Stroke adalah serangan secara tiba tiba yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Di Malaysia terdapat 6 orang diserang stroke setiap jam. Ini adalah nisbah yang mengerikan kerana tidak ramai yang mempunyai kesedaran tinggi untuk menjaga kesihatan. Pada 29 Oktober setiap tahun adalah Hari Kesedaran Stroke Sedunia. Pada tahun 2015 kempen ini telah diadakan di Cheras Rehabilitation Hospital bersama Dr. Norhayati Hussein. Tidak ramai yang tahu tentang kempen ini tetapi ramai yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk pulih daripada serangan stroke.

Cara untuk pulih daripada serangan stroke

Mungkin ada dikalangan anda yang mana ahli keluarga terdekat telah mendapat serangan stroke. Serangan stroke sukar dijangka. Walaupun sebelum ini kelihatan tidak ada masalah kesihatan, namun secara tiba tiba seseorang boleh mendapat serangan stroke. Seperti yang dialami oleh sepupu saya sendiri. Beliau telah diserang stroke pada 31 Desember 2015 selepas selesai solat subuh. Memang benar sebelum ini beliau telah mengalami masalah darah tinggi. Tapi tiada siapa yang menyangka, kini beliau yang berusia 48 tahun terlantar di katil akibat serangan stroke. Sedih apabila saya pergi melawat beliau. Bayangkan sebelum ini beliau adalah seorang ibu yang aktif berniaga di kedai makan. Pandai memasak apa jua jenis masakan, kini telah terlantar sakit. Anak anak pula semua masih bersekolah.

Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan. Kenali faktor dan punca yang boleh menyebabkan stroke menyerang.

Punca Serangan Stroke

Serangan stroke boleh berlaku melalui 2 punca:

  1. Risiko Medikal
    • Risiko medis berkaitan dengan masalah kesihatan. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, pengerasan pembuluh darah (arteriosklerosis), gangguan jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain. Menurut data statistik 80% punca berlaku stroke adalah daripada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis.
  2. Risiko Perilaku/Perbuatan
    • Risiko perilaku atau perbuatan ini disebabkan oleh gaya hidup dan pola pemakanan harian yang tidak sihat. Merokok, minum minuman keras dan berkarbonat serta gemar makan makanan segera (fast Food) mendorong risiko stroke perilaku berlaku. Faktor faktor lain seperti obesiti dan kurang bersenam juga adalah punca serangan stroke.
Baca Juga  Cara Merawat Stroke Menggunakan Kaedah Rawatan Alternatif

Tanda Tanda Serangan Stroke

Mungkin ramai yang tidak menyedari tanda tanda awal diserang stroke. Terdapat 5 tanda awal yang dipanggil mini stroke atau Transient Ischemic Attacks (TIA). Jika terdapat tanda tanda seperti yang dinyatakan di bawah ini, segeralah ke hospital.

  1. Hilang deria rasa atau merasa lemas di bahagian muka, lengan atau kaki secara mendadak terutamanya pada satu sisi badan sahaja.
  2. Sukar untuk bertutur, memahami atau menjadi bingung secara tiba tiba.
  3. Sukar melihat dengan satu mata atau dua mata secara mendadak.
  4. Sukar berjalan, berpusing atau hilang daya keseimbangan/koordinasi badan secara mendadak.
  5. Pening secara tiba tiba dan mendadak tanpa ada sebab yang jelas (vertigo).

Cara untuk pulih daripada serangan stroke

10 Langkah Menghindari Serangan Stroke

1. Hindari dan berhenti merokok
Merokok boleh menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan menyebabkan  darah anda mudah menggumpal.

2. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara rutin
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami lebih tekanan. Masalah tekanan darah tinggi adalah salah satu pemangkin serangan stroke.

3. Hindari penyakit jantung
Sekiranya anda mempunyai gejala atau gangguan jantung seperti dengupan tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, sila berhati-hati kerana ia boleh meningkatkan risiko serangan stroke.

4. Atasi dan kendalikan stress dengan betul
Tekanan atau stress juga boleh menimbulkan masalah jangka panjang yang mendorong serangan stroke.

5. Amalkan pemakanan sihat
Pemakanan sihat adalah elemen terpenting dalam menjaga kesihatan badan. Kurangkan atau hindari fast food dan junk food dalam diet harian.

6. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

7. Pantau berat badan anda
Memiliki badan gemuk atau obesiti akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes. Gejala penyakit ini adalah faktor faktor berlaku serangan stroke.

Baca Juga  Punca Paru Paru Berair Dan Cara Merawatnya

8. Bersenam secara teratur dan dapatkan rehat yang cukup
Melakukan aktiviti fizikal secara teratur membantu anda menurunkan tekanan darah dan menciptakan keseimbangan lemak yang sihat di dalam darah. Bersenam juga membantu badan agar sentiasa sihat dan stabil sukar diserang penyakit.

9. Hentikan pengambilan alkohol
Pengambilan alkohol boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.Sekiranya berhenti mengambil alkohol, ia bererti menghindari tekanan darah tinggi.

10. Mencari Informasi 
Dengan mengikuti perkembangan informasi melalui pembacaan tentang kesihatan, banyak hal penting yang boleh diperolehi  untuk menghindari risiko serangan stroke.

Cara Untuk Pulih Daripada Serangan Stroke Melalui Kaedah Alternatif

Di samping melakukan fisioterapi dan urutan, Shaklee mempunyai beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit stroke mencari sinar untuk kembali pulih. Diantaranya ialah:

1. Vivix : mengurangkan keradangan. Ia membaikpulih DNA, menggalakkan penghasilan tenaga sel dan mencegah pengumpulan AGE protein. Sangat baik untuk memperbaiki sel saraf.

2B Complex : Ia sangat efektif dalam mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf dengan cara meningkatkan pengeluaran serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter (penghantar saraf) yang terlibat dalam pengawalaturan salur darah. Paras serotonin yang rendah akan menyebabkan gangguan saraf pada otak.

B Complex juga terlibat dalam fungsi imun dan emosi. Ia mampu menghilangkan kekejangan dan kekakuan pada bahagian tubuh. Ia juga mengawal stress atau tekanan dan melancarkan peredaran darah

3.OmegaGuard : Omega-3 berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti radang. Ia akan mengurangkan bengkak pada saraf dan membantu melancarkan aliran darah. Ia juga membantu meningkatkan imun sistem tubuh seterusnya menghalang radang dari menjadi lebih teruk.

Syukur Alhamdulillah.. Puan Hafza Aein telah berkongsi cerita mengenai suaminya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dialami oleh suaminya boleh dikategorikan sebagai Stroke Pendarahan. Tapi setelah mendapat rawatan utama doktor dan kemudian menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami Puan Hafza semakin pulih. Dapatkan keterangan Puan Hafza Aein di dalam artikel ini.

Baca Juga  Penapis Buah pinggang Bocor : Testimoni Pesakit Nephrotic Syndrome

Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapat keterangan yang lebih lanjut mengenai produk untuk rawatan stroke, boleh hubungi saya.

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration). Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana Cara Untuk Pulih Daripada Serangan Stroke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.