Ketika hamil, terlalu banyak perubahan berlaku terhadap wanita. Salah satu daripadanya ialah bacaan tekanan darah. Ada dikalangan wanita akan mengalami darah tinggi ketika hamil. Bagaimanakah cara mengatasi tekanan darah tinggi ketika hamil dengan berkesan?

Dulu, masa arwah mengandungkan anak ke 3, tanpa disedari bayi meninggal di dalam kandungan. Dia memang akan alami masalah darah tinggi ketika mengandung. Bila pregnant je darah tinggi, bila darah tinggi je, mesti waktu pregnant. . Masa anak ke 3 tu, tak sedar chord baby dah putus. Waktu check up baru sedar. My Husband - Wankay

Suami saya sendiri pernah menceritakan pengalaman peribadi beliau yang mana, arwah isterinya akan mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil. Pelbagai usaha dilakukan, hinggakan ketika hamil, arwah hanya minum air zam zam tanpa minum air berperisa langsung semata mata nak memastikan bacaan darah tidak terlalu tinggi. Namun, ketika anak ketiga, memang tak mampu diselamatkan apabila bacaan darah naik terlalu tinggi hingga menyebabkan tali pusat terputus dan mengakibatkan bayi lemas.

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil Berlaku?

Tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila berlakunya perubahan kepada perkembangan uri semasa mengandung. Terdapat banyak salur darah di dalam uri. Sekiranya salur darah di dalam uri tidak berkembang sebaiknya, tekanan darah tinggi boleh berlaku. Pengaliran darah ke uri juga tidak boleh berlaku dengan sempurna kerana salur darah mengecut.

Apabila bacaan tekanan darah melebihi 140/90mmHg di dalam 2 masa berbeza, wanita tersebut akan didiagnos sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

Terdapat 3 jenis penyakit darah tinggi ketika hamil:

#1. Gestational hypertension apabila seorang wanita mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi (seperti di atas) dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku  dalam tempuh SELEPAS usia kehamilan mencapai 20 minggu sehingga 12 minggu melahirkan anak.

Baca Juga  Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

#2. Chronic hypertension apabila seorang wanita mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi (seperti di atas) dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku  SEBELUM usia kehamilan mencapai 20 minggu atau SELEPAS 12 minggu melahirkan anak.

#3. Preeclampsia apabila seorang wanita disahkan sama ada mempunyai masalah chronic hypertension atau gestational hypertension dan ujian air kencing menunjukkan ada protein. Jika tidak dirawat segera ia menyebabkan kemudaratan pada bayi dan ibu.

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

#1. Minum jus buah buahan

Amalkan minuman jus buah buahan sepanjang kehamilan. Ambil jus buah buahan tanpa gula dan pilih buah yang segar dan berkhasiat yang mampu mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil.

#2. Amalkan Air Asam Jawa

Anda boleh mengambil air asam jawa sebanyak 2 kali seminggu. Caranya adalah dengan memasukkan sedikit pes asam jawa kedalam 1/2 cawan air masak.

#3. Kurangkan makanan tinggi sodium dan makanan segera

Makanan yang mengandungi sodium natrium tinggi adalah punca utama terjadinya masalah tekanan darah tinggi. Kebiasaannya, Sodium natrium boleh didapati daripada mee segera dan makanan di dalam tin.

Oleh itu, ibu hamil yang berisiko darah  tinggi perlu mengelakkan makanan seperti ini.

#4. Mengambil makanan Kalium, Magnesium dan Kalsium

Makanan dengan kehadiran ketiga-tiga mineral ini mampu membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

#5. Amalkan pengambilan sayur dan ulam ulaman

Diantara sayur dan ulam yang bagus untuk menurunkan tekanan dara tinggi ialah tomato, saderi dan daun sup.

#6. Bersenam setiap hari

Lakukan senaman yang bersesuaian  sepanjang tempoh hamil. Senaman juga boleh membantu untuk memudahkan proses bersalin.

#7. Jangan terlalu stress

Lakukan kerja secara teratur untuk mengelakkan stress. Sebaiknya sediakan jadual untuk melakukan kerja seharian agar kerja tersusan dan tidak kelam kabut. Situasi seperti ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

#8. Ambil suplemen tambahan untuk membantu mengawal tekanan darah

Agar sukar untuk mendapatkan nutrisi lengkap dalam pemakanan seharian. Tidak semua makanan yang kita ambil setiap hari mampu membekalkan nutrien mencukupi.

Suplemen tambahan sangat diperlukan terutama semasa hamil untuk memenuhi keperluan diri dan bayi di dalam kandungan anda.

Ia bertujuan untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tubuh perlu tetapi anda tidak dapat dari pemakanan seharian.

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil Menggunakan Suplemen Shaklee

Suplemen Shaklee telah diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk membantu wanita hamil melengkapkan nutrisi. Suplemen Shaklee tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

Di antara suplemen yang boleh diambil oleh ibu hamil yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi ialah:

#1 – B Complex

Membantu meredakan tekanan dan stress. Stress adalah antara punca terjadikan tekanan darah tinggi. Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera.

#2 – OmegaGuard

Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, menghindar pembekuan darah dalam salur darah, mengawal masalah obesiti, mencegah penyakit salur darah dan stroke dan membantu mengawal tekanan darah normal.

#3 – Ostematrix

Membantu meringankan tekanan dan stress, mengimbangi tekanan darah dan denyutan jantung, sebagai penenang kepada saraf

#4 – Garlic Complex 

Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular. Menurunkan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah.

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Pengalaman Pengguna Shaklee

Beli Shaklee Daripada Pakar : Bukan Sesiapa Sahaja atau Website E-Dagang

Apabila anda memilih untuk mengambil suplemen, anda perlukan bimbingan daripada pakar. Sekiranya anda terus menghubungi kami, pengedar Shaklee yang sah, anda akan mendapat konsultasi secara percuma berpanjangan. Shaklee tidak akan memberi jaminan kepada anda sekiranya membuat pembelian melalui website e-Dagang seperti Lazada, Carousell, dan sebagainya.

Baca Juga  Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Hanya pembelian melalui pengedar Shaklee Sah sahaja akan mendapat jaminan sekiranya anda mempunyai masalah apabila mengambil suplemen.

Saya adalah pengedar Shaklee sah yang berdaftar. Saya sentiasa menguruskan order dari seluruh negara termasuk Brunei. Sekinyanya anda pempunyai soalan dan kemusykilan, boleh hubungi saya segera.

Jika anda ingin terus membuat pembelian melalui website Shaklee dan ingin Shaklee yang menguruskan penghantaran, boleh terus klik link dibawah. Hanya gunakan debit atau kredit kad untuk membuat pembayaran anda. Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Hits: 403

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil Dengan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat