Adakah kayap berjangkit? Bagaimanakah cara ubati kayap hingga sembuh?

Kata orang, sekiranya badan dijangkiti kayap dan kayap tersebut melitit ke sekeliling badan, pesakit tersebut akan mati!

Sejauh manakah kebenarannya? Teringat suatu ketika dahulu, kakak ipar terkena kayap dan ramai orang memberitahu ayat di atas. Jom kita baca fakta tentang kayap dan bagaimana cara untuk mengubati kayap di dalam artikel ini.

Apakah Sebenarnya Kayap?

Kayap ataupun Herpes Zoster ialah sejenis penyakit kulit akibat jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini akan menghuni di dalam badan seseorang selepas seseorang menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas sembuh daripada chickenpox, virus ini akan berhibernasi di dalam sistem saraf pusat (ganglion).

Sekiranya sistem imunisasi badan menjadi lemah selepas sembuh daripada chickenpox, Virus Varicella Zoster akan kembali menyerang urat saraf dan boleh menimbulkan keradangan pada saraf tersebut.

Siapa Yang Boleh Dijangkiti Kayap?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti kayap, namun golongan yang lebih mudah dijangkiti ialah:

  1.  Seseorang yang berumur 50 tahun ke atas, yang mana sistem imun badan semakin berkurang.
  2. Seseorang yang mempunyai sistem imun badan (pertahanan badan) yang lemah akibat jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
  3. Pesakit kanser.
  4. Pesakit Tibi.
  5. Orang yang pernah menjalani pemindahan tulang sum sum.

Gejala dan Tanda Tanda Dijangkiti Kayap

Kebiasaannya kayap akan menyebabkan keradangan pada satu urat saraf pada satu bahagian badan. Tempat yang biasa dijangkiti kayap ialah bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Tanda tanda diserang penyakit kayap ialah:

  1. Rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat sarat yang terlibat.
  2. Alami demam, keletihan dan sakit kepala.
Baca Juga  Monday Blues, Apakah Punca Sebenar?

Tanda tanda di atas lazimnya muncul sebelum tanda tanda kulit timbul. Ia akan berterusan dari 3 hingga 5 hari. Atau akan berlarutan hingga lebih seminggu.

cara atasi kayap

 

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Adakah Kayap Berjangkit Dan Berulang?

Kayap boleh berjangkit dikalangan orang yang mempunyai sistem imun badan rendah. Oleh itu, pastikan sentiasa menjaga kebersihan terutama tuala mandi. Jangan pakai tuala yang sama berulang kali dan jangan berkongsi tuala dengan orang lain.

Kayap juga berkemungkinan berulang sekiranya sistem imun badan kembali menurun. Dan ia mempunyai peratus yang besar akan menyerang semula di tempat yang sama.

Sekiranya terdapat tanda tanda jangkiti kayap, segeralah berjumpa doktor untuk medapatkan rawatan lanjut. Di samping itu, boleh juga mencuba rawatan semulajadi yang mana mungkin boleh mengurangkan kerengsaan pada kulit.

Cara Ubati Kayap Dengan Nutrisi Shaklee Untuk Meningkatkan Sistem Imun Badan

Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen untuk meningkatkan sistem imun badan. Oleh kerana tempoh masa untuk sembuh daripada kayap kebiasaannya mengambil masa yang lama, eloklah pesakit kayap menambahkan sistem pertahanan badan menggunakan makanan tambahan yang sihat.

Sekiranya sistem imun badan kekal rendah, kayap susah untuk sembuh sepenuhnya. malah ia berisiko untuk merebak ke bahagian lain pula.

Di antara nutrisi Shaklee yang boleh membantu tingkatkan sistem imun badan ialah :

Baca Juga  Penyakit Tibi Boleh Sembuh, Bagaimana Cara Merawatnya

adakah kayap berjangkit

#1. Nutriferon

Berfungsi membantu meningkatkan kekuatan sistem imun badan dan melindungi badan daripada infeksi flu dan virus.

#2. Lecithin

Berfungsi membantu untuk regenerasi jaringan saraf dan kulit serta memulihkan kesan parut pada kulit.

#3. B Complex

Ia Berfungsi membantu untuk mengurangkan stress dan juga membantu untuk menguatkan antibodi badan. Di samping itu, Vitamin B juga membantu dalam proses pembaikan sel darah merah.

Pengalaman Pengguna Vitamin Shaklee Untuk Mengatasi Penyakit Kayap

 

Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat dan suplemen Shaklee, kayap kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka Siti Norhayati

 

cara ubati kayap
Klik gambar untuk baca kisah selanjutnya.

 

cara ubati kayap

Ini Adalah Kaedah Alternatif, Khidmat Nasihat Doktor Diperlukan

Rawatan alternatif menggunakan suplemen Shaklee adalah satu ikhtiar untuk sembuh. Kayap mengambil masa untuk sembuh bergantung kepada tahap imunisasi badan seseorang.

Walaupun saya menyarankan untuk mengambil suplemen, anda juga perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan. Mungkin ada yang sembuh lebih cepat apabila mengambil suplemen. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Set Tingkatkan Imunisasi Mengatasi Kayap?

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai suplemen yang anda perlukan. Jangan lengahkan lagi masa untuk bertindak menghapuskan kayap. Jika dibiar lama, ia mungkin akan menjadi lebih teruk.

Tindakan pencegahan awal dapat mengurangkan kesakitan yang dialami serta tidak memudaratkan diri sendiri.

 

cara ubati kayap

cara ubati kayap

 

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

 

Cara Ubati Kayap Hingga Sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.