Kelebihan Bisnes Shaklee

Sana sini orang berkongsi tentang produk Shaklee. Apa kelebihan bisnes Shaklee ni? Best sangat ke bila menjalankan bisnes Shaklee? Saya ingin berkongsi dengan anda keistimewaan dan kelebihan Shaklee hingga boleh meyebabkan anda teringin memilih Shaklee sebagai bisnes untuk anda menambah pendapatan bulanan.

Setiap bisnes yang kita ingin ceburi, yang paling utama adalah pengetahuan dan sejauh mana kita berminat dengan produk tersebut.

Sekiranya anda tidak pandai memasak, tetapi anda ingin menjual Nasi Lemak setiap pagi, sudah tentu perkara yang paling penting untuk anda lakukan adalah belajar memasak! Itu adalah asas yang paling penting anda pelajari sebelum memulakan perniagaan.

Begitu juga dengan bisnes Shaklee. Setiap pengedar Shaklee yang ada di Malaysia pada permulaannya tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang banyak dengan bisnes Shaklee. Melalui pembelajaran, usaha yang tidak putus asa, setiap pengedar Shaklee semakin mahir dan tahu tentang setiap produk yang dijual dari masa ke semasa.

 

Peluang Menjana Income sehingga 6 Angka Sebulan Dengan Shaklee

Ramai yang tidak tahu,bonus Shaklee telah dipatenkan dan sehingga infinity. Pendapatan sebulan bersama Shaklee boleh mencapai hingga 6 angka sebulan. Namun pendapatan bulanan Shaklee ini bergantung kepada pencapaian setiap bulan.

Seperti bisnes lain, banyak jualan pada bulan tersebut, lebih banyak la keuntungan yang boleh diperolehi. Siapa yang berusaha lebih gigih, lebih la bonus mereka.

Walaupun Shaklee didaftarkan sebagai syarikat MLM di Malaysia, namun pendapatan pengedar Shaklee tidak seperti pendapatan ahli MLM syarikat lain. Tidak ada istilah ‘menguntungkan orang atas di dalam bisnes Shaklee’. Banyakkan kelebihan bisnes Shaklee ni?

 

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Dan Mentor Bisnes Shaklee

Nama saya Anisah binti Abdullah. Dulu saya bekerja di bidang Aircraft Maintenance Engineering bersama Malaysia Airlines. Selepas peristiwa 2015, saya dibuang kerja dan saya terus meneruskan bisnes Shaklee dengan lebih serius. Ketika bekerja, saya hanya jalankan bisnes Shaklee setakat suka suka dan mengisi masa lapang ketika ramai kawan di tempat kerja ingin membuat pembelian.

Baca Juga  Cara Beli Produk Shaklee Dengan Harga Ahli

Bisnes suka suka pun saya boleh cecah bonus 3 angka sebulan dan kadang kadang 4 angka juga boleh dapat untuk sebulan. Kini saya menjalankan bisnes Shaklee sepenuh masa sebagai Work at Home Mom (WAHM) sambil sambil menjaga anak sendiri di rumah. Perjalanan naik rank saya bersama Shaklee agak lambat. Tetapi rasanya berbaloi dengan apa yang saya lakukan.

  • SID – sejak Mei 2013
  • Supervisor – November 2013
  • Senior Supervisor – Januari 2017
  • Coordinator – Ogos 2017

Saya berada di rank Supervisor agak lama kerana masa tu saya seronok dengan bisnes suka suka, 25hb setiap bulan saya dapat gaji, dan 15hb saya dapat pula bonus Shaklee. Dalam keadaan tidak terdesak langsung untuk mencari duit tambahan, saya seronok dan selesa dengan apa yang saya lakukan hingga ‘stuck’ di rank yang sama buat masa yang lama. Di rank Supervisor, bonus saya dalam RM1200 – RM 1600 sebulan bergantung kepada ‘sales’ yang saya buat pada bulan tu.

Mestilah saya rasa selesa. Dah ada 2 gaji. Bila dicampur, lebih daripada yang saya perlukan setiap bulan. Masa tu saya pun tidak serius untuk menjadi mentor kepada sesiapa di bawah empayar saya.

Selepas berhenti kerja, dan selepas melalui tempoh haru biru disebabkan takde kerja (orang yang pernah dibuang kerja je faham situasi ni), down, lost dan tak tahu apa nak buat, saya bangkit dengan bisnes Shaklee dan mulakan dengan serius. Tu jelah sedikit sebanyak latar belakang saya bagaimana saya boleh bersama bisnes Shaklee.

 

Bagaimana Bisnes Shaklee Beroperasi?

Di dalam bisnes Shaklee terdapat 2 golongan.

  1. Pengguna produk.

  2. Pengguna produk dan menjalankan bisnes.

Kedua dua golongan ini bermula akibat mempunyai ‘Masalah‘ dan ingin mencari ‘Penyelesaian’. Kebanyakan orang yang menjalankan bisnes Shaklee hanya bermula dengan golongan pertama. Golongan Pengguna Produk.

Ketika mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, pengguna hanya menggunakan khidmat google atau search engine berkaitan untuk mencari informasi. Kemudian, pengguna sendiri menghubungi penjual Shaklee untuk mendapatkan produk.

Baca Juga  Cari Pendapatan Sampingan Tanpa Modal

Selepas pengguna produk berpuas hati dengan produk Shaklee, secara tidak sengaja, mereka akan berkongsi dengan orang disekeliling mereka tentang keberkesanan produk. Kebiasaannya, itu adalah permulaan pengguna Shaklee menjalankan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang mudah. Saya sendiri tidak ke sana sini mencari customer untuk memasarkan produk Shaklee saya. Hampir 90% cara saya menjalankan bisnes dengan berkongsi pengalaman sendiri dan menceritakan pengalaman orang lain secara online di blog dan media sosial. Oleh kerana produk Shaklee berkesan dan dijamin selamat, pengguna sendiri yang tertarik dan jatuh hati menggunakan Shaklee.

Disebabkan produk Shaklee mempunyai kelebihan sendiri yang mana tidak ada produk syarikat lain mampu tandingi, anda sepatutnya mengambil peluang ini untuk mempromosi Shaklee. Berdasarkan Landmark Study, mereka membuktikan

Kenapa Shaklee?

Shaklee adalah syarikat yang sangat kukuh dan sudah bertapak lebih dari 100 tahun di dunia.

  1. Shaklee miliki Landmark study
  2. Shaklee miliki pusat R&D sendiri
  3. Shaklee miliki barisan saintis yang sentiasa melakukan research dan kajian dari semasa ke semasa
  4. Shaklee mengadakan ujian klinikal yang TIDAK DIUJI ke atas binatang seperti kebanyakan syarikat lain.

kelebihan bisnes Shaklee

 

Bonus Di Dalam Shaklee

Di shaklee, terdapat 3 bonus yang dipanggil 3C:

  1. Cash
  2. CAR
  3. Convention.

Cash Bonus 

Ia terbahagi kepada 2 iaitu untung runcit dan untung bonus daripada point terkumpul selama sebulan (UV Point). Antara cash bonus yang dikira berdasarkan point terkumpul sebulan di dalam Shaklee ialah:

  1. Personal Bonus iaitu jualan dari ID sendiri
  2. Net Personal Bonus iaitu bonus dari jualan downline
  3. Leadership bonus dari 1st level donwline
  4. Leadership bonus dari 2nd level downline
  5. Leadership bonus dari 3rd level downline
  6. Leadership bonus dari 4th level downline
  7. Leadership bonus dari 5th level downline
  8. Leadership bonus dari 6th level downline
  9. CAR bonus
  10. Coordinator Special Incentive
  11. Key Coordinator Special Incentive
  12. Master Coordinator Specail Incentive

Terdapat 12 sumber duit tunai yang boleh diperolehi melalui bisnes shaklee. Jadi sudah tentu tidak mustahil untuk mendapat bonus bulanan sehingga 6 angka bukan?

Baca Juga  Pengedar Shaklee Bukit Jelutong Shah Alam

CAR Bonus 

Car Bonus juga dibayar di dalam bentuk wang tunai. Shaklee tidak seperti MLM lain yang memberikan kereta sebaliknya membayar dengan tunai. Duit dari CAR Bonus ini bolehlah digunakan untuk membayar kereta idaman anda setiap bulan nanti.

CONVENTION 

convention pula adalah incentive khas percutian. Bermula pada tahun 2017, shaklee menawarkan percutian Regional dan International.

Untuk Regional akan dibuat di Bangkok dan International pula adalah trip Meditteranean Cruise yang akan melawat 3 buah negara iaitu Italy, France dan Spain.

kelebihan bisnes Shaklee

Bagaimana Untuk Mulakan Langkah Pertama Bisnes Shaklee?

Sekiranya anda menyertai team iAchieve bersama saya, saya telah menyediakan satu silibus khas untuk newbies. Silibus ini akan memudahkan anda untuk mendapat jalan di dalam bisnes Shaklee. saya tahu, sebagai seorang pengedar Shaklee yang baru, banyak benda yang tidak tahu dan tidak tahu juga ingin bertanya tentang apa.

Oleh itu, saya sediakan ‘starter kit’ khas untuk anda. Apa yang ada di dalam starter kit tu?

  1. Handbook iReach™ Step by Step Cara Untuk Menjadi SID Yang Berjaya.
  2. eBook FJM Families khas untuk newbies.
  3. Koleksi Testimonial Pengguna
  4. Poster-poster menarik untuk tujuan promosi
  5. Kelas Khas untuk mereka yang nak bisnes
  6. Personel Coaching bersama Anisah.
  7. Support Group di WhatsApp yang terdiri daripada SID lain yang baru dan lama yang boleh saling berkongsi tips dan info
  8. Kelas Nutrisi Online di Telegram kendalian iReach™ untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan anda dalam bidang nutrisi
  9. Buku Nutrisi sebagai panduan khas untuk cadangan vitamin dan set yang bersesuaian kepada prospek.

Semua yang disenaraikan ini hanya sebahagian daripada apa yang saya sediakan. Banyak lagi aktiviti kasih sayang lain untuk team iAchieve bersama saya untuk terus melakar kejayaan di dalam bisnes Shaklee.

anisah abdullah

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jom sertai iAchieve sekarang. Orang kata, FAST ACTION, FAST RESULT.

DAFTAR AHLI DI SINI

Hits: 278

Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Anda WAJIB Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat