Kencing manis ketika hamil boleh berlaku kepada mana mana wanita walaupun sebelum mengandung tidak pernah disyaki atau disahkan mengalami masalah kencing manis. Kencing manis ketika hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi (GDM). GDM singkatan kepada Gestational Diabetes Melitus hanya dialami oleh ibu mengandung.

Hormon Human Placental Lactogen (HPL) yang dirembeskan ketika hamil oleh plasenta boleh meningkatkan paras glukosa di dalam darah. Di dalam masa yang sama, hormon HPL juga akan mengubah tahap metabolisma badan ibu mengandung untuk memproses karbohidrat dan lemak lipid untuk keperluan tenaga. Di samping itu, hormon HPL juga boleh menyebabkan badan ibu mengandung menjadi kurang sensitif terhadap insulin kerana ia bertujuan untuk memastikan bayi mendapat nutrien mencukupi. Sepatutnya paras glukosa di dalam darah adalah terkawal walaupun paras glukosa ketika mengandung meningkat sedikit daripada biasa.

Oleh sebab itu ujian darah MGTT dilakukan untuk memastikan pankreas dapat menghasilkan insulin mencukupi dan dapat mengawal jumlah gula di dalam darah serta membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Siapakah Yang Berisiko Menghidapi Diabetes Gestasi?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami Diabetes Gestasi. Diantaranya ialah berkaitan dengan berat badan, sejarah keluarga dan pengalaman berkaitan kehamilan terdahulu.

Berikut adalah faktor faktor yang perlu diperhatikan untuk mendapat risiko Diabetes Gestasi:

  1. Obesiti. Mempunyai BMI lebih daripada 30.
  2. Mempunyai pengalaman melahirkan bayi besar dan berat melebihi 4kg semasa kelahiran.
  3. Pernah mengalami Diabetes Gestasi pada kehamilan sebelum ini.
  4. Sejarah keluarga mempunyai Diabetes sama ada ibu, ayah atau adik beradik,

Walaupun anda mempunyai faktor faktor di atas, ia tidak bermakna anda pasti mendapat masalah sama. Namun anda mempunyai kemungkinan sebanyak 20-50% untuk menghidapinya.

Baca Juga  Set Hamil Shaklee Untuk Kekal Cergas

Bagaimana Sekiranya saya Menghidapi Diabetes Gestasi?

Dianggarkan kira kira 20% wanita yang mengalami Diabetes Gestasi sebenarnya mempunyai Diabetes Type 2 sebelum hamil namun ia tidak pernah didiagnos. Kebanyakan wanita yang menghidapi Diabetes Gestasi ketika hamil akan melahirkan anak yang normal dan sihat. Paras gula di dalam darah juga akan kembali kepada tahap normal selepas melahirkan anak.

Namun ada juga bayi yang mempunyai masalah seperti sukar dilahirkan akibat bayi besar dan mengalami beberapa simptom masalah kesihatan lain.

Untuk mengurangkan risiko risiko yang tidak sepatutnya berlaku kepada ibu dan bayi, ibu dinasihatkan untuk mengamalkan diet khas dan seimbang semasa hamil.

Apakah diet Seimbang Untuk Mengawal Kencing Manis Ketika Hamil?

  1. Amalkan sarapan sihat.
    • Sarapan wajib diambil setiap hari. Ambil sarapan yang rendah GI (glycemic index) untuk membantu mengawal paras gula di dalam darah. Makanan rendah GI adalah penting di dalam diet sihat dan ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Diantara makanan yang rendah GI ialah bubur, roti bijirin penuh dan yogurt.
  2. Makan di waktu siang.
    • Orang yang mengalami masalah diabetes perlu makan pada waktu yang betul dan jumlah hidangan yang betul. Anda boleh mengambil makanan berat 3 kali sehari dalam kuantiti sederhana. Dan boleh mengambil snek yang sesuai diantara waktu makan utama untuk mengekalkan para gula dalam darah.
  3. Ambil makanan berserat tinggi.
    • Makanan berserat tinggi adalah makanan yang mempunyai GI yang rendah. Makanan GI rendah amat sesuai untuk golongan yang mempunyai diabetes. Roti putih mempunyai GI lebih tinggi berbanding roti bijirin penuh.
  4. Ambil hidangan segar.
    • Pastikan anda mengambil sayur dan buah buahan setiap hari. Sebaiknya, ambil buah buahan ketika mengambil snek diantara waktu makan utama.
  5. Kurangkan makanan berlemak.
    • Elakkan daripada mengambil makanan berminyak dan berlemak. Pilih makanan yang dipanggang berbanding makanan yang digoreng. Gunakan minyak matahari atau minyak zaitun untuk memasak.
  6. Jaga waktu makan. 
    • Sebolehnya, makan pada waktu yang sama setiap hari dengan jumlah makanan yang sama. Ini bertujuan untuk memastikan paras gula di dalam darah sentiasa terkawal.
  7. Hentikan pengambilan manisan.
    • Sekiranya sebelum ini anda amat menggemari coklat, gula gula dan minuman karbonat serta air di dalam kotak, anda perlu hentikan segera. Ia mengandungi kandungan gula ringkas yang sangat banyak dan mudah diserap ke dalam darah.
  8. Pengambilan suplemen.
    • Terdapat beberapa jenis suplemen yang selamat boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah pesakit kencing manis ketika hamil. Ramai ibu hamil yang mengambil suplemen bersesuaian boleh melalui saat hamil dengan sihat dan cergas.
Baca Juga  Obesiti Ketika Hamil : Apakah Risiko

Saksikan perkongsian Puan Eqin yang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan ke-2.

Pengalaman Puan Eqin dan pengalaman saya sendiri hampir sama. Ketika saya melalui kehamilan pertama, saya mengalami alahan sepanjang 9 bulan dan tidak mampu buat kerja.

Berbeza ketika kehamilan kedua yang baru mengenali suplemen Shaklee, saya kekal bertenaga sepanjang hari dan boleh memandu dari Shah Alam ke KLIA setiap hari tanpa mengalami banyak masalah.

Alhamdulillah.. Set Kehamilan Shaklee memang banyak membantu termasuk pengawalan berat badan ketika hamil.

Set Kawal Kencing Manis Ketika Hamil Shaklee

  1. ESP
    • Pengambilan glycaemic index yang rendah boleh gantikan karbohidrat dalam diet kita.Selain membantu memecahkan makanan secara perlahan-lahan dan kawal peningkatan gula dalam darah kita.
  2. B Complex
    • Bcomplex ini membantu glukosa yang lebih kepada bentuk tenaga.
  3. Vitalea Iron Formula
    • Kandugan chromium bantu untuk mengekalkan tahap glukosa dalam darah kita. Manakala kandungan zinc dalam vitalea pula membantu menurunkan paras glukosa dalam darah untuk bantu membentuk insulin yang baru.
  4. Ostematrix
    • Kandungan magnesium , kalsium dan vitamin d dapat membantu aktifkan pankreas mengatasi kencing manis. Jika kita kekurangan magnesium ketika hamil, ia menjadi salah satu punca kita terkena kencing manis .
  5. Sustained Release Vitamin C
    • baiki kadar tolenransi glukosa didalam darah kita dan kadar vitamin c yang tinggi dalam darah akan merendahkan kadar sorbitol. sorbitol ini ialah sejenis glukosa yang bahaya jika banyak terkumpul.
  6. Omegaguard 
    • Merendahkan trigliseride, mengatasi masalah diabetes, merendahkan tekanan darah, meningkatkan peredaran darah, menstabilkan degupan jantung, memecahkan kolesterol
  7. Garlic Complex
    • Meningkatkan pengeluaran insulin, merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.

 

Ujian Darah MGTT

 

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Baca Juga  Masalah Anemia Ketika Mengandung : Bagaimana Cara Mengatasinya

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

 

Hits: 72

Kawal Kencing Manis Ketika Hamil : Apakah Diet Seimbang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat