Anda sedang mencari tips banyakkan susu ibu? Saya akan kongsikan beberapa tips di dalam artikel ini. Susu badan merudum adalah sesuatu yang merisaukan ibu. Lebih lebih lagi bagi ibu yang berazam untuk memberikan bayi penyusuan secara esklusif untuk sepanjang 6 bulan. Tetapi tanpa disangka, baru 3 bulan usia bayi, susu ibu dah semakin berkurang. Bayi asyik menangis lapar dan ibu mula tertekan akibat susu semakin berkurang.

Ramai ibu bapa mula memikirkan jalan alternatif dengan memberikan susu formula kepada anak anak mereka. Dah tentu ibu sedih kerana pada awalnya berazam untuk memberikan penyusuan esklusif tetapi terbantut di tengah jalan.Akhirnya memilih untuk mencampurkan susu formula kepada bayi.

Antara Sebab Kenapa Susu Badan Berkurang

  • Kurang stimulasi : kurang mengepam, tidak mengepam susu.
  • Mengepam susu secara tidak konsisten.
  • Pengambilan ubat atau jamu yang memberi kesan terhadap pengeluaran susu ibu.
  • Penyurusan susu badan oleh pengasuh secara tidak efisyen.
  • Bayi mengalami nursing strike.
  • Ibu mengalami tekanan perasaan.
  • Ibu cuba berdiet.
  • Ibu makan makanan tidak berkhasiat.
  • Haid.

Oleh itu, cuba ibu periksa terlebih dahulu adakah faktor faktor di atas menyumbang kepada pengurangan susu ibu? Sekiranya ya, apakah tips tips yang boleh dilakukan untuk mengembalikan susu ibu semoga tidak lagi berfikir kepada susu formula?

6 Tips Banyakkan Susu Ibu

1. Power Pumping

Power pumping adalah kaedah yang sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ dikalangan bayi menyusu. Ibu boleh lakukan power pumping 2 atau 3 kali sehari, Insya Allah ia akan membantu.

Cara Melakukan Power Pumping ( 60 minit )

Double Pumping

 10 minit pam, 10 minit rehat

10 minit pam, 10 minit rehat

*ulang selama 60 minit

Single pumping

 5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

*ulang selama 60 minit

Ketahui kaedah power pumping di sini

2. Kerapkan Pam Susu Di Waktu Malam

Hormon prolaktin meningkat secara natural di waktu malam. Jadi, ibu digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3. Tambah Sesi Mengepam di Pejabat/ Rumah

Sekiranya ibu hanya mengepam 2 kali sehari di pejabat, cuba tambahkan sesi menjadi 3 pula. Jangan biarkan susu tinggal lama di dalam payudara. Susu ibu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation.(faktor menghalang penyusuan).

  • apabila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
  • Apabila payudara kosong, FIL akan berkurangan – penghasilan susu menjadi lebih cepat. Jadi, jangan tunggu bengkak dulu baru nak pam ye!

Kesimpulannya, bila payudara kosong, susu akan lebih cepat dihasilkan.

Tips : Pastikan payudara kosong selepas bayi menyusu atau selepas sesi mengepam.

4. Pam Susu Lebih Lama

Jika selalunya ibu mengepam susu selama 10 minit sahaja setiap sesi, sila tambahkan lagi tempoh mengepam menjadi 20 minit. Mungkin di dalam tempoh 20 minit mengepam susu itu, susu dapat letdown berkali kali. Biarkan je pam berkerja di payudara anda untuk stimulate walaupun susu belum keluar. Bila susu keluar, WOW!! ibu pasti gembira.

Tips : Cipta mood gembira ketika mengepam susu. Boleh juga sambil sambil pam, tengok gambar bayi atau bayangkan bayi anda sedang menyusu dengan anda.

5. Rangsang Puting Payudara

Sebelum memulakan sesi mengepam, cuba rangsang puting anda selama 5 minit. Bila susu mula nak keluar, barulah letakkan corong pam untuk memulakan sesi. Sambil sambil itu juga, ibu juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting. Bayangkan dari minda, anda menolak susu itu keluar dengan banyak. Percayalah.. Minda di bawah sedar anda amat membantu. InsyaAllah..

6. Ambil Makanan Berkhasiat

Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, ibu boleh mengambil apa apa jenis milk booster yang tinggi kandungan protein, serat dan kalsium seperti alfalfa, kurma, halba dan soya. Ibu juga boleh mencuba Set Breastfeeding Shaklee yang mengandungi suplemen lengkap yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Set Breastfeeding Shaklee dapat membantu ibu menambah susu badan dengan syarat ibu tidak mengenepikan prinsip asas penyusuan bermaksud melakukan stimulasi yang kerap iaitu mengepam dengan konsisten.

Klik di sini untuk Info lanjut tentang Set Breastfeeding Shaklee

Sekiranya ibu  berminat untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee atau bertujuan pre konsultasi (penerangan sebelum membeli suplemen), anda boleh menghubungi saya :

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hits: 46

6 Tips Banyakkan Susu Ibu
Baca Juga  Cara Melakukan Power Pumping 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat