Derita gout sebenarnya boleh dielakkan dari mula. Jika diperhatikan, kebanyakan orang mengalami gout adalah berusia 30 tahun ke atas. Akibat kegagalan buah pinggang untuk memproses asid urik, seseorang menderita masalah gout. Punca utama asid urik di dalam darah tinggi adalah akibat terlalu banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan asid urik. Terdapat beberapa jenis makanan untuk penderita gout ambil dan elakkan sekiranya ingin sihat tanpa masalah gout.

Jika kita perhatikan, masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap dan menggunakan pelbagai jenis bahan untuk memasak. Daripada masyarakat yang berbilang kaum, rakyat Malaysia amat mewah dengan menu makanan. Tetapi, tahukah anda? Terlalu banyak makan tanpa mengira keseimbangan piramid makanan yang badan perlukan boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Tambahan pula, sekiranya seseorang itu kurang bersenam.

Namun, sekiranya anda berisiko terkena serangan gout mahupun sedang mengalami penyakit gout, terdapat 6 perkara wajib yang perlu dititikberatkan. Pakar perubatan juga bersetuju agar penderita gout memilih makanan yang sesuai untuk diambil setiap hari.

gout-diet-uric-acid-check

6 Jenis Makanan Untuk Penderita Gout

#1. PROTEIN 

Sumber protein daripada daging merah tidak sesuai untuk pesakit gout.Daging merah mempunyai kandungan asid purin yang tinggi.

Tetapi pesakit gout masih boleh mengambil protein daripada tumbuhan atau sumber organik seperti ayam organik ataupun ayam kampung. Namun harus diingatkan, pesakit gout masih perlu mengawal pengambilan ayam organik atau ayam kampung tersebut kerana kandungan asid masih terdapat di dalam ayam organik. Cuma kandungan asid lebih rendah berbanding ayam komersial (ayam bandar).

#2. BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN

Epal Hijau dan delima baik untuk pesakit gout. Namun segala buah buahan yang telah dijeruk perlu dielakkan. Cuka tiruan juga perlu dielakkan dan sekiranya perlu, bertukarlah kepada cuka epal.

Baca Juga  Cara Mengurangkan Asid Urik Dalam Darah

Sayur sayuran yang pahit seperti peria, ulam raja, pegaga, pucuk gajus baik untuk pesakit gout. Namun perlu diingatkan, cendawan adalah berbisa terhadap pesakit gout.

Makanan kekacang juga perlu dielakkan terutamanya kacang yang bergaram. Di samping itu, kacang peas juga tinggi kandungan asid dan ia perlu dielakkan oleh pesakit gout.

#3. GULA

Minuman tinggi kandungan gula seperti minuman bergas WAJIB dielakkan. Namun minuman kopi dan teh boleh dicampur dengan gula organik ataupun stevia.

Perlu diingatkan juga, agar jangan terlalu banyak mengambil minuman bercafein. Buah pinggang akan lebih penat bekerja sekiranya kandungan cafein tinggi di dalam badan.

#4. GARAM

Pesakit gout boleh menukarkan garam di dapur kepada garam bukit, garam himalaya atau garam organik. Hentikan daripadan menggunakan garam biasa untuk memasak.

#5. MAKANAN BERMINYAK DAN BERGORENG

Pesakit gout tidak perlu hentikan terus pengambilan makanan berminyak dan bergoreng. Sebaliknya kawal pengambilan makanan bergoreng suhu tinggi seperti deep fry kepada makanan yang digoreng hanya menggunakan minyak zaitun. Tetapi AWAS!! Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng pada suhu yang tinggi yer..

Di samping itu, gantikan masakan bergoreng kepada masakan rebus dan kukus bagi kehidupan yang lebih sihat.

#6. LEMAK DAN MINYAK

Makanan berlemak dan berminyak seperti keju, marjerin, dan santan perlu dielakkan. Kalau nak masak kari, tukarlah alternatif lain seperti susu segar atau gunakan minyak kelapa dara di dalam masakan.

 

Makanan Anda Penentu Kesihatan Anda

Bedasarkan semua jenis makanan di atas, bukan bermakna pesakit gout perlu berhenti mengambil makanan tersebut. Namun konsep makan alar kadar perlu diterapkan dalam menu seharian.

Nak makan boleh. Tapi berpada pada lah orang kata.

Baca Juga  Cara Merawat Paru Paru Bocor

Jangan pulak, jumpa makanan sedap sampai terlupa yang awak perlu kawal pengambilan makanan terutama yang tinggi kandungan asid urik.

INGAT TAU!!

Jaga kesihatan anda sebelum ia semakin mudarat. Bak kata pepatah, Cegah Sebelum Kena. Ingat Sebelum Sakit.

Di dalam artikel saya sebelum ini juga terdapat info mengenai penyakit gout. Sekiranya memerlukan lebih maklumat, boleh rujuk artikel tersebut.

 

Sekiranya terdapat kemusyikilan dan maklumat yang ingin anda ketahui, sila hubungi saya.

 

 

 

Hubungi : 

Anisah Abdullah
Bussines Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | CALL | WHATSAPP : 018 – 288 8797
Email : sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).


Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

6 Jenis Makanan Untuk Penderita Gout Ambil Setiap Hari

Hits: 2459

One thought on “6 Jenis Makanan Untuk Penderita Gout Ambil Setiap Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares