Ketika hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan. Kaki bengkak semasa mengandung adalah fenomena biasa yang dialami ibu. Akibat perubahan hormon yang mendadak dalam tempoh kehamilan, kebanyakan ibu merasakan bengkak pada kaki kadangkala menyukarkan aktiviti harian mereka.

Kadangkala, kasut dan selipar yang biasa digunakan juga tidak boleh dipakai lagi ketika mengandung. Kebiasaannya, bengkak kaki ini paling jelas kelihatan di bahagian atas kaki. Namun bengkak ini boleh merebak hingga ke paras peha.

Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Mengapa Kaki Bengkak Semasa Mengandung?

Selepas usia kandungan mencecah 20 minggu, bayi di dalam kandungan sudah semakin besar dan mula menekan salur ‘inferior vena cava’. Iaitu salur darah yang membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung. Hal ini akan menyebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar, dan darah berkumpul di kedua dua belah kaki.

Di samping itu, akibat bayi menekan salur inferior vena cava, ia juga mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah. Cecair di dalam badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah celah tisu badan. Kesannya, kaki akan mula membengkak namun ia tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar, semakin besar kaki membengkak.

7 Tips Elakkan Kaki Bengkak Semasa Mengandung

  1. Tinggikan kaki ketika baring. 
    • Letakkan bantal di bawah kaki supaya kedudukan kaki lebih tinggi daripada aras jantung. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki.
  2. Minum air yang mencukupi.
    • Kebanyakan ibu mengandung tidak mahu minum air yang banyak. Kononnya minum air yang banyak akan menyebabkan kaki membengkak. Terdapat juga ibu mengandung yang tak mahu minum air yang banyak kerana terlalu kerap ke tandas.
    • Seperti yang saya terangkan di atas tadi, badan kita telah mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah telah pun keluar. Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi penting untuk mengelakkan dehidrasi di dalam salur darah.
    • Dehidrasi di dalam salur darah menyebabkan darah menjadi pekat dan pembekuan darah mudah berlaku. Ia boleh mengundang masalah lain seperti deep vein thrombosis.
  3. Elak berdiri statik terlalu lama dan aktifkan pergerakan.
    • Semasa melakukan aktiviti harian di rumah atau bekerja, elakkan berdiri terlalu lama dalam keadaan statik. Lakukan pergerakan aktif untuk melancarkan peredaran darah. Pergerakan aktif juga boleh mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
  4. Pakai Compression stockings.
    • Stokin ini tidak sama seperti stokin biasa. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat dari aras peha hingga ke kaki. Setiap bahagian stokin mempunyai tekanan dan regangan yang berlainan.
    • Stokin ini digalakkan digunakan pada waktu malam ketika tidur.
  5. Baring mengiring ke sebelah kiri badan ketika tidur. 
    • bayi tidak akan menekan salur inferior vena cava di dalam posisi ini.
  6. Pakai kasut yang selesa.
    • Pilih kasut yang sesuai dan selesa ketika mengandung untuk memastikan tekanan pada kaki sekata agar tidak mengalami kesakitan.
  7. Rendam kaki.
    • Rendam kaki tidak terbukti dapat mengurangkan bengkak kaki. Namun amalan ini boleh melegakan kaki yang penat selepas tekanan berat badan naik mendadak.
Baca Juga  7 Tanda Bahaya Ibu Hamil Berpuasa

Pengalaman Peribadi Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Tempoh mengandung memberi saya pengalaman dan menyedarkan saya tentang menjaga pemakanan sihat. Di usia 24 tahun, ketika mengandung anak pertama, saya mengalami bengkak kaki dari awal kehamilan walaupun ia tidak ketara. Selepas memasuki trimester ke 2, kaki semakin bengkak dan sering pening dan pitam.

Di awal kehamilan, saya juga mengalami muntah muntah dan loya teruk hingga dehidrasi. Lebih malang lagi, ketika itu adalah di bulan puasa dan masih gigih berusaha untuk berpuasa. Saya layankan saja morning sickness, pitam dan paras hemoglobin rendah ketika mengandung tanpa ambil apa apa tindakan kerana tidak mempunyai kesedaran mengenai makanan tambahan.

Akibatnya, saya selalu mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki, pitam, dan paling malang lagi saya bersalinkan Adam Isyraf ketika saya mengandung 35 minggu. Adam Isyraf dilahirkan pra matang dan ditahan di wad selama seminggu untuk memastikan dia bebas kuman dan diberi ubat untuk kuatkan paru paru.

Berbeza dengan pengalaman mengandungkan Alyah Insyirah setahun kemudian. Ketika mengandungkan Alyah, saya memang sedang ambil suplemen Shaklee sejak bersalinkan Adam kerana bertujuan untuk penyusuan eksklusif. Namun apa yang saya sendiri rasakan, ketika mengandung Alyah, saya langsung tidak mengalami sindrom seperti mengandung Adam. Tidak lagi kejang kaki, pitam dan muntah muntah. Kaki juga tidak terlalu bengkak kerana ketika 34 minggu baru kelihatan kaki membengkak. Saya juga bersalinkan Alyah ketika 39 minggu dan tidak mempunyai apa apa komplikasi.

Yang lebih mengujakan, sepanjang tempoh kehamilan ke 2, buku rekod kesihatan mengandung saya langsung tidak ada ditulis dengan pen merah walaupun pada asalnya saya dimarah nurse akibat mengandung lagi selepas Adam berusia 8 bulan. paras Hemoglobin (hB) sentiasa diparas normal. Alhamdulillah.. Syukur saya mengenali Shaklee dan berkenalan dengan Set Hamil, Set Bersalin dan Set Menyusu Shaklee.

Baca Juga  Ujian Darah MGTT Dan Minum Air Gula Ketika Mengandung

 

Set Hamil Shaklee

Kaki Bengkak Semasa Mengandung
klik untuk dapatkan info Set Hamil Shaklee

Dapatkan Set Hamil Shaklee Daripada Saya : Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Klik link ini untuk membuat pembelian terus di Website Shaklee

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Sekiranya anda membeli melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara percuma serta khidmat nasihat yang tepat untuk menggunakan produk Shaklee secara berkesan.

Di samping itu, saya juga boleh melakukan khidmat Cash on Delivery di sekitar Shah Alam dan Subang serta kawasan kawasan berdekatan mengikut budi bicara dan keperluan.

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.