi.

Di samping itu, masalah Diabetes juga berlaku akibat kekurangan nutrisi. Apabila badan tidak mampu menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk metabolisma di dalam darah. Insulin berfungsi untuk menukar glukosa di dalam darah menjadi tenaga di dalam sel. Tanpa insulin, paras glukosa boleh meningkat tinggi melebihi paras normal. Situasi ini menjadi punca utama diabetes.

Selain daripada 3 penyakit utama rakyat Malaysia ini, kekurangan nutrisi juga boleh menjadi pemangkin penyakit lain seperti kanser, osteoporosis, gangguan mental, imun badan rendah dan anemia.

Cadangan Makanan Untuk Memastikan Nutrisi Badan Lengkap

Melalui pembacaan di atas, saya pasti anda sudah memahami tentang kesan kekurangan nutrisi terhadap kesihatan badan. Oleh itu, pemakanan sihat adalah perkara utama yang perlu diambil berat oleh setiap orang. Kempen 1800 kalori sehari yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia amat sesuai diikuti kerana ia bersesuaian dengan keperluan badan seharian.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui jumlah kalori makanan harian di Malaysia.

kesan kekurangan nutrisi

kesan kekurangan nutrisi

kesan kekurangan nutrisi

Suplemen Sebagai Makanan Tambahan Lengkap Yang Lebih Mudah

Suplemen Asas Dewasa

kesan kekurangan nutrisi

  1. ESP – sumber protein tanpa lemak, tanpa kolesterol, tanpa pemanis tiruan. Kaya dengan 9 asid amino yang tak mampu untuk dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.
  2. Vita-Lea – multivitamin lengkap dengan zat besi.
  3. Omega Guard – sumber asid lemak Omega-3 paling tulen dan bebas toksin kerana ia tidak diekstrak daripada minyak hati ikan seperti suplemen omega-3 jenama lain.
  4. Vita-C Plus – membekalkan 500mg vitamin C bersama bioflavonoids dalam setiap 1 kapsul. Diformulakan dengan sustained release dimana setiap 100mg vitamin akan dilepaskan secara berperingkat ke dalam sistem tubuh setiap jam.
  5. B-Complex – gabungan 8 vitamin B penting dengan biotin dan asid folik.
Baca Juga  Hilangkan Nafas Berbau Agar Yakin Tampil Di Khalayak Ramai

Set Kanak Kanak

kesan kekurangan nutrisi

  1. Vita-Lea – multivitamin lengkap untuk menampung keperluan nutrisi harian kanak-kanak
  2. Meal Shakes – minuman protein yang lazat bagi membekalkan sumber protein yang penting untuk pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru yang sihat

 

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.