Mesti korang tengah mencari resepi kuih siput yang sedap, rangup dan cukup rasa kan? Hari ni saya nak berkongsi kejayaan saya membuat kuih siput.

Sebelum ni saya memang tak pernah makan, tak pandai buat dan takde niat pun nak membuat kuih siput. Tapi sebenarnya encik suami sangat la suka kuih siput. Sampai ada beberapa story lah diantara kami pasal kuih siput ni. Saya rasa kuih siput ni punya la remeh. jadi memang tak pernah bercita cita la nak buat.

Sebelum ni dah pernah jugak buat sekali mengikut resepi di internet. Tapi rasa macam tak sedap pun. Terus give up rasa tak nak buat. Sampai la satu hari tergerak hati nak buat. Ku gigih mencari resepi yang encik suami pernah share kat Facebook satu masa dulu. Dan tak sangka, resepi tu menjadi, sedap dan rangup.

Jadi, saya rasa nak kongsi dengan semua resepi kuih siput yang sedap ni dengan orang lain jugak.

Resepi Kuih Siput Yang Sedap dan Rangup

resepi kuih siput yang sedap

Bahan bahan yang diperlukan:

  1. 1kg Tepung gandum
  2. 2 biji telur
  3. Marjerin (bukan butter tau)
    • Saya guna planta bekas  240 gram tu untuk 1kg tepung. Senang.. tak payah sukat sukat dah.
  4. 6 ulas Bawang merah
  5. 4 ulas Bawang putih
  6. 4 sudu besar cili kisar
  7. 4 sudu besar rempah kari
  8. 2 sudu besar jintan manis
  9. 1 sudu besar jintan putih
  10. Garam sekucup rasa
  11. 1 Cawan air untuk kisar bahan.

Kisar semua bahan kecuali tepung gandum, marjerin dan telur.

Resepi yang saya buat ni tidak masukkan udang kering ye. Kalau anda suka udang kering, boleh la masukkan. Tetapi jangan pula masukkan ajinomoto sekali. Rosak rasa nanti. Saya juga tak masukkan ajinomoto dalam kuih siput saya. Kat rumah ni memang kami amalkan no MSG food.

Baca Juga  Cara Menyediakan Aiskrim Sumi Yang Tengah Havoc Sekarang

resepi kuih siput yang sedap

Cara Cara menyediakan doh Kuih Siput

  1. Mula mula, kisar semua bahan kecuali tepung gandum, marjerin dan telur bersama 1 cawan air.
  2. Gaulkan 1kg tepung gandum bersama 240 gram marjerin. Resepi asal 250 gram tau. Tapi suami saya tak suka sangat terlalu lembut. Dia suka crunchy crunchy sikit. So saya guna je marjerin Planta saiz kecik 240 gram tu.
  3. Selepas tepung dan marjerin menjadi seperti serbuk roti, masukkan bahan bahan yang sudah dikisar bersama 2 biji telur.
  4. Uli tepung tersebut perlahan lahan hingga menjadi doh.
  5. Sekiranya doh keras, jangan tambah air. Tambahkan marjerin sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
  6. Cubitkan sikit demi sedikit dan letakkan atas acuan kuih siput untuk dibentuk.
  7. Selepas selesai, gorengkan kuih siput tersebut menggunakan minyak yang panas tapi api perlahan. Jangan lupa masukkan daun kari sekali ketika menggoreng.
    • Minyak akan berbuih ye selepas goreng batch ke 2 dan seterusnya.. Goreng sampai garing.
  8. Sedia di makan!

 

Kalau anda rasa taknak buat 1 kg, boleh buat setengah kg dulu. Ikut resepi tadi, jadikan semua bahan tu separuh. Kadang kadang saya buat setengah kg je.. Penat oi nak bentukkan kuih siput tu sorang sorang..Selamat mencuba!!

resepi kuih siput yang sedap

 

 

Resepi Kuih Siput Yang Sedap dan Rangup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.