Sebahagian ibu sering mengalami masalah saluran susu tersumbat. Ia lebih mudah berlaku sekiranya kantung susu tidak dikosongkan sepenuhnya ketika bayi menyusu. Masalah ini perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan terjadinya jangkitan payudara (mastitis). Apakah cara atasi saluran susu tersumbat?

Masalah saluran susu tersumbat boleh menyebabkan ibu tidak selesa menanggung kesakitan malah boleh menjadi punca demam ketika berpantang.  Gejala gejala seperti bengkak,sebahagian payudara mengeras, dan payudara menjadi merah adalah tanda tanda saluran susu tersumbat.

Punca Saluran Susu Tersumbat

Saluran susu tersumbat kebiasaannya terjadi pada sebelah payudara. Hal ini kerana, bayi gemar untuk menyusu hanya pada sebelah payudara disebabkan ingin keselesaan ketika menyusu. Di samping itu, punca punca lain ialah:

  1. Pengeluaran susu melebihi permintaan bayi.
  2. Ibu tidak menyusu bayi secara teratur pada jarak masa yang sama.
  3. Puting tersumbat (Milk blister).
  4. Tekanan berlebihan pada payudara seperti memakai bra terlalu ketat, pam susu terlalu kuat atau posisi tidur yang tidak sesuai.
  5. Stress, kepenatan, sistem imun rendah atau anemia.
  6. Puting luka akibat gigitan bayi.

Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat

Saluran susu tersumbat perlu diatasi segera bagi mengelakkan ibu menjadi semakin tidak selesa. Di antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi saluran susu tersumbat ialah:

  1. Berikan bayi susu pada masa yang sepatutnya. Penyusuan 2 jam sekali dapat mengatasi masalah ini. Sekiranya bayi tidak mengosongkan kantung susu sepenuhnya, sila pam susu sehingga kantung susu kosong. Ini boleh membantu penghasilan susu baru yang lebih banyak.
  2. Berikan bayi susu disebelah kantung yang penuh terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan kantung yang sebelah lagi.
  3. Pakai bra yang tidak terlalu ketat dan selesa.
  4. Bersihkan puting susu secara kerap ketika mandi untuk memastikan saluran pada puting tidak tersumbat.
  5. Makan Lecithin untuk atasi saluran susu tersumbat.
Baca Juga  Cara Melakukan Power Pumping 

 

Pengambilan Lecithin sebagai Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat

Lecithin sangat membantu dalam mengatasi masalah saluran susu tersumbat. Lecithin boleh ditemui secara semulajadi di dalam:

  • Kacang soya
  • Bijirin penuh
  • Kacang
  • Daging (terutamanya hati)
  • Susu (termasuk susu ibu)

Lecithin adalah bahan yang bertindak menjaga lemak dan minyak secara semulajadi dan bertindak sebagai pengemulsi(emulsifier). Ia membantu untuk mengapung dan menghalang lemak melekat pada dinding membran. Lecithin adalah fosfolipid yang mempunyai unsur hidrofobik (pertalian antara lemak dan minyak) dan unsur hidrofilik (pertalian untuk air).

Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

 

Apakah Risiko Mengambil Lecithin?

Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), pengambilan Lecithin oleh ibu menyusu adalah selamat. Ia tidak memberi risiko kepada ibu dan bayi, kerana komponen lecithin sendiri sudah ada di dalam susu ibu.

Lecithin Shaklee adalah selamat dan kemungkinan berbeza berbanding jenama lain. Sila baca dengan teliti label dan kandungan bahan sebelum memilih untuk membeli Lecithin.

Sekiranya keadaan menjadi mudarat, sila rujuk doktor atau pakar laktasi untuk mendapatkan konsultasi lebih tepat mengenai masalah anda.

 

MANFAAT DAN KEBAIKAN LAIN LECITHIN SHAKLEE

 

Testimoni Pengguna Lecithin Shaklee Sebagai Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat

cara atasi saluran susu tersumbat

cara atasi saluran susu tersumbat

cara atasi saluran susu tersumbat

 

Dapatkan Lecithin  Shaklee Daripada Saya : Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Baca Juga  Set Hamil Shaklee Untuk Kekal Cergas
klik pautan ini untuk terus beli di website Shaklee

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hits: 127

Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Dengan Segera Elak Terjadinya Mastitis

2 thoughts on “Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Dengan Segera Elak Terjadinya Mastitis

  • November 14, 2017 at 7:06 pm
    Permalink

    Assalam.. Sy baru nak amalkan lecithin shaklee ni.. Berapa biji sy kena minum yer.. Sy full bf, sy nak amalkan lecithin soy ni tuk elak bengkak susu n jadikannya milkbooster

    Reply
    • November 17, 2017 at 9:45 pm
      Permalink

      waalaikummussalam.. sis boleh terus hubungi pengedar shaklee yang sis beli lecithin yer. Beliau wajib memberi consultation berkaitan mengikut keperluan sis. TQVM

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat