Buku merah ibu mengandung atau buku rekod kesihatan ibu ni sinonim dengan klinik kerajaan. Klinik yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) sentiasa dibanjiri orang ramai kerana di situ kita boleh mendapat servis yang baik dan kos yang murah untuk ibu mengandung. Bukan sahaja untuk ibu mengandung, selepas melahirkan ibu bapa juga boleh memilih KKIA untuk meneruskan pemeriksaan untuk bayi selepas lahir seperti mengambil imunisasi mereka. Terdapat 3 sebab kenapa perlu buat buku merah ibu mengandung di klinik kerajaan.

buku merah ibu mengandung

Sebab kenapa perlu buat BUKU MERAH ibu mengandung

Mungkin ada diantara pasangan yang tidak terfikir tentang kepentingan Rekod Antenatal di klinik kerajaan. Pertamanya, apabila melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan, ibu akan di beri buku merah. Buku itu perlu dibawa pada setiap kali temujanji. Dan pihak klinik pula akan menyimpan satu lagi salinan buku merah tersebut.

Sekiranya dalam waktu tempoh mengandung, ibu terpaksa berpindah ke tempat lain dan tidak boleh ke klinik yang sama, ibu boleh menunjukkan rekod tersebut kepada doktor di klinik baru. Di samping itu, pada pendapat peribadi saya, kita mempunyai salinan untuk diri sendiri untuk memantau tahap kesihatan sepanjang tempoh mengandung. Tidak seperti di klinik swasta, kita cuma dapat kad temujanji untuk tarikh berikutnya. Lagipun nurse dah tulis semua rekod daripada berat badan, tahap kesihatan ketika mengandung hingga kiraan carta gerak anak di dalam kandungan. Ini penting tau untuk rujukan masa depan.

buku merah ibu mengandung

Keduanya, seperti berlaku kepada saya sendiri. Ketika mengandung anak pertama tiba tiba air ketuban pecah pada minggu ke 35 di kampung. Waktu tu di Kemaman Terengganu. Plan asal saya nak bersalin di Hospital Umra Shah Alam. Amat mustahil kalau air ketuban dah pecah, tapi nak travel balik ke Shah Alam untuk bersalin di Hospital Umra. Nasib baik dari awal saya memang melakukan pemeriksaan di dua tempat. Klinik kerajaan dan juga hospital swasta.

Baca Juga  Status Halal Shaklee : Sijil Halal Shaklee 2017

Jadi di dalam kejadian tu, saya cuma berikan buku merah kepada pihak Hospital Kemaman untuk rujukan mereka. Bayangkan jika saya cuma pergi ke hospital swasta je, dalam keadaan kecemasan air ketuban pecah awal dari waktu sepatutnya, kat mana doktor hospital nak rujuk semua rekod waktu saya mengandung? Mungkin tengah sakit tu saya pun kena bebel je macam budak katil sebelah. Dahlah takde rekod buku merah, overdue, songsang pulak. Menipu lagi cakap dah kawin.

Benda benda macam ni lah yang menyebabkan buku merah ni penting tau. Kalau sepanjang mengandung tu, elok je.. Takde masalah, it’s ok.. Awak tak susah.. Orang lain pun tak susah. Lagi lagi bila mengandung anak pertama. Semua benda pun baru dan tak tahu sangat.

Ketiga, buku merah ni penting juga untuk rekod mengandung anak seterusnya. Jika dah ada buku merah dan plan nak mengandung lagi, jangan pulak buang atau hilangkan. Nanti nak buat buku merah ibu mengandung lagi, nurse akan mintak buku rekod ibu mengandung sebelum ni. Waktu tu, janganlah nak marah atau muncung pulak nak marahkan nurse mintak benda yang bukan bukan. Bukan nurse tu bukan bukan tau. Dia cuma nak tengok rekod kesihatan ketika awak mengandung sebelum ni. Senang dia nak monitor dan awasi awak. Macam saya, disebabkan first pregnancy tu bersalin 35 minggu secara induced dan berat bayi kurang daripada 2.4kg, teruslah nurse mark kat kat depan buku.

Kalau awak semua nak rujuk kat apa yang perlu kena bawak atau apa yang nurse di klinik kesihatan kerjaan check, boleh la refer blog Babycenter. Saya cuma nak cerita kenapa pentingnya buat buku merah ibu mengandung je. Bukan apa.. Geram dengan sorang kawan yang dah 6 bulan pun takde buku merah lagi. Alasan sibuk sangat tak boleh nak pergi. WAHM je pun.. You have very flexible time to manage your business. 

Jangan jadikan alasan terlalu sibuk sampai tak boleh nak luangkan separuh hari untuk lakukan pemeriksaan di klinik kesihatan. Dan jangan ingat, hospital swasta tu tak perlu tunggu lama. Saya menunggu nak buat pemeriksaan antenatal di Universiti Malaya Medical Centre (UMSC) pun tak pernah kurang dari 3 jam tau.. Paling biasa, 4 jam baru settle check up. Bayar pun mahal. Klinik Kesihatan ni free of charge jer!

Baca Juga  Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Lagi satu, kalau nak tahu, ketika saya bersalin kt UMSC tu, saya check up kat sana 3 kali je. Fisrt time jumpa Prof Siti Zawiyah pun waktu dah 8 bulan. Bukak file. Second time, masa 35 minggu sebab history bersalin 35 minggu. Then waktu 38 minggu sebab dah nak bersalin. Sebabnya Prof bersetuju saya teruskan pemeriksaan di klinik kesihatan hingga bersalin. Kalau alasan awak takut doktor di hospital private tak layan kalau tak check up dengan dia, baik awak bincang dulu dengan doktor.

Owh ye.. lupa nak cakap, kalau kita buat buat pemeriksaan di klinik kesihatan, nanti nurse akan buat lawatan ke rumah selepas bersalin. Jadi tengah berpantang tu nanti, ada la jugak pakar kesihatan datang memeriksa kita kat rumah. Boleh tahu kita sihat ke tak.. Bayi kita tu pun sihat ke tak..

Korang tak rasa BEST ke? Diorang datang FREE je tau..

Dan kalau rasa nak sihat sepanjang tempoh mengandung, jangan lupa mengambil vitamin vitamin yang berkaitan. Bukannya apa, tak seronok la waktu mengandung kalau selalu asyik berulang alik klinik, check in check out hospital akibat kekurangan nutrisi. Elakkan kekejangan kaki, pitam, kebas kebas, anemia ketika mengandung..

Kalau nak mintak pandangan daripada saya pun boleh..

Hubungi je saya.

 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

3 sebab kenapa perlu buat BUKU MERAH ibu mengandung

5 thoughts on “3 sebab kenapa perlu buat BUKU MERAH ibu mengandung

  • September 5, 2017 at 3:27 pm
    Permalink

    SURAT NIKAH TAK BUKAN SYARAT UNTUK BUKA BUKU PINK

    Hari ni saya dikunjungi seorang ibu mengandung yang dah 30 minggu++
    Memang perut dah buncit la. Kalau tak mengandung, busung kot. Alasan dia ialah sebab dia kahwin kampung, jadi tak boleh buka buku sebab tak ada surat nikah. Jadi dia uruskan surat nikah dulu.
    Memang jadi dilema bagi wanita yang tiada surat nikah (belum berkahwin) untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan.

    Surat nikah bukanlah syarat untuk buka buku. Malah, KKM menggalakkan ibu-ibu ini untuk daftar dan dapatkan rawatan lebih awal untuk keselamatan ibu dan bayi.

    Saya faham stigma tu ada. Kerisauan mungkin dipandang serong oleh anggota kesihatan atau masyarakat lain. Tapi, saya yakin ibu-ibu tetap ada rasa kasih kepada zuriat yang dikandung dan inginkan yang terbaik untuk dia.

    Yang silap tu kita sendiri. Bukan baby. Jadi sewajarnya baby tu dijaga dengan baik.
    Kalau anda dah berusia 18 tahun ke atas, boleh la buka buku seawal mungkin. Tapi, kalau masih bawah umur perlulah ditemani oleh ahli keluarga. Mungkin laporan polis perlu dibuat. Dan mungkin juga anda perlu dirujuk ke jabatan kebajikan.

    Sokongan ahli keluarga memang sangat diperlukan. Saya terharu sangat dengan seorang ibu yang anaknya sudah terlanjur, dia tetap terima anaknya yang dah insaf & sudi jaga cucunya.
    Sampai mata saya pun ikut berkaca-kaca kerana luahan hati masing-masing. Harap anaknya betul insaf dan baby akan dijaga sebaik mungkin.

    Hasil temubual, remaja sekarang sangat bebas dalam pergaulan lelaki & perempuan. Apalagi dengan penggunaan handphone secara berleluasa dengan pelbagai aplikasi yang memudahkan perhubungan.
    Ibu bapa & keluarga bukan saja perlu beri sokongan selepas berlakunya insiden seperti ini tapi sepatutnya beri pendidikan agama secukupnya & memantau aktiviti anak untuk elakkan insiden seperti ini berlaku.
    Gejala-gejala seperti ini bukan saja meruntuhkan akhlak generasi muda tapi juga membahayakan kesihatan mereka.

    #Selamatkan_remaja_malaysia

    Reply
  • November 7, 2017 at 4:15 pm
    Permalink

    Salam. Saya dah mengandung 28 minggu tapi still takde buku pink tu. Saya takut kalau saya pergi ke klinik, nurse marah sbb saya datang lambat. Tolong bagitau saya klinik kerajaan yang menyediakan servis yang baik. Kalau boleh di negeri Pahang. Terima kasih.

    Reply
    • November 9, 2017 at 6:49 pm
      Permalink

      salam.. sorry.. saya tak familiar dengan klinik di pahang.,. tapi sebaiknya puan pergi ke klinik kerajaan yg berdekatan dgn tempat puan tinggal. lagipun itu utk memudahkan mereka dan puan jugak bila bersalin nanti.

      nurse akan buat lawatan ke rumah selepas bersalin. 28 minggu tu dah banyak test2 yg wajib mereka buat dah terlepas. logik la nurse membebel.. tapi jgn risau.. hati mereka baik.. cuma kita la ibu mengandung slalunya cepat sensitif..

      silap kita jugak.. sebab sebaiknya kita bukak buku waktu 8 minggu – 12 minggu..

      Reply
  • January 17, 2018 at 1:49 pm
    Permalink

    Saya baru dapat panggilan dari nurse di klinik kesihatan yang memaklumkan akan buat lawatan ke rumah.. saya sedang hamil 19 minggu.. Terkejut, kalau2 admin tahu untuk apa ye lawatan ke rumah dibuat semasa ibu hamil.. bila saya tanya, dia kata prosedur buat buku merah sekarang.. ada sesiapa yg ada pengalaman macam ni ke.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.