Bagaimana cara merawat ulser mulut? Apabila terkena ulser mulut, memang terseksa rasanya. Nak makan pun dah tak lalu. Sakit pulak tu.

Apakah ulser mulut?

Ulser mulut adalah kecederaan pada rongga mulut dan akan kelihatan tompokan putih di dalam mulut. Walaupun ia yidak merbahaya, kehadiran ulser mulut menyebabkan kesukaran untuk makan dan minum. Di samping itu, orang yang mengalami ulser mulut juga akan berasa sukar untuk bercakap.

Kebiasaannya, ulser mulut akan sembuh dengan sendiri. Namun, sekiranya ulser mulut tersebut tidak sembuh selepas 3 minggu, kita perlu berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Punca punca Ulser Mulut

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ulser mulut. Diantaranya ialah:

  • Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
  • Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
  • Cuaca panas dan kurang minum air
  • Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
  • Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
  • Alergik atau alahan
  • Stress
  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Perubahan hormon dalam badan

Cara Merawat Ulser Mulut Menggunakan Vitamin

Penggunaan vitamin adalah salah satu cara untuk mengubati ulser mulut. Saya sering tekankan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Pengambilan vitamin adalah untuk menguatkan imunisasi badan dan membantu badan mencegah serangan bakteria secara semulajadi.

Terdapat beberapa vitamin yang membantu untuk menyelesaiakan masalah ulser. Diantaranya ialah:

#1. Energy Soy Protein (ESP)

ESP mengandungi 9 jenis asid amino lengkap mengikut keperluan badan. Asid amino Lysine boleh didapati di dalam ESP untuk melengkapkan keperluan asid amino yang diperlukan badan. Asid amino ini tidak dihasilkan sendiri oleh badan dan perlu diambil melalui pemakanan seharian.

Baca Juga  Produk Penjagaan Muka Semulajadi Selamat dan Bebas Bahan Kimia

Selain itu, 8 lagi Essential Acid Amino yang tidak boleh dihasilkan badan namun terdapat di dalam ESP ialah:

  • Histidine
  • Isoleucine
  • Leucine
  • Methionine
  • Phenylalanine
  • Threonine
  • Tryptophan
  • Valine

#2. Sustained Release Vitamin C

Penting untuk anda tingkatkan sistem imun tubuh. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C Shaklee 500mg secara konsisten setiap hari. Vitamin C juga bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung.

#3. B Complex

B Complex bersifat anti stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Bila kita bebas stress, muka pun bertambah cantik dan kurang kedutan.

Dalam era moden ini, adalah penting untuk kita memastikan sistem imun kita ini dipertingkatkan kerana persekitaran, makanan dan minuman yang kita ambil sangat terdedah kepada radikal bebas yang melemahkan sistem imunisasi kita.

Pengalaman Pengguna Vitamin Merawat Ulser Mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam. Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.

Baca Juga  Cara Cepat Sembuhkan Kayap

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je. Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah… sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat. Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.Wan Norasiah Wan Mohd Nor

cara merawat ulser mulut

 

cara merawat ulser mulut

Hubungi saya untuk langkah penjimatan hingga 20% untuk mendapatkan produk di atas.

Baca Juga  Cara Atasi Ulser Mulut Secara Selamat

Mencegah lebih baik dari merawat

Pertanyaan/order : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

**********************************************************

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cara Merawat Ulser Mulut Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares