Apakah Bell Palsy? Bell Palsy adalah kelumpuhan pada otot muka. Ia hanya berlaku pada sebelah muka sahaja. Ia berpunca daripada masalah kerosakan saraf yang mana boleh menyebabkan hilang deria rasa dan tidak boleh mengawal pengeluaran air liur serta air mata. Apakah rawatan penyakit Bell Palsy dan adakah ia boleh sembuh?

Saya pernah berjumpa dengan seorang kanak kanak berusia kurang 2 tahun mengalami Bell Palsy akibat terkena jangkitan virus di dalam telinga. Ibu bapa kanak kanak tersebut agak lambat mengambil tindakan ketika anaknya mengalami jangkitan kuman di dalam telinga. Sebenarnya mereka sudah berjumpa beberapa doktor dan diberi ubat titis ke dalam telinga tanpa mengesyaki virus di dalam telinga anaknya semakin teruk. Akhirnya sebelah otot muka bayi tersebut senget dan mengalami Bell Palsy.

Bell Palsy Bukan Stroke!

Simptom Bell Palsy dan Stroke hampir sama, tetapi Bell Palsy tidak ada kaitan dengan stroke. Pada peringkat permulaan, mungkin ramai yang beranggapan diserang stroke. Sebelah muka lumpuh dan mulut menjadi senget. Walau bagaimanapun, pesakit perlu terus mendapatkan rawatan doktor dengan segera untuk memastikan sama ada diserang Bell Palsy atau Stroke. Hanya pakar yang boleh memastikan apa yang berlaku.

Siapa Berisiko Mengalami Bell Palsy? 

Penyakit Bell Palsy jarang menyerang kanak kanak. Lelaki dan perempuan dewasa mempunyai risiko yang sama untuk mengalami Bell Palsy. Diantara golongan yang mudah terkena penyakit ini ialah:

  • individu berumur 15-60 tahun.
  • individu yang menghidap diabetes atau masalah pernafasan.
  • wanita hamil – terutamanya semasa trimester ke-3.
  • wanita yang baru lepas bersalin kurang dari 1 minggu.

Simptom Simptom Bell Palsy

Setiap orang yang diserang Bell Palsy mungkin tidak mengalami simptom yang sama. Namun terdapat beberapa simptom yang biasa dialami, iaitu:

  • Kelumpuhan atau kebas pada sisi wajah.
  • Mulut dan kelopak mata tidak dapat di buka atau ditutup.
  • Gangguan pada mata seperti masalah mata kering.
  • Masalah sakit telinga pada sebelah muka yang mengalami kelumpuhan seperti sensitif kepada bunyi atau berdengung.
  • Rasa berdengung pada salah satu telinga atau kedua-duanya.
  • Bahagian mulut yang terjejas akan mudah berair liur.
  • Mulut terasa kering.
  • Sakit dan pening kepala.
  • Kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.
  • Kelemahan atau kelumpuhan otot secara terus menerus.
  • Otot wajah berkedut.
  • Kemampuan deria rasa menurun.
Baca Juga  Atasi Masalah Keputihan Sebelum Melarat

rawatan penyakit bell palsy

Punca Berlakunya Bell Palsy

Masih tidak ada bukti yang tepat untuk mengesahkan punca sebenar Bell Palsy. Namun rawatan rawatan yang sering dijalankan untuk memulihkan pesakit ialah rawatan memulihkan saraf. Hal ini kerana, ramai yang mempercayai bahawa gangguan saraf yang menyebabkan Bell Palsy berlaku.

Serangan virus adalah salah satu penyebab berlaku radang pada saraf muka. Ada pakar yang mengatakan, Virus Herpes yang sering menyebabkan radang saraf berlaku. Selain itu, terdapat beberapa lagi jenis virus yang mungkin menjadi punca.

  • virus cacar air dan kayap.
  • virus selsema dan virus herpes genital.
  • virus yang menyebabkan mononucleosis (Epstein-Barr).
  • virus sitomegalovirus.
  • virus beguk.
  • virus influenza B.
  • virus penyakit tangan-kaki dan mulut (coxsackievirus).

Sebenarnya banyak lain punca lain yang tidak dikenalpasti yang boleh menyebabkan berlakunya Bell Palsy. Cuma ia sukar dikenalpasti kerana kebiasaannya Bell Palsy menyerang secara tiba tiba.

Kaedah Alternatif Rawatan Penyakit Bell Palsy

Ramai yang mencari kaedah alternatif rawatan penyakit Bell Palsy. Sebelum memilih jalan rawatan alternatif, sebaiknya pesakit rujuk doktor terlebih dahulu. Rawatan daripada pakar perubatan adalah yang terbaik. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan sebarang komplikasi berlaku.

Sekiranya tidak mendapat rawatan pakar terlebih dahulu dan terus membuat kesimpulan bahawa serangan tersebut adalah Bell Palsy, ia mungkin boleh membahayakan nyawa anda. Oleh itu, keputusan ujian pakar perubatan adalah penting untuk meneruskan ikhtiar untuk sembuh dari sebarang masalah kesihatan.

Pesakit Bell Palsy boleh mencuba kaedah alternatif dengan pengambilan suplemen. Suplemen tidak bertindak seperti ubat. Namun ia boleh membantu untuk pulih semula dengan membaiki, memulihkan dan meningkatkan tenaga sel.

Vivix Sebagai Salah Satu Ikhtiar Untuk Kaedah Alternatif Rawatan Penyakit Bell Palsy

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Baca Juga  Cara Atasi Tekanan Darah Rendah Dengan Selamat

Testimoni Rawatan Penyakit Bell Palsy Selepas Mengamalkan Vivix

Testimoni Daripada Puan Zura

Pada Julai 2016 Zura di serang bell palsy.

Bangun je tidur, macam biasa Zura akan minum air tiba tiba air meleleh keluar dari mulut, pelik tapi buat tak layan.bila basuh muka ketika wuduk, kali ni air masuk dalam mata.makin bertambah hairan.

Selesai solat subuh, cuba cari info sambil sambil tengok muka di cermin..Allahhuakbar muka aku dah senget!

Mulut tak boleh tutup, mata tak boleh tutup rapat..air mata mengalir. Pipi sebelah kanan tak boleh gerak langsung, telinga rasa bengang..sakit, sakit sangat.

Sebelum ni ada Zura baca terbaca tentang Bell Palsy dari perkongsian seorang rakan tapi masih rasa ragu ragu sama ada zura di serang minor stroke atau Bell Palsy.

Tengah hari suami balik utk lunch baru Zura mintak dia tengokkan muka dan bagi tahu Zura di serang Bell Palsy.

Bila kami buat pemeriksaan di hospital. Yes! Doktor sahkan Zura di serang Bell Palsy.

Bermulalah episod terpaksa ambil steroid dan terpaksa berhenti menyusukan Izzara Nasuha.

Seminggu pertama Zura rasa berat sangat bukan sebab muka dah senget tapi sebab terpaksa stop menyusukan anak.

Bayangkan anak yang 24 jam dengan maknya tapi bila merengek minta susu maknya tak dapat bagi. Sedih teramat sangat. Susu pula terpaksa pam dan buang.

Anak susah tidur malam
Rasa stress anak menagis nakkan susu tapi tak boleh nak bagi.

Sampai Zura kata pada suami,  “ummi tak kisah pon muka ummi senget tapi ummi tak sampai hati tengok anak nagis² nak susu macam ni”.

Zura buat keputusan hanya seminggu Zura ambil steroid dan cuba ikhtiar dengan mengamalkan supplement, tentu Shaklee pilihan utama Zura.

Waktu tu Zura berserah ja pada Allah jika dengan supplement ni Zura sembuh Alhamdulillah, jika terpaksa berwajah senget seumur hidup pon Zura terima..

Zura consume special dose VIVIX, Vitamin E, Omegaguard ,B Complex dan seminggu sekali Zura akan buat rawatan fisioterapi dan acupuncture.

Senaman muka untuk pesakit Bell Palsy pon ada Zura amalkan di rumah.

Alhamdulillah senyuman kembali mekar dibibir walaupun belum sembuh 100%.

– Puan Zura

penapis buah pinggang bocor

Jika anda adalah diantara yang mengalami masalah Bell Palsy dan ingin mencuba kaedah pengambilan suplemen untuk membantu rawatan anda, dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif daripada saya dengan segera.

Baca Juga  Cara Ubati Kayap Hingga Sembuh

Pertanyaan/order : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL :  018 – 288 8797

WHATSAPP : www.wasap.my/60182888797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Rawatan Penyakit Bell Palsy, Adakah Boleh Sembuh Semula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.