Bila cuti sekolah, kerja yang bertambah ialah memasak. Sepanjang masa anak anak lapar nak makan. Pening nak fikir apa yang nak diatur untuk penuhkan perut. Salah satu menu simple tapi sedap kegemaran anak anak ialah ayam masak lemon. Budak budak kat rumah ni tidak gemar sangat menu menu yang heavy. Mereka cuma sukakan yang simple, modern. Kalau masak menu kegemaran ayah macam ikan singgang, sayur lemak, jawabnya makan nasi telur kicap la mereka.

Jadi hari ini saya nak kongsikan satu resepi ayam masak lemon yang tak sampai setengah jam perlu masuk dapur. Haaahh… Gitu.. WAHM memang kalau boleh nak masak benda simple sedap dan cepat je. Hihihihi..

Resepi Ayam Masak Lemon

Ayam masak lemon

Bahan bahan

  1. Ayam
  2. Tepung Ayam Goreng Seri Aji Perisa Asli
  3. Telur

Nota: Untuk perapan ayam, kalau ikutkan ada resepi lain. Tapi ini cara saya yer. Mudah Sedap dan Cepat. Dan anak anak memang suka tepung Seri Aji Perisa Asli ni.

Bahan Untuk Sos Lemon

  1. ¹⁄³ cawan gula
  2. ½ kiub ayam dan dibancuh dengan secawan air
  3. 1½ sudu tepung jagung
  4. 2 sudu makan perahan jus lemon
  5. ¾ sudu kecil garam
  6. 2 potongan nipis lemon
  7. 2 sudu makan minyak masak
  8. Sedikit pewarna kuning (saya pakai kunyit jer)

Cara Cara Menyediakan Ayam Goreng

Saya rebus ayam terlebih dahulu. Memang saya sentiasa rebus ayam terlebih dahulu untuk sediakan ayam goreng salut tepung untuk anak anak.

Kemudian, saya perap ayam yang telah siap direbus bersama tepung Seri Aji dan sebiji telur. Untuk menggoreng, saya akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali. Kalau dulu, saya cuma salut ayam dan telur untuk pastikan tepung melekat pada ayam. Tetapi, bila perap ayam bersama tepung dan telur terlebih dahulu, ia menjadi lebih yummy!

Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata.

Cara Cara Menyediakan Sos Lemon

Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak masak. Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.

Kemudian.. Boleh hidangkan. Selamat mencuba!

Ayam Masak Lemon Yang Simple Tapi Sedap

2 thoughts on “Ayam Masak Lemon Yang Simple Tapi Sedap

  • May 12, 2017 at 1:03 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..Ayam banyak mana untuk bahan2 tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares