Sakit kepala adalah masalah yang sering mengganggu ibu hamil. Kebiasaannya sakit kepala ini berlaku akibat ibu hamil sering mengalami tekanan emosi. Mereka sering merasa kepala seperti diperah perah, berat dan tegang di belakang tengkuk. Ketahui bagaimana cara untuk hilangkan sakit kepala ketika hamil di dalam artikel ini.

Sakit kepala ketika hamil

Punca Sakit Kepala

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengalami banyak perubahan dari segi emosi dan hormon. Waktu mengandung juga adalah tempoh ngeri bagi sesetengah ibu kerana nafsu makan yang tidak mampu dikawal, perubahan bentuk badan yang sangat kritikal dan ada yang mengalami alahan teruk. Faktor faktor seperti ini kadangkala mendorong kepada punca sakit kepala ketika hamil.

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan sakit kepala. Diantaranya ialah:

  1. Sensitif terhadap bunyi bising.
  2. Makan makanan mengandungi MSG.
  3. Kafein.
  4. Coklat.
  5. Aspartame (pemanis tiruan yang terdapat didalam Equal atau Nutrasweet).

Adakah Sakit Kepala Ketika Hamil Merbahaya?

Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala pada awal kehamilan iaitu pada Trimester Pertama, ia adalah tidak merbahaya. Ia adalah perkara normal yang berlaku akibat badan sedang mengalami perubahan hormon.

Apabila memasuki Trimester Kedua, sakit kepala kebiasaannya akan beransur hilang kerana hormon sudah semakin stabil. Namun ia tidak sama sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi. Darah tinggi ketika hamil adalah merbahaya dan perlu mendapat nasihat dan rawatan doktor.

Masalah darah tinggi ketika hamil tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh mengancam nyawa anda dan bayi.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

  1. Kenalpasti punca anda mengalami sakit kepala. Apabila punca telah dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan sakit kepala tersebut
  2. Gunakan air panas suam untuk menuam pada sekitar tengkuk atau bahagian kepala yang sakit
  3. Mandi menggunakan air suam mampu meredakan sakit kepala buat seketika
  4. Elakkan berlapar. Tahap gula di dalam darah yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  5. Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap bagi mengelakkan muntah
  6. Dapatkan rehat yang secukupnya. Berhenti bekerja apabila terasa penat
  7. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Tidur sebenar pada waktu tengahari mampu mengurangkan sakit kepala.
  8. Jika anda  sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tidur di dalam bilik yang sunyi dan gelap.
  9. Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak
  10. Berurut. Minta suami untuk mengurut anda secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Elakkan untuk menyentuh dan mengurut di bahagian abdomen.
  11. Amalkan doa mohon disembuhkan dari kesakitan, zikir dan banyakkan membaca al quran terutama ayat-ayat ruqyah.
Baca Juga  Ujian Darah MGTT Dan Minum Air Gula Ketika Mengandung

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan Nutrisi Shaklee

Ostematrix : Menggalakkan transmisi impuls saraf ke otak. Membekalkan Mg yang diperlukan oleh tubuh dimana kekurangan Mg meningkatkan risiko untuk terkena migrain. Mengatasi sembelit. Sembelit merupakan salah 1 punca yang menyebabkan sakit kepala dan migrain.

B Complex : Menambah aliran darah ke dalam otak, anti-stress, menjadikan mood lebih gembira dan tenang, riboflavins di dalam B complex mampu menambah simpanan tenaga di dalam sel otak agar ibu tidak berasa cepat penat.

OmegaGuard : menurunkan risiko pengecutan otot yang tiba-tiba pada salur darah yang mengakibatkan sakit kepala.

Jika anda sedang hamil, dan sering berasa sakit kepala.. Selain mencuba tips yang saya nyatakan seperti di atas, anda boleh juga mengambil suplemen Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

Anda boleh hubungi saya melalui Whatsapp/SMS untuk pre konsultasi atau mendapat maklumat lebih lanjut tentang suplemen untuk membantu menghilangkan masalah sakit kepala ketika hamil.

 

penapis buah pinggang bocor

Mencegah lebih baik dari merawat

Hubungi : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration). Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hits: 1281

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat