Ramai wanita mencari artikel artikel mengenai kesan penggunaan Implanon. Setiap pasangan yang berkahwin kadang kadang ingin merancang kelahiran anak anak di atas faktor faktor tertentu. Saya adalah pengguna implanon. Saya tidak pernah mencuba kaedah klinikal lain untuk merancang kelahiran anak.

Pada peringkat awal menggunakan implanon, sebenarnya saya mengalami satu masalah. Darah yang keluar tidak berhenti dan berlarutan hingga sebulan. Pada awalnya saya bersabar menunggu. Tapi lama kelamaan, terpaksa juga berjumpa doktor. Akhirnya doktor memberi sejenis ubat untuk menghentikan darah yang keluar selepas beberapa pemeriksaan, darah yang keluar itu adalah kesan daripada penggunaan implanon.

Tidak sesuai. Tetapi saya tetap ingin meneruskan penggunaan implanon untuk jangka masa tiga tahun. Kemudian, untuk 3 bulan pertama selepas mengambil ubat menghentikan darah, period cycle saya normal. apabila masuk ke bulan ke 4 dan seterusnya, saya tidak mengalami period langsung. Ia berlarutan hingga 11 bulan. Saya agak risau bila kehidupan seorang perempuan seolah olah tidak normal. Pelbagai ikhtiar saya lakukan termasuk mengurut, berbekam dan bersauna. Semuanya seolah olah tidak berhasil.

Kebetulan saya di dalam group iReach Shaklee. Master Lyna mempelawa untuk melakukan Detoks Parasit. Detoks itu tidak ada kaitan langsung dalam ikhtiar saya untuk period. Tetapi semasa bulan ke 3 melakukan Detoks Parasit, alhamdulillah saya period. Tak banyak tetapi apa yang keluar agak ngeri. Yelah.. Hampir setahun tidak ada cycle normal seorang perempuan.

Bulan seterusnya adalah bulan ke empat saya melakukan Detoks Parasit. Bulan ni tengah tengah detoks, saya period lagi dan kali ini sangat banyh (heavy flow) dan seperti orang keguguran. Sejak daripada itu, saya period. Alhamdulillah.. Lega. Dah hilang kerisauan takut dah tak normal.. takut datang penyakit lain dan macam macam ketakutan lah jugak.

Baca Juga  Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah, Bagaimanakah Caranya?

Cuma sejak bulan September (dah tak buat Detoks Parasit pun), period saya dah mula tak normal. Hari ke-7 dah habis. Tapi hari ke-13 hingga sudah, tak ada tanda tanda untuk berhenti. Akhirnya, saya pergi jumpa lagi dengan Gynea untuk buat medical Check Up. Risau.. Sekiranya ada kehadiran cyst atau fibroid. Darah tak berhenti dan setiap hari medium flow. Seperti sebelum ini, Doktor berikan Norcolut lagi untuk hentikan darah. Setiap bulan saya perlu ambil Norcolut lepas hari period ke-15.

Masa tu memang dah give up. Tunggu balik dari umrah je, terus nak bukak implanon. Penatlah ambil pil hormon macam tu. Sebabnya, Norcolut tu akan menyebabkan berat saya bertambah tambah. Tak ke stress? Lagipun, memang rasa dah tak normal dah hidup ni. Menyusahkan diri.

Masa umrah saya ambil Surnorcolut pulak untuk hold period, jadi bila dah balik, takde fikir lain lagi dah. Bila period je terus nak pergi buka Implanon. Tapi tak buat pun. Masih lagi nak try continue. Tunggu period habis secara normal dan berharap ia normal. Rupa rupanya sama je.. Hari ke-13 period, darah keluar semula. Hari ke-21, betul betul give up. Pergi jugsa klinik dekat area rumah untuk buat minor surgery untuk bukak implanon.

Berakhirlah riwayat saya memakai implanon untuk family planning. Cukup 2 tahun je saya mampu bertabah dengan penggunaan implanon. Since saya mempunyai macam macam masalah dengan kaedah ini. Lagipun, bila dah pakai je baru saya terbaca yang mana, implanon tidak sesuai untuk wanita yang berisiko kanser. Hormon yang tidak stabil boleh trigger sel sel kanser untuk aktif.

Baca Juga  Berjaya Menyusukan Bayi Dengan Set Menyusu Shaklee dan Kulit Kusam Hilang

Haa.. statement itu pun salah satu punca yang menyebabkan saya cuak dengan implanon. Maklumlah.. Pada umur 19 tahun, saya pernah menjalani pembedahan untuk membuang Breast Lump stage 3 non cancerous tu.. Yang mana, anytime lump tu boleh pergi ke Stage 1 Cancer. Walaupun ia tidak merbahaya, tapi prevent is better than cure la kan..

Dah la maksud Stage 3 non cancerous tu pun saya baru tahu waktu join Breast Cancer Health Awareness Workshop kat Shaklee HQ hujung tahun lepas. Jadi, nasihat saya, sekiranya nak pilih apa apa pun kaedah family planning, sila buat research dulu sebelum terus memilih. Tak semua orang sesuai dengan semua kaedah yang ada. Dan paling selamat,kondom jelah..

Kesan Penggunaan Implanon : Give Up selepas 2 tahun

4 thoughts on “Kesan Penggunaan Implanon : Give Up selepas 2 tahun

  • Pingback:Kesan Sampingan Penggunaan Implanon Selepas Setahun |

  • April 5, 2017 at 9:46 am
    Permalink

    Saya pun give up dengan implanon ni after 2 years. Memang amat tak sesuai dengan badan. Alahan dan langsung tak datang haid selama 2 tahun. Ngeri kan? Selepas detoks dengan produk shaklee alhamdulillah datang haid. Now, dah kembali normal

    Reply
    • July 9, 2018 at 6:47 pm
      Permalink

      Blh ke amal kn suplement or jamu semasa kte ambil implano ni?

      Reply
      • July 10, 2018 at 2:58 pm
        Permalink

        Boleh puan. saya pun mengamalkan supplement semasa pakai implanon. Sebenarnya lebih bagus. Sebab implanon ni boleh menyebabkan mood kita tak menentu. jadi supplement yang bersesuaian sgt membantu emosi kita untuk lebih stabil.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.