Petang ni nak Share sikit macam mana saya kembangkan Bisnes Shaklee.

Honestly suami saya tak pernah tahu dan tak ambil tahu pun bisnes Shaklee saya. Saya pun bertindak untuk tidak melakukan presentation secara detail kepada beliau untuk explain apa bisnes saya lakukan. Saya ke mana mana event pun, orang tanya, sorang ke?? “Yup.. as usual..” suami tak support ke? “Support kot…”

Yes! My husband akan jadi supportive kalau dia nampak dan dia akan dapat reward without doing anything. Tak kisah lah. Saya rasa lebih selesa bergerak seorang diri daripada get him involve into my business.

Nanti saya yang tak selesa bila bawak beliau bersama. Dia kan always rushing nak balik main bola. So tak sesuai kot bawak pegi event yang dia terpaksa duduk dan perlu korbankan masa untuk bola. Kang timbul krisis je nanti. Baik dia buat hal dia, saya buat kerja saya.

Huhhh.. luahan perasaan. Saya fight for Barcelona cruise ni untuk beliau. Kawan-kawan doakan kejayaan saya yer. Sebab kalau stakat nak naik kapal terbang anytime je boleh. Nak naik kapal laut, ceq takdak diskaun yang boleh nak bawak anytime.

Haaa.. back to main point. Macam mana saya nak pastikan bisnes Shaklee saya terus berkembang dan akan kekal untuk anak anak saya?

Setiap customer yang datang, saya akan pastikan mereka menjadi ahli. Tidak kira untuk makan sendiri, mahupun bisnes.

Saya tidak akan memaksa mereka untuk lakukan bisnes sekiranya tujuan mereka menjadi ahli hanya untuk beli produk Shaklee pada harga ahli. Jangan memaksa, tetapi tunjukkan kelebihan dan manfaat sekiranya kita membuat belian yang banyak. Nak dapatkan belian yang banyak, ajak la kawan kawan dan keluarga beli sekali.

Baca Juga  Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Anda WAJIB Tahu

Di samping itu, pastikan mereka membeli setiap bulan dan makan suplemen setiap hari agar mereka dapat rasai kesan yang bagus selepas ambil suplemen.

Terangkan juga tentang Landmark Study yang mana Shaklee adalah satu satunya syarikat yang berani melakukan kajian ini. Takde sebab dah untuk korang terus makan suplemen brand XYZ yang korang duk gigih beli tu sebab Landmark Study dah buktikan segalanya.

Untuk kekalkan bisnes dan bina kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita, jangan la pulak harini jual Shaklee, tahun depan jual suplemen brand lain. Tahun lagi satu jual ubat akar kayu pulak. Macam mana orang nak percaya? Kita sendiri pun tak tetap pendirian. Hari ni duk pung pang pasal Landmark Study, tapi tahun depan kita pulak pergi jual produk yang takde Landmark Study dan yang dapat kelulusan KKM dalam 2 minggu.

Tak rasa something fishy ke kalau orang dapat kelulusan cepat sangat tu? Shaklee submit ke KKM setiap produk tu pun tak kurang dari 6 bulan baru lulus. Sebab tu la, kadang kadang produk Shaklee yang nak renew certificate KKM hilang sampai setahun lebih dari pasaran.

Lepas tu, kalau korang masih duk fikir fikir, betul ke Shaklee ni berkesan? Betul ke Shaklee ni tak rosakkan buah pinggang? Betul ke Shaklee ni mampu milik kalau nak beli?

Shaklee ada Landmark Study, Mr. Les Wong makan Shaklee 38 tahun. Takde penyakit pun lg di usia 65 tahun. Tak pulak buah pinggang dia rosak.

Mahal ke Shaklee? Saya tak suruh terus beli Vivix untuk hidup sihat. Saya start makan Shaklee pun dengan 3 ni je. Dan konsisten 3 beradik ni jugak.

Baca Juga  Bagaimana Nak menjadi Pakar Shaklee?

1. Multivitamin (120 biji) – RM88.75
2. B Complex (120 biji) – RM53.75
3. Vitamin C (180 biji) – RM92.50

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Untuk menjaga kesihatan daripada penyakit, 3 produk ni pun dah cukup hebat. Kos dalam RM50 je sebulan..

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Apabila bisnes Shaklee kita stabil dan diyakini oleh orang ramai, secara tidak langsung, ia semakin berkembang. Bila ia sudah berkembang, jadi tidak mustahil kita boleh warisi perniagaan Shaklee ini kepada anak anak cucu seperti bisnes syarikat besar lain. Walaupun Shaklee didaftarkan di Malaysia adalah sebagai syarikat MLM, ia tidak sama seperti MLM haram jadah yang menguntungkan orang di atas semata mata.

Di Shaklee, sekiranya kita yang berusaha di dalam bisnes kita, yang akan berjaya adalah kita. Bukan upline kita. Upline yang hendak berjaya wajib berusaha sendiri untuk kembangkan bisnes mereka..

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Hingga Ke Anak Cucu
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.