Pernahkah anda terasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil? Tahukah anda tentang masalah kencing kotor semasa hamil? Kencing kotor bukan bermaksud air kencing itu kelihatan kotor atau berkeladak, tetapi ia adalah jangkitan kuman pada saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI).

Dikatakan wanita berusia 20 tahun hingga 50 tahun mudah terkena jangkitan. Kebiasaannya, kuman ini berasal dari dubur, faraj atau lubang dubur (anus). Tabiat membersihkan najis dari bahagian belakang ke depan menggalakkan pembiakan bakteria ini.

Apakah Sebenarnya Kencing Kotor?

Penyakit kencing kotor atau sebenarnya dikenali sebagai Urinary Tract Infection (UTI) adalah jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan ini boleh melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan pundi kencing keluar dari badan).

Menurut kajian, 5 daripada 10 wanita mengalami jangkitan kencing kotor dan 25% daripada mereka terkena jangkitan berulang kali. Wanita lebih mudah terkena jangkitan kuman kencing kotor kerana urethra yang pendek dan dekat dengan anus.

Hubungan seksual adalah salah satu punca kenapa wanita lebih terdedah mendapat jangkitan kencing kotor. Hal ini kerana, bakteria daripada vagina boleh memasuki saluran kencing ketika melakukan aktiviti tersebut.

kencing kotor semasa hamil

Kencing Kotor Semasa Hamil

Wanita hamil pula lebih mudah mendapat jangkitan kencing kotor berbanding wanita yang tidak hamil. Kencing kotor semasa hamil berlaku disebabkan terdapat perubahan hormon. Kandungan hormon yang tinggi ketika mengandung boleh menyebabkan otot dan pundi kencing menjadi lemah. Keadaan ini boleh menyebabkan pengaliran air kencing menjadi lambat untuk keluar.

Disamping itu, perubahan rahim yang semakin membesar juga akan menekan saluran kencing dan boleh menyebabkan pergerakan air kencing tersekat. Situasi ini boleh menyebabkan kuman boleh membiak. Malah, air kencing wanita hamil juga lebih berasid dan lebih mengandungi gula berbanding wanita yang tidak hamil adalah penyumbang kepada masalah kencing kotor.

Sekiranya tidak melakukan rawatan segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang. Ia adalah komplikasi jangkitan kuman yang serius terhadap ibu hamil. Kuman tersebut boleh merebak ke seluruh badan melalui peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.

Baca Juga  Cara Atasi Sembelit Ketika Hamil Elakkan Buasir Berlaku

Risiko kepada bayi di dalam kandungan pula ialah boleh berlaku kelahiran awal, dan bayi yang dilahirkan juga berisiko mempunyai berat badan yang tidak mencukupi. Oleh sebab itu, setiap kali melakukan pemeriksaan di klinik, ibu ibu dikehendaki  mengambil sampel air kencing dan perlu dihantar ke makmal. Hal ini kerana, doktor ingin memastikan bahawa ibu ibu hamil tidak dijangkiti kuman pada saluran kencing.

Tanda Tanda Kencing Kotor Semasa Hamil

  • Rasa sakit ketika membuang air kecil.
  • Kerap kencing.
  • Tidak puas membuang air kecil.
  • Tidak dapat mengawal air kencing.
  • Rasa seperti panas terbakar setiap kali membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Rasa tidak selesa dibahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
  • Loya dan muntah.

Selain itu, terdapat juga kes yang mana pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda fizikal seperti di atas. Walaupun masalah kencing kotor dapat diatasi di rumah, namun ia boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal. Ia boleh merebak ke buah pinggang.

kencing kotor semasa hamil

Kaedah Pencegahan Kencing Kotor

  1. Banyakkan minum air kosong – Minum air sekurang kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan badan tidak dihidrasi dan kencing menjadi bersih.
  2. Jangan tahan kencing – Sekiranya ada rasa untuk kencing, segeralah ke tandas. Menahan kencing akan menggalakkan bakteria membiak di dalam pundi kencing.
  3. Jaga kebersihan alat sulit – Semasa membersihkan alat sulit amalkan membersih dari bahagian depan terlebih dahulu seterusnya ke bahagaian belakang. Ini boleh mengurangkan risiko bakteria dari kawasan dubur merebak ke saluran kencing. Pastikan anda mencuci tangan hingga bersih sebelum dan selepas mencuci alat sulit.
  4. Gunakan pakaian yang longgar – Wanita hamil digalakkan memakai pakaian dalam berasaskan kain kapas dan longgar. Ia boleh membantu untuk menyerap peluh dan mengelakkan bakteria membiak.
  5. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks – Untuk mencegah jangkitan kuman, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan seks.
  6. Tukar tuala wanita dengan kerap – Sekiranya anda menggunakan pantyliner akibat keputihan, pastikan anda menukarnya dengan kerap bagi mengelakkan bakteria merebak dan untuk memastikan kebersihan alat sulit sepanjang masa.
  7. Kurangkan pengambilan caffein – Ibu mengandung memang tidak digalakkan untuk mengambil makanan dan minuman mengandungi caffein.
  8. Ambil Vitamin C – Pengambilan vitamin C amat membantu untuk melawan jangkitan kuman seperti selesema dan demam.
Baca Juga  Kawal Kencing Manis Ketika Hamil : Apakah Diet Seimbang?

 

 

Kaedah Rawatan Kencing Kotor Semasa Hamil 

Kebiasaannya sekiranya ibu hamil didapati mengalami kencing kotor, doktor akan memberikan antibiotik. Terdapat antibiotik tertentu yang selamat dimakan oleh ibu hamil.
Namun sekiranya tidak berkesan, ibu terpaksa mengambil antibiotik lain. Sekiranya masih terdapat kencing kotor selepas beberapa minggu, mungkin anda perlu ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Disamping mengamalkan tips di atas, ibu ibu yang mengalami masalah kencing kotor semasa hamil boleh berikhtiar dengan vitamin vitamin yang selamat diamalkan oleh ibu hamil seperti Garlic Complex, Vitamin C dan Peppermint Ginger Plus. 

#1. Peppermint Ginger Plus

  • Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
  • Wanita yang sedang hamil tetapi mengalami masalah angin yang sukar untuk dilepaskan. Akibatnya perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya.
  • Sukar untuk mendapatkan kencing yang lawas. Walaupun berdehem beberapa kali selepas membuang air, sisa-sisa air kencing itu masih lagi terasa. Ini menjadikan kita tidak selesa dan agak was-was untuk bersolat dan beribadah.
  • Mempunyai masalah kencing kotor dan terdapat jangkitan pada pundi kencing

#2. Garlic Complex

  • Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)Perut memulas (stomach upset)Cirit-birit (Diarrhea)BronkitisLuka-luka (infected wounds)Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem salur kencing.
  • Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  • Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis.
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

#3. Sustained Release Vitamin C 

  • Ia membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Ia juga membantu untuk membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Dapatkan Suplemen Shaklee Daripada Saya : Pengedar Sah Shaklee

Apabila anda memilih untuk mengambil suplemen, anda perlukan bimbingan daripada pakar. Sekiranya anda terus menghubungi kami, pengedar Shaklee yang sah, anda akan mendapat konsultasi secara percuma berpanjangan. Shaklee tidak akan memberi jaminan kepada anda sekiranya membuat pembelian melalui website e-Dagang seperti Lazada, Carousell, dan sebagainya.

Hanya pembelian melalui pengedar Shaklee Sah sahaja akan mendapat jaminan sekiranya anda mempunyai masalah apabila mengambil suplemen.

Saya adalah pengedar Shaklee sah yang berdaftar. Saya sentiasa menguruskan order dari seluruh negara termasuk Brunei. Sekinyanya anda mempunyai soalan dan kemusykilan, boleh hubungi saya segera.

Jika anda ingin terus membuat pembelian melalui website Shaklee dan ingin Shaklee yang menguruskan penghantaran, boleh terus klik link dibawah. Hanya gunakan debit atau kredit kad untuk membuat pembayaran anda.

kencing kotor semasa hamil
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

 

Hits: 1194

Bahaya Kencing Kotor Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat