Apa perasaan anda apabila jatuh dan terseliuh? Mesti anda terkejut dan risau. Perlukah urut atau terus pergi ke klinik atau hospital? Dalam situasi ini, mesti tidak tahu untuk membuat keputusan yang tepat. Apakah cara merawat sakit sendi dan lutut yang berkesan sekiranya anda jatuh terseliuh?

Apabila anda terjatuh dan sukar untuk bergerak, sebaiknya ada terus pergi mendapatkan rawatan doktor. Lakukan pemeriksaan xRay untuk memastikan tidak ada kecederaan serius yang berlaku. Lebih lebih lagi sekiranya ia berlaku ke atas wanita dan golongan lebih berusia.

Wanita dan golongan berusia lebih mudah mengalami tulang rapuh (osteoporosis). Dan hal ini amat merbahaya sekiranya mereka terjatuh atau terseliuh. Mereka berisiko untuk mengalami kecederaan yang lebih teruk sehingga patah atau retak. Walaupun ketinggian terjatuh itu kurang dari 1 kaki, golongan berisiko tetap boleh mendapat kecederaan yang serius seperti mengalami tulang patah.

11 Makanan Untuk Pastikan Tulang Dan Sendi Kuat

+1. Susu

Susu memang sinonim sebagai sumber kalsium yang popular. 1 cawan atau 8 oz susu tanpa lemak membekalkan 30% keperluan kalsium harian kita. Namun, cuba pilih jenama susu yang turut dilengkapi dengan vitamin D, supaya kita dapat kebaikan berganda.

+2. Yogurt

Kebanyakkan orang berjemur di bawah matahari untuk dapatkan khasiat vitamin D. Namun, ada sesetengah makanan seperti yogurt, kaya dengan vitamin D. Kita boleh mendapatkan sumber kalsium dengan cara lebih seronok melalui secawan yogurt. Biasanya, secawan yogurt kosong mengandungi 30% kalsium dan 20% vitamin D yang diperlukan harian.

Walaupun ramai yang suka Greek yogurt yang lengkap dengan protein, namun yogurt jenis ini biasanya mengandungi kurang kalsium dan vitamin D, berbanding yogurt biasa.

+3. Keju

Walaupun keju tinggi dengan kalsium, itu bukanlah lesen untuk kita makan keju berlebihan. 1.5 oz keju cheddar pun dah mengandungi 30% keperluan kalsium harian. Jadi, berpada-pada bila makan keju. Risau nanti berat badan meningkat pula.

Kebanyakkan keju mempunyai sedikit nilai vitamin D. Namun, tidak cukup besar untuk memenuhi keperluan vitamin D harian kita.

+4. Telur

Cara paling mudah nak dapatkan sumber Vitamin D ialah dengan makan telur, walaupun nilainya hanya 6% dari keperluan Vitamin D harian. Cuma perlu ingat, Vitamin D ini berada di bahagian kuning telur, bukan di putih telur.

+5. Ikan Sardin

Ajaibnya, ikan kecil yang sering ditemui di dalam tin ini, mengandungi kandungan vitamin D dan kalsium yang tinggi. Nampak pelik, tapi ikan sardin in juga sedap di makan bersama pasta dan salad.

+6. Ikan Salmon

Salmon mungkin popular kerana mempunyai khasiat asid lemak Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Namun, sebenarnya 3 oz kepingan sockeye salmon turut mengandungi 100% keperluan vitamin D harian kita.

Jadi, makanlah salmon untuk kesihatan jantung dan tulang kita.

+7. Ikan Tuna

Tuna merupakan satu lagi ikan berlemak yang boleh menjadi sumber vitamin D yang bagus. 3 oz tuna di dalam tin mengandungi 154 IU, atau lebih kurang 39% keperluan vitamin D harian.

+8. Bijirin Lengkap

Sesetengah bijirin gandum mengandungi 25% keperluan vitamin D harian.

Jadi, jika anda tak sempat nak masak salmon, apatah lagi nak berjemur di bawah sinaran matahari, bijirin boleh menjadi cara paling mudah dan lazat untuk mendapatkan khasiat vitamin D.

+9. Bayam

Tak boleh makan produk tenusu? Sayur bayam boleh menjadi pilihan terbaik untuk dapatkan sumber kalsium. 1 cawan sayur bayam yang telah di masak mengandungi 25% keperluan kalsium harian, sumber serat, zat besi dan juga vitamin A.

+10. Collard Greens, Brokoli, Sayuran Hijau

Collard green adalah sejenis sayuran hijau yang serumpun dengan sayur kale atau kailan.

Sama seperti bayam, sayuran hijau seperti collard greens dan brokoli juga tinggi dengan kalsium. 1 cawan collard green yang telah di masak mengandungi 25% keperluan kalsium harian

+11. Jus Oren 

1 gelas jus oren segar yang diperah memang pun tiada kalsium atau vitamin D. Namun, jus oren segar di dalam kotak sering difortifikasi kan bersama kedua-dua nutrien ini. Cubalah anda belek label kotak jus oren kegemaran anda. Ada kalsium tak?

Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa asid askorbik membantu penyerapan kalsium yang optimum. Jadi, amat digalakkan untuk ambil sumber vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi sumber kalsium.

Baca Perkongsian Pengalaman Wanita Ini Merawat Sakit Sendi Dan Lutut Yang Pernah Jatuh Terseliuh 

Apa perasaan anda bila terseliuh, kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut . Betul tak..?
.

Begitu lah yang terjadi pada saya . Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.
.

Tak senang duduk melayan 3 beradik ni. Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan.
.

Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.
.

Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.
.

Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari.
.

Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit, Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan.
.

Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat bagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix, rasakan perbezaannya.

Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.
.

Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri.
.

Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.

merawat sakit lutut dan sendii

Beliau mengamalkan suplemen yang boleh membantu merawat sakit sendi dan lutut selain mengurut. Hal ini kerana, teknik urutan hanya boleh melegakan urat urat yang membengkak namun tidak boleh mengembalikan nutrisi yang hilang. Oleh itu, pengambilan suplemen adalah untuk melengkapkan keperluan badan untuk kembali sihat dan cergas.

Nutrisi Shaklee Untuk Merawat Sakit Sendi Dan Lutut

Penyelesaian menggunakan nutrisi tambahan adalah satu ikhtiar. Kita memang digalakkan untuk mengambil nutrisi tambahan dalam pemakanan harian kerana badan kita akan kehilangan nutrisi seiring dengan peningkatan usia.

Diantaranya ialah:

#1. Collagen Powder Shaklee

Ia mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yang bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi. Di samping itu, ia menghalang tulang menjadi rapuh dan mengurangkan geseran pada tulang sendi.

#2. Vivix

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

#3. Ostematrix

Ia merupakan suplemen kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D dan beberapa vitamin lain untuk membantu penyerapan berkesan.

Boron yang terdapat di dalam Ostematrix juga membantu meningkatkan metabolisme tulang.

#4. OmegaGuard 

Kebanyakan kajian klinikal yang dibuat adalah berkisar tentang penyakit rheumatoid arthritis (RA), penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada sendi. Namun beberapa kajian kecil mendapati omega 3 membantu mengurangkan gejala rheumatoid arthritis, termasuk sakit sendi dan kekejangan pagi.

Asid lemak omega 3 mengandungi DHA (asid docosahexaenoic) dan EPA (asid eicosapentaenoic). EPA dan DHA boleh mengurangkan keradangan, yang menyebabkan bengkak dan kesakitan.

Dapatkan Set Sendi Dan Saraf Shaklee Sekarang! 

Merawat Sakit Sendi Dan Lutut

Hubungi saya segera untuk mendapatkan info lanjut dan konsultasi ekslusif!

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Order Online:

Cash On Delivery : Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

kolesterol dalam darah

 

 

Cara Merawat Sakit Sendi Dan Lutut Dengan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares