Kenapa wanita mengandung dibekalkan asid folik? Mesti ada ibu ibu yang berfikir tentang hal ini. Tahukah anda, apakah kepentingan asid folik untuk ibu mengandung?

Sebenarnya, asid folik bukan hanya untuk ibu mengandung. Wanita yang merancang untuk mengandung juga amat digalakkan untuk mengambil asid folik. Namun, masih ramai yang tak tahu kebaikan dan kepentingan asid folik untuk ibu mengandung. Malah, ada yang merungut setiap kali pergi ke klinik jururawat bekalkan asid folik untuk dibawa pulang ke rumah.

Saya tak mahu makan asid folik yang dibekalkan ni, takut bayi saya yang akan dilahirkan menjadi besar dan saya juga menjadi lebih gemuk ketika mengandung.

Mesti ada diantara anda yang beranggapan begitu kan? Sepatutnya anda mendengar nasihat doktor untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan.

Apakah Itu Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin di dalam kumpulan vitamin B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat di dalam makanan kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah buahan dan ektrak daging lembu. Asid folik juga boleh didapati di dalam makanan bijiri dan roti.

Asid folik sangat membantu untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu pembentukan tiub saraf bayi agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Apakah Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung?

Asid folik untuk ibu mengandung amat penting  bagi membantu melindungi bayi daripada masalah kecacatan saraf tunjang seperti kecacatan spina bifida. Spina bifida boleh berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. asid folik untuk ibu mengandung

Kesannya, bayi yang dilahirkan mengalami pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

Baca Juga  7 Tanda Bahaya Ibu Hamil Berpuasa

Pada 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, asid folik yang mencukupi amat diperlukan ketika ini.

Pengambilan 400mcg asid folik setiap hari ketika hamil dapat mengurangkan kebarangkalian sebanyak 70% masalah kecacatan tiub neural.

Disamping itu, pengambilan asid folik juga boleh membantu untuk melindungi bayi daripada mengalami masalah kelahiran pramatang, kecacatan bibir atau lelangit (sumbing), kelahiran berat badan rendah, tumbesaran bayi perlahan di dalam kandungan dan boleh mencegah ibu daripada keguguran.

Selain itu, asid folik juga membantu pembentukan hemoglobin di dalam darah. Sebab itulah, apabila ibu mengandung yang mempunyai paras hemoglobin yang terlalu rendah akan diberi iberet folic untuk memastikan tidak menghidapi anemia.

Apakah Sumber Terbaik Untuk Mendapat Asid Folik? 

Selain daripada mengambil asid folik yang dibekal oleh hospital atau klinik, kita boleh mengambil beberapa jenis makanan yang kaya dengan asid folik. Diantaranya ialah:

  1. Bayam
  2. Kacang bendi
  3. Asparagus
  4. Hati
  5. Betik
  6. Brokoli
  7. Oren
  8. Kacang merah
  9. Jagung
  10. Beras perang
  11. Barli
  12. Oat
  13. Ubi kentang
  14. Ikan salmon
  15. Telur rebus

Namun, anda harus tahu bahawa kandungan asid folik di dalam makanan boleh termusnah apabila makanan tersebut dimasak terlalu lama. Oleh itu, makanan yang dimasak sekejap atau dimakan mentah lebih baik untuk memastikan asid folik yang ada di dalam makanan tersebut kekal.

Suplemen Vitamin B Mengandungi Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Asid folik paling mudah didapati dalam bentuk suplemen. Berbanding asid folik yang dibekalkan oleh hospital ia hanya asid folik tanpa vitamin lain.

Di Shaklee terdapat Vitamin B Complex yang mana mengandungi Asid Folik beserta vitamin vitamin penting lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan B Complex untuk ibu mengandung. Vitamin B Complex bukan sahaja sesuai diambil oleh ibu mengandung malah ia adalah vitamin yang boleh diambil oleh semua golongan.

Baca Juga  Tips Cergas Semasa Hamil Walaupun Mengandung di Usia Lewat 30an

asid folik untuk ibu mengandung

B Complex Shaklee

  • mengandungi 8 kompenan penting vitamin B
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid
  • 100% biotin dan asid folik
  • membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan

Kelebihan B-Complex Shaklee 

  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atautulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu  pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

Bagi mendapatkan asid folik yang terbaik B-Complex Shaklee membekalkan asid folik baik untuk tubuh badan kita. Selain membekalkan asid folik semasa kehamilan B-Complex Shaklee juga membekalkan Vitamin B lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dialami oleh ibu hamil seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Vitamin Shaklee Selamat Dan Halal

Vitamin Shaklee selamat diamalkan oleh semua termasuk ibu mengandung. Ia juga diiktiraf Halal oleh badan yang disahkan oleh JAKIM.

Terdapat lebih daripada 100 ujian klinikal yang dilakukan terhadap setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Shaklee. Setiap tahun, Shaklee akan melakukan ujian kualiti terhadap produk dan juga ujian untuk memastikan keaslian dan keselamatan produk. Oleh itu, semua produk Shaklee boleh diyakini selamat untuk pengguna.

asid folik untuk ibu mengandung

Dapatkan B Complex Shaklee Yang Mengandungi Asid Folik

Apabila anda memilih untuk mengambil suplemen, anda perlukan bimbingan daripada pakar. Sekiranya anda terus menghubungi kami, pengedar Shaklee yang sah, anda akan mendapat konsultasi secara percuma berpanjangan. Shaklee tidak akan memberi jaminan kepada anda sekiranya membuat pembelian melalui website e-Dagang seperti Lazada, Carousell, dan sebagainya.

Baca Juga  Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Hanya pembelian melalui pengedar Shaklee Sah sahaja akan mendapat jaminan dan guaranti sekiranya anda mempunyai masalah apabila mengambil suplemen.

Saya adalah pengedar Shaklee sah yang berdaftar. Saya sentiasa menguruskan order dari seluruh negara termasuk Brunei. Sekinyanya anda mempunyai soalan dan kemusykilan, boleh hubungi saya segera.

Jika anda ingin terus membuat pembelian B Complex yang berharga RM58.75 melalui website Shaklee dan ingin Shaklee yang menguruskan penghantaran, boleh terus klik link dibawah. Hanya gunakan debit atau kredit kad untuk membuat pembayaran anda.

asid folik untuk ibu mengandung
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

 

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

 

 

 

 

Hits: 776

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat