Cara Mengubati Luka Pembedahan Bersalin Agar Cepat Sembuh

Setiap wanita yang bersalin sama ada kaedah normal atau kaedah pembedahan mempunyai pengalaman tersendiri. Orang yang telah melalui proses bersalin sahaja tahu pahit manis pengalaman bersalin. Kedua dua kaedah bersalin ini mempunyai risiko luka yang berbeza beza.

Kaedah bersalin normal kebiasaannya akan melalui luka Episiotomi. Episiotomi berbeza dengan luka akibat koyakan alami semasa bersalin. Kebiasaannya kelahiran anak pertama, doktor akan melakukan kaedah episiotomi untuk mengurangkan berlakunya koyakan secara normal ketika mengeluarkan bayi.

Berdasarkan pengalaman saya, ketika melahirkan anak pertama, doktor melakukan kaedah episiotomi untuk mengurangkan kesan koyakan. Pada pendapat saya, kaedah episiotomi lebih baik berbanding koyakan secara alami. Hal ini kerana, luka episiotomi hanya pada satu tempat sahaja. Manakala, koyakan secara alami pula tidak dapat dipastikan terlebih awal di mana ia akan berlaku. Dan kebarangkalian luka lebih banyak boleh berlaku. Lagipun luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka koyakan normal.

Manakala kaedah bersalin secara pembedahan (Caesarean)  pula terdapat dua jenis. Sama ada dilakukan menegak atau melintang. Sebolehnya, doktor akan memilih untuk melakukan pembedahan secara melintang kerana luka akan lebih cepat baik dan lebih selamat untuk ibu walaupun terdapat banyak pergerakan.

Apakah Luka Episiotomi?

Luka episiotomi adalah luka yang di gunting oleh doktor. Luka jenis ini kebiasaannya lebih cepat sembuh. Di antara 10 ke 14 hari, benang jahitan akan tertanggal sendiri dan ia menandakan luka sudah sembuh.

Kebiasaannya, luka jenis ini tidak mengalami rasa sakit yang lama. Sekiranya sakit, kemungkinan terdapat jangkitan dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

 

Apakah Luka Pembedahan (Caesarean)? 

Luka pembedahan bersalin melibahan banyak lapisan. Kebiasaannya tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali. Tetapi luka di bahagian dalam mengambil masa hingga 6 minggu untuk sembuh.

Baca Juga  Tips Luka Pembedahan Bersalin Cepat Sembuh

Di sepanjang tempoh pemulihan luka, ibu tidak disarankan untuk melakukan kerja kerja berat untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

 

luka pembedahan bersalin

Cara Terbaik Untuk Mengubati Luka Pembedahan Bersalin Cepat Sembuh

Penjagaan bersalin secara pembedahan bukan mudah seperti menjaga luka bersalin secara normal. Terdapat banyak pantang larang yang perlu diambil berat agar kesihatan ibu pulih sepenuhnya dengan cepat dan tidak mengalami kemudaratan untuk jangka masa yang panjang.

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa cara untuk mengubati luka pembedahan supaya cepat sembuh.

#1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering.

Pastikan lap dengan bersih dan kering kawasan luka setiap kali selepas mandi. Jangan sesekali menyapu minyak angin atau herba herba tradisional di kawasan luka tersebut.

#2. Alas tisu / kapas yang tidak melekat pada luka sebelum memakai bengkung.

Ibu bersalin secara pembedahan sebenarnya boleh memakai bengkung. Pilih bengkung khas yang sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Pastikan luka dialas terlebih dahulu dengan tisu/kapas yang boleh menyerap peluh agar tiada air yang bertakung di kawasan luka. Sekiranya kawasan tersebut lembap, ia mudah dijangkiti virus dan mengakibatkan bernanah.

#3. Ambil makanan seimbang.

Ibu bersalin secara pembedahan wajib menjaga pemakanan ketika berpantang. Jauhi makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Ambil lebih serat dan buah buahan untuk mengelakkan sembelit.

#4. Minum air secukupnya.

Jangan terlalu percaya mitos seperti minum air banyak akan menyebabkan peranakan berair. Minum air secukupnya sekurang kurangnya 3 liter sehari. Sekiranya air kurang di dalam badan, ia akan menjurus kepada masalah sembelit dan susu badan juga akan berkurangan.

#5. Ambil suplemen untuk membantu penyembuhan luka dan kembalikan tenaga selepas bersalin.

Vitamin C amat bagus dalam membantu proses penyembuhan luka. Multivitamin juga boleh membantu untuk pulihkan tenaga selepas bersalin.

Baca Juga  Cara Atasi Sembelit Dalam Pantang Mampu Milik

Hari ini, pengambilan nutrisi tambahan amat penting untuk membantu badan kembali sihat. Pemakanan kita seharian tidak lagi mampu memberi zat dan khasiat secukupnya untuk memastikan kita sentiasa sihat. Lebih lebih lagi, ibu bersalin yang memerlukan khasiat dan zat yang cukup untuk tempoh pemulihan.

Nutrisi Shaklee Membantu Mengubati Luka Pembedahan Bersalin Agar Cepat Sembuh

Beberapa siri produk Shaklee telah dirumus khas untuk membantu mengembalikan tenaga, kesihatan dan pemulihan badan bagi ibu selepas bersalin. Termasuklah dari segi aspek pemulihan luka selepas bersalin.

Ibu berpantang disarankan supaya mengambil Set Lengkap Berpantang untuk hasil yang optimum. Dalam tempoh berpantang, ia juga baik dan selamat untuk diambil oleh ibu menyusu dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi (malah membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan bayi).

Set Lengkap Berpantang ini berfungsi dengan cara MEMBANTU:

  • Memberi keperluan nutrisi yang lengkap kepada ibu berpantang
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Ibu berpantang lebih bertenaga dan sentiasa cergas
  • Membantu kestabilan emosi  ibu berpantang dan mengelakkan stress
  • Menjadikan kulit berseri-seri, tidak kusam dan tidak pucat
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Penghasilan susu ibu lebih meriah dan berkualiti tinggi untuk keperluan pertumbuhan bayi
  • Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi supaya tahan lasak dan bebas ancaman penyakit

 

Dengan Set Lengkap Berpantang Shaklee ini, ia dapat mambantu ibu-ibu agar lebih selesa semasa berpantang dan mengurangkan risiko-risiko selepas bersalin seperti :

  1. Kesakitan dari pembedahan
  2. Trauma bersalin kerana kesakitan melahirkan
  3. Badan tidak selangsing dahulu
  4. Sembelit
  5. Keguguran rambut
  6. Kuantiti susu badan yang sedikit

Apa Kata Pengguna Shaklee?

luka pembedahan bersalin

luka pembedahan bersalin

 

Dapatkan Set Lengkap Berpantang  Shaklee Daripada Saya : Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Baca Juga  Bahaya Meroyan. Cegah Sebelum Terlewat

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Cara Mengubati Luka Pembedahan Bersalin Agar Cepat Sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.