Artikel ini akan menyenaraikan 5 Cara Legakan Sakit Senggugut yang anda alami.

 

‘Seorang wanita didatangi 3 kesakitan namun tidak pernah serik iaitu – kesakitan ketika HAID, kesakitan ketika HAMIL dan kesakitan ketika BERSALIN’

 

 

HEBATnya manusia yang bergelar wanita bukan? Kali ni, saya nak fokus pada kesakitan yang pertama iaitu ketika HAID atau dengan nama popularnya SENGGUGUT.

Bila didatangi senggugut, sakitnya hingga ada yang terguling-guling. Mata berair tak payah ceritalah, hilang fokus hendak belajar atau bekerja. Ada diantara wanita terpaksa ambil MC setiap kali senggugut datang dan terpaksa berkurung di dalam bilik seharian melawan sakit senggugut. Sementara itu, painkiller juga menjadi peneman setia setiap bulan. Rasa sakit di bahagian bawah abdomen, lenguh lenguh seluruh badan terutamanya pinggang dan belakang adalah perkara biasa ketika senggugut.

Jangankan orang menyuruh makan, malah nak berjalan pergi tandas atau duduk atas kerusi pun tak boleh. Posisi paling digemari ketika senggugut hanya meringkuk atau bersujud. Memang itu adalah waktu paling menyiksakan dalam hidup wanita. Kadang kadang ia hampir menjadi mimpi ngeri.

Senggugut merupakan salah satu simptom kedatangan haid atau PERIOD. Ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua haid namun ada juga yang mengalaminya ketika penghujung haid. Ia berlaku kerana kontraksi atau pengecutan rahim yang diransang oleh hormon. Jika ada yang belum tahu, seorang wanita mempunyai kitaran dimana rahim nya akan bersedia untuk kehamilan setiap bulan. Waktu itu telur akan dikeluarkan dan dinding rahim/uterus akan menebal. Namun jika tiada persenyawaan telur berlaku maka telur dan dinding rahim tadi akan mengalami kemerosotan dan disingkirkan oleh tubuh secara semulajadi. Proses penyingkiran tersebutlah yang melibatkan kontraksi otot-otot rahim lalu mencetuskan senggugut.

Baca Juga  Set Hamil Shaklee Untuk Kekal Cergas

Disini saya nak kongsi beberapa tips untuk melegakan kesakitan senggugut tanpa perlu menggunakan ubat penahan sakit atau painkiller.

 

5 Cara Legakan Sakit Senggugut

1. Beg panas yang diisi air suam / tungku moden dituam pada bahagian abdomen dimana rahim berada. Ia membantu otot-otot pada bahagian tersebut untuk lebih relaks untuk rasa yang lebih melegakan.

2. Mandi air panas dapat memberikan ketenangan pada otot-otot seluruh tubuh malah turut membuatkan kita rasa lebih tenang dan selesa.

3. Senaman . Lakukan senaman sepanjang masa dan terus bergerak aktif. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan paras perlepasan endorfin yang membantu untuk melawan rasa sakit.

4. Elakkan minuman berkafein . Kafein boleh meningkatkan sedikit tekanan pada peredaran darah. Banyakkan pengambilan air atau minum jus.

5. Ambil vitamin seperti vitamin B dan vitamin E . Tambah juga kalsium dan magnesium dalam diet seharian seperti susu.

Namun, jika anda mengalami senggugut yang sangat teruk, adalah lebih baik berjumpa doktor kerana senggugut juga boleh menjadi petunjuk kepada penyakit yang lebih serius.

Produk Shaklee yang disarankan dan amat berkesan untuk melegakan senggugut ialah GLA Complex, B Complex dan Ostematrix.

cara legakan sakit senggugut

GLA Complex – Wanita yang mengalami SENGGUGUT tidak dapat menukar asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

Ostematrix – Paras kalsium menurun semasa haid. Lantas menyebabkan kekejangan otot rahim dan perut. Pengambilan Ostematrix akan menaikkan semula paras kalsium.

B Complex – Vitamin B5, B6 dan B12 dapat meringankan simptom senggugut.

legakan sakit senggugut

 

Apa kata mereka yang sudah memilih suplemen untuk melegakan sakit senggugut.

Salam.. Saya pernah makan GLA. Alhamdulillah.. Senggugut kurang. tak seteruk sebelum sebelum ini. InsyaAllah.Zera Aziz

cara legakan sakit senggugut

 

 

insyaAllah boleh. Saya ada bagi kawan tempat kerja GLA masa tu dia senggugut teruk.. Lepas makan 1 biji tengah hari dan 1 biji sebelum tidur, Alhamdulillah esok pagi dah tak senggugut lagi. Biasa dia kata senggugut mesti dalam 2 hingga 3 hari baru hilang. Alhamdulillah..Rumaizah Zalkornain

 

cara legakan sakit senggugut

 

saya ambil ostematrix. Sejak tu, bila waktu period tak sedar pun sebab selalunya sakit perut sebelum atau masa period. Sekarang dah takde dah. Biasa je.. 🙂Liza Kedaimanjamama

cara legakan sakit senggugut

 

Dapatkan sekarang Set Senggugut dengan membeli terus melalui website Shaklee menggunakan Kredit/Debit Kad anda dengan Klik Beli Sekarang atau hubungi saya di 018.288.8797 untuk konsultation.

legakan sakit senggugut

5 Cara Legakan Sakit Senggugut Dengan Cepat Dan Mudah
Tagged on:                     

2 thoughts on “5 Cara Legakan Sakit Senggugut Dengan Cepat Dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.