Adakah anda mengalami masalah Anxiety Disorder? Anxiety Disorder atau dalam bahasa lain ialah gangguan emosi melampau. Bagaimanakah cara mengatasi Anxiety Disorder? Adalah ia boleh sembuh? Nanti saya terangkan.

Saya pernah berhadapan dengan pesakit Anxiety Disorder. Dan sampai hari ini saya rasa bersalah dengan beliau. Jangan pula anda melabel saya jahat. Saya cuma takut pada waktu itu dan tidak mempunyai ilmu dengan masalah Anxiety Disorder.

Kisahnya, saya dihubungi oleh seorang perempuan yang ingin bertanya tentang produk Shaklee. Beliau dah membeli daripada pengedar Shaklee yang lain tetapi tak mendapat konsultasi yang baik. Dia pada mulanya berjanji untuk membeli OmegaGuard daripada saya dan meminta jasa baik saya untuk memberi cara makan vitamin Shaklee yang pernah beliau beli daripada org lain. Selepas saya memberi consultation atas budi bicara dan belas ihsan (sepatutnya cara makan dan consultation wajib diminta/diberi oleh penjual), perempuan itu mula mengganggu saya di awal pagi.

Saya agak sensitif orang mengganggu pada waktu tidur. Beliau mula hubungi saya setiap malam dan hampir setiap jam. Masa tu saya takut dan risau. Saya tidak boleh diganggu sebegitu lebih lebih lagi waktu malam. Daripada saya berjanji untuk melawat dia di rumah, saya terus batalkan niat dan langsung tak menjawab apa apa call lagi daripada beliau. Saya takut dan risau. Ada beberapa lagi lah perbuatan beliau yang menyebabkan saya menjadi lebih takut. Sehingga saya rasa beliau ni gila.. huhuhu.. Ampun..

Selepas saya mendalami masalah masalah pengidap Anxiety Disorder, barulah saya faham kenapa saya diganggu hingga ke tengah malam. Pengidap Anxiety Disorder sering mengalami kerisauan melampau walaupun terhadap hal yang remeh dan isu isu yang kecil.

Jenis – Jenis Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan)

  1. Gangguan Panik – Pesakit akan terasa seperti diserang secara tiba-tiba, seolah-olah terkena serangan jantung.
  2. Gangguan Kebimbangan Sosial – Terlalu bimbang tentang aktiviti sosial harian seperti takut dihakimi oleh orang lain atau berkelakuan pelik umpama terlalu malu atau menerima cemuhan daripada orang lain.
  3. Fobia – Takut terhadap objek atau sintuasi tertentu seperti ketinggian atau terbang.
  4. Ganggaun Kebimbangan Umum – benda yang kecil tetapi kebimbangan melampaui batas.
Baca Juga  Cara Atasi Anak Sembelit Tanpa Menggunakan Ubat

Bahayakah Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan)?

Anxiety (kebimbangan) boleh memudaratkan seseorang sekiranya dibiarkan secara berlarutan. Pengidap boleh cenderung kepada kemurungan dan mengalami masalah emosi yang serius. Sekiranya tidak berusaha untuk merawat, pesakit mungkin boleh bertindak diluar kawalan seperti membunuh diri.

Terdapat 1 kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk “Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pangajian Tinggi Awam”.

Kajian yang telah dilakukan mendapati sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Walaupun kedua-dua gangguan tersebut tidak berbahaya, namun sebenarnya kedua-dua gangguan tersebut merupakan permulaan bagi masalah Anxiety Disorder.

Tanda Tanda Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan)

cara mengatasi Anxiety Disorder

Di samping simptom simptom di atas, pesakit Anxiety Disorder juga boleh mengalami tanda tanda seperti berikut:

  1. Berasa sukar untuk melupakan sesuatu di dalam fikiran hingga menyebabkan kesukaran tidur malam.
  2. Sentiasa berfikir dan bimbang melampau terhadap kejadian yang sedang berlaku di dalam kehidupannya seharian.
  3. Mudah berubah emosi seperti marah marah, menjerit jerit dan mengamuk hingga hilang perasaan malu dan takut.

Sekiranya anda sering mengalami tanda tanda seperti yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut serta mendapatkan rawatan yang sebaiknya.

Apakah Risiko Yang Akan Berlaku Anxiety Disorder Tidak Dirawat?

Sekiranya tidak dirawat, pesakit akan mengalami kemurungan (depression). Atau lebih buruk lagi gangguan mental dan emosi. Oleh itu, masalah Anxiety Disorder tidak boleh dibiarkan kerana ia mungkin mendorong pesakit untuk mengasingkan diri daripada orang ramai atau lebih buruk bertindak untuk membunuh diri.

Golongan ini juga akan mengalami masalah tidur sama ada tidak boleh tidur malam atau lebih suka tidur diwaktu pagi. Disebabkan masalah seperti ini, mereka akan keletihan dan tidak bertenaga serta sering mengalami sakit kepala.

Baca Juga  Cara Turunkan Kolesterol Dalam Darah

Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Saya menasihatkan agar pesakit Anxiety Disorder sentiasa mengambil ubat yang diberikan oleh pihak doktor. Selain itu, sekiranya anda adalah pesakit beragama Islam, anda dinasihatkan untuk mengamalkan ayat ruqyah dan selalu berzikir sebagai penenang dalam mencari cara mengatasi Anxiety Disorder.

Di samping itu, anda juga digalakkan untuk mengambil suplemen seperti berikut untuk mengatasi Anxiety Disorder. Diantaranya ialah:

#1 – Asid Omega-3

Minyak ikan omega-3 sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.

Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia. Menurut kajian tahun 1988 yang dipaparkan dalam Lancet, orang yang banyak ikan yang ada lemak omega-3 didapati kurang menghidapi kemurungan.

#2 – Sumber Mineral

Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom-simptom kebimbangan dan kemurungan.

Kalsium sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Denyutan elektik di dalam sistem saraf bergantung kepada kalsium untuk berfungsi dengan baik. Apabila terjadi kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.

#3 – Vitamin B9 (asid folik) &Vitamin B12

B Complex mesti diambil setiap hari tanpa gagal. Vitamin B12 di dalam B Complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita.

Kekurangan vitamin B12 di dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah berasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.

#4 – Vitamin D

Vitamin D sangat penting untuk otak. Terdapat kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D boleh menyebabkan meningkatnya simptom kemurungan.

Baca Juga  Tips Rawatan Sakit Lutut dan Sendi

Suplemen Shaklee Salah Satu Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Kesemua keperluan vitamin yang diperlukan oleh pesakit anxiety disorder ada di dalam 3 jenis vitamin Shaklee. Vitamin tersebut ialah B Complex, Omegaguard dan Ostematrix.

Pesakit Anxiety Disorder dinasihatkan segera dapatkan set ini untuk mengurangkan masalah yang dialami. Demi mengurangkan masalah kebimbangan dan kemurungan melampau, anda sangat perlukan 3 jenis vitamin ini agar dapat menjalani kehidupan berkualiti dan lebih sihat.

cara mengatasi anxiety disorder

Set Lengkap ini hanya bernilai RM262.00

cara mengatasi anxiety disorder

Kisah Pengamal Suplemen Shaklee Dalam Usaha Mencari Cara Mengatasi Anxiety Disorder

cara mengatasi anxiety disorder
Sila Klik untuk baca selanjutnya

 

Gunakan Shaklee Tanpa Was Was 

Sejak 2013, saya mula menggunakan Shaklee tanpa was was. Keberkesanan produk Shaklee telah menyebabkan saya terus setia menggunakannya dan berminat untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda diluar sana juga. Semua produk keluaran Shaklee diyakini Selamat, Berkesan dan Semulajadi.

Pihak Shaklee juga menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan, 100,000 ujian kualiti produk dan 23,000 ujian keaslian dan keselamatan pada setiap tahun. Hanya bahan semulajadi yang paling asli dan paling tulen di gunakan di dalam ramuan produk Shaklee.

Dapatkan Produk Shaklee Melalui Saya: Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cara Mengatasi Anxiety Disorder : Gangguan Kerisauan Melampau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.