Sejak mengandung, saya dah beberapa kali pengsan di tempat awam. Mujur keluar bersama suami. Dia yang tolong sambut saya. Kenapa ye? Ke sebab saya mengandung kali ni waktu umur dah meningkat?
Anna Aziz

 

Baru baru ini saya mendapat soalan dari kawan baik. Dia mudah jatuh pengsan sejak mengandung anak kedua. Dia beranggapan mengandung di lewat usia menyebabkan dia kurang sihat, selalu pengsan dan kurang cergas. Padahal umur baru memasuki 30 tahun.

Sebenarnya kejadian ini berlaku kepada saya sendiri ketika mengandungkan anak pertama. Ketika mengandungkan Adam Isyraf di umur 25 tahun, seawal 5 bulan, saya dah selalu mengalami kekejangan otot, pitam berkali kali di pasar, Mydin, dan shopping complex. Padahal, sebelum keluar rumah tu sihat walafiat. Sihat orang mengandung la. Selalu rasa penat dan mengah.

Jadi agak mustahil jika faktor usia yang dijadikan alasan ibu mengandung menjadi lemah dan tidak bertenaga. Sebab ia berlaku kepada saya ketika mengandung anak pertama kot. Naive. Takde pengalaman. Tak study pun pasal pregnancy.

Tips Cergas Semasa Hamil

Pemakanan Sihat

Bersetuju atau tidak jika saya katakan faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam mengukur kesihatan ibu mengandung? Cuba fikir semula. Apakah pola pemakanan yang diambil selama ini seimbang? Adakah zat yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung seperti kalsium, asid folik, vitamin B, protien dan serat cukup melalui makanan yang dimakan setiap hari?

Saya sendiri mengaku. Sejak dari kecil, saya memang tidak menggemari susu. Apabila mengandung, ibu memerlukan kalsium yang banyak untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. Saya pula tidak minum susu dan tidak mengambil apa apa suplemen berkaitan kalsium. Jadi, sudah tentu saya mengalami kekejangan otot, keguguran rambut dan paling ditakuti gigi rongak selepas mendapat cahaya mata!

Baca Juga  8 Cara Kawal Darah Tinggi Tanpa Ubat

Dah ada anak. Tapi mak pulak rongak. Kang nanti suami pun lari.. Nak ke?

Pitam dan Pengsan

Punca pitam atau pengsan pula dikalangan ibu mengandung, bukan sebab tua tua baru nak mengandung. Ada je orang tua umur 40 mengandung tetapi cergas. Tak pulak makcik tu pengsan hari hari.

Pernah dengan akibat kekurangan sel darah merah (hemoglobin) ketika mengandung? Kekurangan darah merah ketika mengandung bukan sahaja menyebabkan pitam atau pengsan. Tetapi muka kelihatan pucat, cepat letih, lesu, tak bersemangat tu adalah punca daripada kekurangan sel darah merah la tu. Kalau kat klinik, nurse selalu duk membebel hB low, hB low, hB low. Pastu nak merajuk dengan nurse sebab dah makan dah bayam, kerang, kacang untuk naikkan hB. Tapi belum berjaya.

Nak tahu kenapa tak berjaya? Sebab badan awak tu kekurangan sangat sangat zat besi, mineral, asid folik dan vitamin vitamin lain. Tidak semestinya bayam atau kerang yang awak makan untuk naikkan hB tu cukup kandungan zat besi. Sebab bila kita masak, nutrisi daripada makanan tersebut boleh berkurang. Lagi lagi kalau masak layu habis. Mana nak datang lagi zat nya?

Jangan ambil mudah tentang kekurangan hemoglobin (hB) ni tau. Sebab ia boleh membawa maut! Selain itu, risiko risiko seperti kelahiran pramatang, bayi kurang berat badan, bayi meninggal di dalam kandungan, serta tumbesaran fizikal dan mental juga boleh terbantut.

Cuba klik video ni. Akak ni mengandung di usia 30an tetapi tampil cergas.

Apa yang akak ni amalkan?

set hamil shaklee

Vitalea – Multivitamin dan zat besi. Ia membantu mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah. Ia juga mengurangkan risiko bayi pra matang dan bayi kurang berat badan.

Baca Juga  Set Hamil Shaklee Untuk Kekal Cergas

B Complex – Dilengkapi asid folik dan 8 jenis vitamin B yang penting. Mengelakkan risiko kecacatan janin dan membantu pembentukan tulang bayi. Ia juga membantu mengelakkan ibu daripada stress.

Vitamin C – Membantu penyerapan multivitamin. Menguatkan imunisasi ibu dan mencegah dari selesema dan demam.

Ostematrix – Elakkan kekejangan dan masalah tulang belakang pada ibu dan membantu pembentukan tulang bayi.

ESP – Beri tenaga berpanjangan. Menguatkan rahim ibu. Kulit ibu dan bayi cantik mulus dan gebu.

Omega Guard – Mengandungi DHA dan EPA membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi.

Oleh itu penting sebenarnya pengambilan suplemen dan vitamin ketika hamil. Doktor Hamid Arshat pun bersetuju ibu hamil mengambil vitamin dan meneruskan pengambilan vitamin hingga ke akhir hayat.

tips cergas semasa hamil

 

Selain menjaga pemakanan, ibu hamil juga perlu selalu bersenam, dan mendapat rehat yang cukup setiap hari.

Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapat keterangan yang lebih lanjut mengenai tips hamil dan konsultasi mengenai produk yang sesuai untuk kehamilan, sila hubungi saya segera.

Jadikan detik hamil adalah satu kenangan terindah! Bukan satu pengalaman ngeri akibat tidak menjaga kesihatan… 🙂 🙂 🙂

 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Tips Cergas Semasa Hamil Walaupun Mengandung di Usia Lewat 30an

Hits: 809

One thought on “Tips Cergas Semasa Hamil Walaupun Mengandung di Usia Lewat 30an

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares