Tahukah anda? Mengalami tekanan darah rendah adalah petanda yang menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit penyakit tertentu? Bagaimana cara atasi tekanan darah rendah?

Menurut Perunding Kardiologi Hospital KPJ Ampang Putri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku di kalangan masyarakat jika dibandingkan dengan penyakit tekanan darah tinggi. Kata beliau lagi, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah apabila salah satu bacaan atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg, atau kedua duanya kurang daripada angka tersebut.

cara atasi tekanan darah rendah

Punca Tekanan Darah Rendah Berlaku

Tekanan darah rendah boleh berlaku berpunca daripada beberapa faktor dan ia berbeza dengan punca tekanan darah tinggi. Diantaranya ialah:

  • Kekurangan cecair di dalam salur darah seperti berlaku pendarahan yang tidak terkawal.
  • Kekurangan cecair di dalam badan seperti mengalami cirit birit berlarutan atau muntah berpanjangan.
  • Masalah jantung – denyutan jantung tidak normal. Sama ada terlalu cepat atau terlalu lambat.
  • Mengalami alahan ketika mengandung yang teruk.
  • Kesan sampingan ubat ubatan.
  • Faktor genetik.

Di samping itu, tekanan darah rendah juga boleh berlaku berpunca daripada masalah kesihatan seperti:

  • Masalah jantung seperti koronari, injap jantung tersumbat, atau lemah jantung.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit kencing manis.
  • Paras gula dalam darah rendah.
  • Penyakit tiroid.

Apabila tekanan darah rendah berlaku, pesakit boleh mengalami pitam atau pengsan secara tiba tiba. Hal ini berlaku kerana aliran darah tidak sampai sepenuhnya ke otak serta organ organ penting yang lain.

Di samping itu, terdapat beberapa simptom lain juga boleh berlaku, iaitu:

  • Tidak stabil
  • Penglihatan kabur
  • Jantung berdegup laju
  • Mudah terkeliru
  • Rasa mual
Baca Juga  Cara Atasi Anak Sembelit Tanpa Menggunakan Ubat

cara atasi tekanan darah rendah

Jangan PANIK dan hentikan aktiviti yang sedang dilakukan!

Cara Atasi Tekanan Darah Rendah

Sekiranya simptom simptom di atas berlaku, segera hentikan segala aktiviti yang sedang dilakukan. Anda perlu duduk atau baring untuk rehatkan badan serta minum air kosong.

Rehatkan diri sehingga keadaan kembali normal. Jika keadaan tidak berkurang, sila dapatkan rawatan doktor segera.

Cara Atasi Tekanan Darah Rendah

  1. Bangun perlahan lahan sekiranya sedang berbaring.
  2. Elakkan dari berdiri terlalu lama terutamanya di bawah cuaca panas. Jika terpaksa, pastikan anda sentiasa gerakkan jari jari kaki dan tangan supaya darah berjalan lancar.
  3. Elakkan pengambilan kopi. kopi boleh menjadi punca dehidrasi dan menjadi punca tekanan darah rendah.
  4. Gunakan stokin ‘compression’ yang melancarkan peredaran darah.
  5. Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil sayur dan buah buahan dan elakkan makanan yang berminyak.

Makanan Tambahan Sebagai Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah 

Pesakit darah rendah memerlukan makanan tinggi kandungan zat besi dalam diet harian. Di samping itu, pengambilan protein serta asid folik juga penting dalam memastikan darah kembali normal. Oleh itu, di Shaklee terdapat beberapa jenis makanan tambahan yang boleh membantu mengembalikan tekanan darah kepada normal.

Diantaranya ialah :

  1. B Complex 
    • Vitamin ini lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk vitamin B12 dan Asid Folik yang mana akan membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
  2. Vitalea
    • Vitamin ini mengandungi zat besi untuk pembentukan sel darah merah serta membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat.
  3. Vitamin C
    • Vitamin C sangat diperlukan oleh pesakit darah rendah. Ia juga berfungsi untuk membantu penyerapan secara berkesan vitamin B12 dan zat besi.
    • Di samping itu, vitamin C bertujuan untuk membantu pengeluaran hemoglobin selain meningkatkan pertahanan badan dari virus dan bakteria.
Baca Juga  Cara Mengatasi Anxiety Disorder : Gangguan Kerisauan Melampau

cara atasi tekanan darah rendah

Pengalaman Pengguna Shaklee Mengatasi Tekanan Darah Rendah

cara atasi tekanna darah rendah

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Set Tekanan Darah Rendah Shaklee?

Saya adalah pengedar sah Shaklee di seluruh negara. Pembelian melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan vitamin secara tepat dan berkesan.

Anda boleh menghubungi saya di talian 018-288 8797 atau klik link untuk whatsapp terus berhubung dengan saya.

Di samping itu, untuk pembelian mudah dan cepat, anda boleh terus membuat pembelian di eSell Shaklee. Hanya klik logo eSell di bawah dan anda akan dibawa terus ke eSell Cart. Hanya pembayaran melalui kad kredit dan kad debit diterima.

cara atasi tekanan darah rendah

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Cash On Delivery: Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier: Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel: Ke Seluruh Dunia

Cara Atasi Tekanan Darah Rendah Dengan Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.