Diabetes semasa hamil sering menyerang wanita apabila memasuki pertengahan fasa kehamilan atau di akhir akhir tempoh hamil. Ia juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM)Dikatakan 18% wanita hamil akan mengalami masalah ini.

Terdapat beberapa risiko yang mungkin berlaku terhadap wanita yang mengalami diabetes semasa hamil. Ia boleh membahayakan bayi dan juga ibu sekiranya tidak dirawat segera. Diantaranya ialah:

  • Risiko bersalin awal dari tarikh jangkaan akibat bayi membesar berlebihan di dalam rahim.
  • Risiko bersalin secara pembedahan akibat bayi terlalu besar.
  • Risiko bayi mati secara mengejut di dalam rahim apabila paras gula di dalam darah tidak terkawal.
  • Risiko kecacatan akibat bayi tersangkut bahu di dalam proses kelahiran normal.
  • Risiko diabetes terhadap bayi tersebut apabila dewasa kelak.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Diabetes Semasa Hamil

Wanita yang mengalami diabetes semasa hamil terpaksa melalui pemeriksaan yang lebih kerap berbanding wanita hamil yang normal. Mereka perlu menjalani pemeriksaan dan pemantauan paras glukosa di dalam darah.

Di samping itu, mereka juga perlu merujuk kepada pegawai zat pemakanan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai pemilihan makanan berkhasiat untuk ibu dan bayi. Kebiasaannya diabetes ketika hamil dapat diatasi dengan kawalan diet dan menjaga pemakanan sahaja.

Namun, ada diantara ibu hami terpaksa mengambil suntikan insulin apabila paras gula di dalam darah sudak tidak mampu dikawal.

Pengalaman Berjaya Mengatasi Diabetes Semasa Hamil 

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ]

Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan.
.

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian ‘minum air gula’ atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari.
.

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.
.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga ‘bayi ESP’ oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.

Diabetes Semasa Hamil

Kawal GDM Dengan ESP Soy Isolate Protein Powder

Diabetes Semasa Hamil

ESP terbukti berkesan dan selamat untuk membantu masalah diabetes termasuk diabetes ketika hamil kerana:

  1. Soya Non GMO
    • Soya di dalam ESP dikawal ketat melalui identity preservation program (IPP) untuk menjamin kualiti genetiknya. Khasiat soya ESP adalah sama seperti soya 100 tahun dahulu.
  2. Tiada Lemak
    • Soya ESP tidak mempunyai kolesterol dan laktosa. Ia boleh mengawal paras kolesterol LDL secara sihat.
    • Pengambilan ESP selama 12 minggu menunjukkan pengurangan LDL kolesterol jahat. Diabetes Semasa Hamil
  3. Indeks Glisemik Rendah
    • Soya ESP dicernakan dan diserap secara perlahan lahan. Oleh itu peningkatan gula di dalam darah tidak mendadak dan perlepasan hormon insulin juga berlaku sedikit demi sedikit.
    • Berdasarkan graf di bawah, garisan biru menunjukkan kadar gula yang dilepaskan dalam jumlah sedikit demi sedikit. Jadi ia tidak membebankan prankreas untuk merembeskan insulin.Diabetes Semasa Hamil
  4. Asid Amino Lengkap
    • Di dalam ESP, terdapat kandungan asid amino lengkap yang diperlukan badan. Di dalam asid amino pula, terdapat sebatian ARGININE yang boleh membantu mengurangkan rintangan atau sensitiviti badan terhadap insulin. Ia juga membantu menaikkan toleransi terhadap gula.
    • Selain itu, asid amino juga berfungsi untuk membantu prankreas untuk menghasilakn insulin.
Baca Juga  Radang Apendiks Ketika Hamil, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif mengenai produk, hubungi segera:

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Email:
sales@ladywankaydiary.com

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).

—————————————

Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda juga boleh dapatkan info yang lebih lanjut dari artikel sebelum ini mengenai diabetes semasa hamil. Terdapat beberapa suplemen lain lagi yang boleh membantu menstabilkan paras gula di dalam darah ketika hamil.

Diabetes Semasa Hamil, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.