Stroke merupakan salah satu pembunuh senyap masyarakat Malaysia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh National Stroke Association Malaysia (NASAM) pada April 2015, stroke merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia. Setiap 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas berisiko mengidap darah tinggi. Oleh itu, peratus masyarakat Malaysia semakin ramai berisiko terkena serangan stroke.

serangan strokeStroke tidak hanya menyerang golongan berusia. Golongan belasan tahun juga berkemungkinan diserang stroke. Nur Izzati binti Erlen Joni, pernah diserang stroke pada usia 19 tahun. Pada ketika itu, beliau adalah seorang pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Selangor. Sebelumnya tidak pernah mengalami masalah kesihatan, namun serangan stroke telah melumpuhkan sebelah kanan badan Zati. Mempunyai berat badan melebihi 100 kilogram pada ketika itu dikatakan menjadi salah satu faktor Zati diserang stroke.

Jadi setiap orang mempunyai risiko terkena serangan stroke sekiranya mengabaikan kesihatan serta tidak menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang. Hal ini kerana 63% dewasa berusia 18 tahun ke atas mempunyai salah satu faktor serangan stroke iaitu obesiti, tekanan darah tinggi, tekanan gula dalam darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam darah .

Kenali Apa Itu Stroke

Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat bekalan darah ke otak tersumbat (iskemia) atau pecahnya pembuluh darah otak (hemorrhagic). Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Baca Juga  Penapis Buah pinggang Bocor : Testimoni Pesakit Nephrotic Syndrome

Agak bosan jika saya meneruskan hujah fakta dalam artikel ini. Oleh itu, saya ingin kongsikan bagaimana cara penjagaan untuk pesakit stroke. Sebelum itu, saya ingin kongsikan pengalaman seorang mangsa serangan stroke menggunakan kaedah rawatan alternatif selain rawatan pembedahan utama di hospital dalam mencari cara merawat stroke. Pengalaman ini dikongsikan oleh isteri beliau sendiri melalui video dibawah.

Cara Merawat Stroke Daripada Puan Hafza Aein

Assalammualaikum…

Saya Hafza Aein. Saya ingin berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh dikategorikan sebagai Stroke Pendarahan. Tapi setelah mendapat rawatan utama doktor dan kemudian menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami saya semakin pulih.

28 April 2014 – Suami mengalami masalah stroke di mana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi berlaku dengan cepat. Ya Allah…hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan saya time tu. Doktor membuat keputusan, hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami saya. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju supaya suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan ia boleh menjadi risiko yang paling buruk.

1 MEI 2014 – Jam 4 pagi suami dimasukkan ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Jam 8 pagi, berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah! suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014 – Keadaan suami masih lagi tidak sedarkan diri dan doktor telah memberitahu saya bahawa sel-sel otak di bahagian otak kirinya telah mati dan ada 3 kemungkinan yang akan terjadi pada suami:

Baca Juga  Radang Apendiks Ketika Hamil, Apa Yang Perlu Dilakukan?

1- Tidak dapat mengingati siapa dirinya dan ahli keluarga

2- Boleh mengingat tetapi cepat lupa

3- mengalami masalah pertuturan

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri. Alhamdulilah! Allah Maha Besar, selepas sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga. Cuma yang menjadi masalah apabila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa…

Saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni. Apakah kesan dia bila dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya. Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun saya berikan VIVIX setiap hari, pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak bercakap. Hahaha Suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu. .

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga (dengan izin-NYA). Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya. I love Shaklee…

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014

(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

cara rawatan stroke

 

Cara Menjaga Pesakit Stroke

cara menjaga pesakit stroke

cara menjaga pesakit stroke 2

cara menjaga pesakit stroke 3

cara menjaga pesakit stroke 4

 

Dengan meletakkan badan pesakit dengan cara yang betul, anda boleh:

  1. Elakkan sakit bahu.
  2. Meningkatkan pergerakan sendi.
  3. Regangkan otot.
  4. Mempunyai lebih kebebasan.
  5. Mencegah dan mengurangkan risiko bahu terkehel.
  6. Meningkatkan kesedaran anggota badan yang terjejas. 

Perlu diingatkan, kedudukan ini hanya boleh dilakukan sekiranya pesakit rasa selesa dan perlu perhatikan masalah lain seperti  terdapat tulang yang patah atau kudis katil agar tidak memudaratkan pesakit.

Lebih baik sekiranya penjaga mendapatkan bantuan profesional untuk memahami bagaimana cara meletakkan seorang mangsa stroke dengan cara yang selamat dan selesa ketika berbaring atau duduk di atas katil. Hal ini kerana stroke otot dan sendi boleh terjejas dalam pelbagai cara dan menyebabkan pemendekan otot, kesakitan serta kekakuan. Sebagai seorang penjaga pesakit stroke, anda perlu memberi perhatian agar dapat  mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.

Info: NASAM

Ingin mencuba VIVIX untuk masalah stroke? Hubungi saya segera. 

Kesihatan anda lebih mahal jika dibandingkan dengan harga sebotol VIVIX.

Hubungi : 

Baca Juga  Penapis Buah Pinggang Bocor : Cara Merawat dan Apakah Punca?

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration). Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cara Merawat Stroke Menggunakan Kaedah Rawatan Alternatif

5 thoughts on “Cara Merawat Stroke Menggunakan Kaedah Rawatan Alternatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.