Sukar tidur malam ketika hamil atau gangguan tidur (insomnia) sering berlaku apabila usia kandungan semakin meningkat. Masalah ini berpunca daripada beberapa faktor. Perut semakin membesar, pergerakan bayi di dalam kandungan, rasa pedih ulu hati dan pelbagai masalah lain ketika hamil selalu menyebabkan ibu hamil tidak dapat tidur lena.

Namun ibu hamil seharusnya mempunyai tidur dan rehat yang cukup untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa baik. Ibu hamil memerlukan tenaga yang cukup untuk persediaan bersalin. Menurut kajian dari  University of California di San Francisco, wanita hamil yang tidur kurang daripada 6 jam sehari lebih berisiko bersalin secara pembedahan.

Punca Wanita Sukar Tidur Malam Ketika Hamil

Berikut adalah beberapa faktor yang dikatakan menjadi punca kepada gangguan tidur diwaktu malam:

Peningkatan hormon progesteron

Walaupun peningkatan hormon progesteron menyebabkan wanita sentiasa mengantuk, namun masih ramai yang mengadu mempunyai masalah sukar tidur malam ketika hamil. Wanita hamil sering bangun di waktu malam dan sukar untuk tidur lena. Hal ini boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan terutamanya wanita wanita yang bekerja.

Mereka menjadi tidak bertenaga di siang hari dan kurang bersemangat untuk bekerja.

Perubahan fizikal yang mengganggu

Ketika hamil, terdapat banyak perubahan yang dialami oleh wanita. Disamping perubahan bentuk badan, perubahan terhadap payudara juga berlaku. Payudara semakin membesar untuk membantu pengeluaran susu badan. Oleh itu, ibu ibu hamil sering berasa ngilu dan sakit apabila bersentuhan.

Oleh itu, ibu hamil perlu mencari posisi yang lebih selesa untuk mendapat tidur lena.

Rasa mual dan muntah

Rasa mual dan muntah juga boleh menjadi punca ibu sukar tidur malam ketika hamil. Ada diantara ibu hamil yang mengalami masalah mual mual bukan sahaja diwaktu pagi, malah hingga ke waktu malam. Situasi ini kebiasaannya berlaku pada 12 minggu pertama kehamilan.

Sering membuang air kecil

Hormon progesteron juga akan mempengaruhi kawalan pundi kencing.Ibu hamil akan selalu merasa ingin membuang air kecil. Lazimnya, ibu hamil akan menjadi lebih kerap untuk ke tandas termasuk diwaktu malam. Aktiviti ini kadang kala akan menggangu ibu untuk tidur lena.

Baca Juga  6 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil Agar Tidak Membahayakan Bayi
Pedih ulu hati

Masalah pedih ulu hati juga boleh menjadi punca ibu hamil tidak lena tidur di waktu malam. Peningkatan hormon progesteron ketika hamil akan melonggarkan otot otot di dalam rahim. pakar juga mempercayai bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Hal ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut. Hormon progesteron ini juga boleh menyebabkan proses pencernaan menjadi lembap.

6 Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur Malam Ketika Hamil

Menurut Dr Leigh Signal, Associate Professor di Sleep/Wake Reseach Centre di Massey University University New Zealand yang melakukan kajian Tidur Semasa Kehamilan dan Postpartum : Hubungan Dengan Kesihatan Ibu, ada mengatakan bahawa wanita hamil boleh mendapat tidur yang lena dan berkualiti sepanjang kehamilan sekiranya melakukan 3 prinsip. Iaitu Planning, Prioritising dan Preparing.

Di sini saya akan berkongsi beberapa tips untuk mengatasi masalah sukar tidur malam ketika hamil. Diantaranya ialah:

  1. Jangan risau tentang Insomnia.
    • Sekiranya anda tidak boleh tidur, jangan berbaring di tempat tidur dan memaksa mata untuk pejam. Cuba bangun dan lakukan aktiviti lain seperti membaca buku, menonton TV, menulis atau mandi air panas. Aktiviti yang menenangkan kebiasaannya akan membosankan dan anda akan mudah terlelap.
    • Jauhkkan penggunaan telefon, tablet dan komputer di waktu malam untuk melayari internet atau media sosial. Aktiviti seperti ini boleh melekakan anda dan anda tidak akan tidur.
  2. Cuba cari posisi tidur yang selesa. 
    • Ibu hamil memang sukar mencari posisi yang sesuai untuk tidur. Perubahan bentuk badan dan tekanan yang semakin membesar pada perut akan mengganggu posisi tidur normal. Hindari tidur terlentang kerana anda berkemungkinan akan sesak nafas. Baring mengiring ke sebelah kiri atau kanan mengikut keselesaan dan gunakan bantal maternity atau bantal yang sesuai untuk menampung perut anda dibahagian bawah.
  3. Rancang tidur dengan baik. 
    • Hadkan aktiviti di malam hari. Cuba tidur lebih awal dari kebiasaan. Berbanding tidur diwaktu biasa dan anda masih terkebil kebil mencari rasa untuk tidur. Berehat terlebih awal akan membantu anda tidur lebih awal.
    • Ibu hamil memerlukan sekurang kurangnya 6 jam sehari waktu tidur berkualiti untuk memastikan sentiasa bertenaga hingga waktu kelahiran.
  4. Tidur siang semasa kehamilan.
    • Tidur sekejap diwaktu siang adalah baik untuk memastikan badan sentiasa cergas. Namun tidur sepanjang hari diwaktu siang akan menyebabkan ibu hamil sukar untuk tidur di waktu malam.
    • Jadi, pastikan tidur siang anda tidak terlampau lama dan berlebihan hingga tidak lena tidur di waktu malam.
  5. Lakukan hubungan intim.
    • Hubungan intim dengan pasangan juga salah satu cara yang baik untuk memberi rasa rileks dan santai pada anda. Hubungan intim diperingkat akhir kehamilan juga boleh membantu proses kelahiran. Sekiranya anda tidak teringin untuk melakukan, minta pasangan anda untuk memberi urutan secara lembut agat anda merasa tenang dan bahagia kerana ibu hamil memang suka sekiranya dimanjakan.
  6. Pengambilan kalsium membantu tidur lena.
    • Susu kaya dengan kalsium. Kalsium dapat meningkatkan kadar hormon melatonin di dalam badan yang mana akan membantu kita untuk tidur.
    • Pengambilan segelas susu suam sebelum tidur boleh membantu ibu hamil berasa tenang dan rileks.
Baca Juga  Cramp Kaki Ketika Mengandung. Cara Atasi Paling Efektif Dan Selamat

 

Pengambilan Vitamin Kalsium Boleh Membantu Tidur Yang Lena

Kalsium untuk ibu hamil bukan sahaja untuk membantu meningkatkan kualiti tidur. Malah ibu hamil memang digalakkan untuk mengambil kalsium yang lebih. Ia boleh membantu perkembangan bayi yang sihat.

Ketika hamil, bayi telah menyerap hampir keseluruhan kalsium yang ada di dalam badan ibu untuk memastikan tumbesaran tulang yang sihat. Dikatakan, ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium yang teruk selepas melahirkan.

Oleh itu, pengambilan kalsium amat penting untuk ibu hamil demi memastikan ibu tidak mudah terkena osteoporosis diusia terlalu awal.

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Sukar Tidur Malam Ketika Hamil

  • Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (cramp kaki) terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Kekurangkan kalsium bagi ibu mengandung akan membawa risiko menjejaskan pertumbuhan bayi, penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. Ostematrix juga boleh membantu melawaskan pembuangan seterusnya dapat membantu mengatasi masalah sembelit.
Baca Juga  Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Sukar Tidur Malam Ketika Hamil

 

Sukar Tidur Malam Ketika Hamil

Dapatkan Ostematrix Hari Ini

Ostematrix Shaklee mengandungi 120 biji di dalam 1 botol. Ia hanya berharga RM51.94 sebotol. Ia amat berkesan untuk membantu menghilangkan lenguh lenguh badan serta melancarkan pembuangan najis pada keesokkan hari.

asid folik untuk ibu mengandung
klik di sini untuk pembelian terus di website Shaklee

Baca Artikel Berkaitan :

Ostematrix Membantu Masalah Buasir Ketika Hamil

Tips Cergas Dan Bertenaga Ketika Hamil 

5 Tip Atasi Sakit Pinggang Ketika Mengandung

 

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Sukar Tidur Malam Ketika Hamil : Cara Mengatasi

2 thoughts on “Sukar Tidur Malam Ketika Hamil : Cara Mengatasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.