Adakah anda sedang mencari cara untuk atasi masalah keputihan? Merbahayakan keputihan sekiranya tidak dirawat? Bagaimana cara untuk merewat keputihan?

Kebiasaannya keputihan dikaitkan dengan wanita mengandung. Ketika mengandung, hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan berlakunya keputihan. Namun, ia tidak bermakna wanita tidak hamil dan wanita bujang telepas daripada masalah keputihan. Perbezaannya adalah keputihan itu sama ada normal atau tidak normal.

Keputihan normal sepatutnya berfungsi untuk membersih dan melindungi vagina daripada serangan jangkitan kulat dan bakteria.  Keputihan normal bagi wanita adalah tidak berbau, tidak bewarna selain putih, tidak melekit dan tidak ada yang luar biasa daripada yang sepatutnya.

Jumlah keputihan yang keluar kebiasaannya bergantung kepada situasi anda sendiri. Ketika anda sedang subur, berahi dan menyusu, kemungkinan besar keputihan akan keluar lebih banyak daripada biasa. Anda tidak perlu risau sekiranya ia masih merupakan ciri ciri keputihan normal.

Manakala, keputihan tidak normal berlaku apabila keputihan tersebut berbau, bewarna kuning atau kehijauan, vagina menjadi merah dan keluar cecair yang sangat banyak hingga menyebabkan kegatalan. Sekiranya kejadian seperti ini berlaku kepada anda, anda wajib berusaha atasi masalah keputihan sebelum ia melarat.

Punca Keputihan Menjadi Tidak Normal

#1. Wanita yang aktif melakukan hubungan seks.

Wanita yang aktif melakukan hubungan intim berisiko untuk menerima jangkitan kuman (Sensual transmitted Infection) seperti Trichomonas, Chlamydia atau Gonorrhoea.

#2. Berlaku ketidakseimbangan bakteria baik pada vagina.

Bakteria baik pada vagina sepatutnya berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan. Namun ketidakseimbangan flora bakteria ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan seperti :

  1. Yis Candidiasis – cecair keputihan seperti krim keju disertai kegatalan, bengkak pada faraj dan kawasan sekitar.
  2. Bakteria Vaginosis – cecair keputihan bewarna kelabu, berair dan kadangkala berbuih serta berbau hanyi seperti ikan busuk. Ia juga akan memberi kesan sedikit kegatalan.
Baca Juga  Punca Paru Paru Berair Dan Cara Merawatnya

 

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan yis. Diantaranya ialah:

  • stres yang berpanjangan
  • menggunakan pil perancang
  • menghidap diabetis
  • mengandung
  • mengambil antibiotik

Oleh itu, wanita tidak digalakkan untuk mencuci vagina secara keterlaluan menggunakan sabun wangi, mandi buih terlalu lama dan memakai seluar dalam yang ketat. Pilih material seluar dalam yang lebih sesuai.

Kenali Jenis Dan Warna Keputihan

atasi masalah keputihan
setiap warna keputihan memberi maksud masalah yang berbeza

Cara Atasi Masalah Keputihan Menggunakan Suplemen

atasi masalah keputihan

#1. GLA Complex 

Keunikan GLA Complex Shaklee berbanding kebanyakan GLA yang dijual dipasaran adalah diekstrak daripada borage oil yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dan EPO! 

Berbanding GLA (gamma-linolenic acid) lain, ia dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Disamping itu, GLA Complex Shaklee membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen dan testosterone.

Baca : GLA Bantu Masalah Senggugut

#2. Alfalfa Complex 

Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

(Nota: Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex)

atasi masalah keputihan#3. Garlic Complex 

Diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas daripada racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA pasa musim panas.

Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan Allicin aktif 100%. Tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif.

  • Allicin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatan. Ia tidak terdapat di dalam bawang putih biasa tetapi memerlukan teknik tertentu untuk menghasilkan allicin itu iaitu dengan cara menghiris halus bawang putih atau dengan cara menghancurkan bawang putih tersebut.
Baca Juga  6 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil Agar Tidak Membahayakan Bayi

Menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau garlic. Garlic Complex Shaklee tidak mengandungi pewarna, pemanis dan pengawet tiruan.

Testimoni Pengguna Suplemen Shaklee Untuk Atasi Masalah Keputihan

atasi masalah keputihan

 

Tips Atasi Masalah Keputihan Sebelum Melarat

Sekiranya anda mempunyai tanda atau sedang mengalami masalah keputihan, sila rawat segera. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

 

atasi masalah keputihan

atasi masalah keputihan
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

 

Atasi Masalah Keputihan Sebelum Melarat

One thought on “Atasi Masalah Keputihan Sebelum Melarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.