Kandungan asid urik tinggi di dalam darah berkait rapat dengan masalah gout. Rasa sakit mencucuk di bahagian sendi, radang dan juga bengkak di jari terutamanya jari kaki menandakan gout mula menyerang. Bagaimana cara mengurangkan asid urik di dalam darah agar masalah gout dapat diatasi?

Kenali Simptom Gout

Serangan gout boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda berikut:

  1. Rasa sakit mencucuk pada sendi.
    • Gout bukan hanya menyerang sendi ibu jari kaki. Malah ia boleh menyerang mana mana sendi termasuk sendi lutut, sendi jari, buku lali, siku dan mana mana sendi.
    • Ia boleh berlarutan hingga beberapa hari sehingga paras asid urik kembali normal.
  2. Radang dan bengkak sendi. 
    • Sendi yang diserang gout kebiasaannya akan mengalami radang dan membengkak. Timbul satu permukaan merah dan berbonjol pada sendi serta akan berasa sakit.
  3. Pergerakan sendi terhad. 
    • Serangan gout boleh menyebabkan pergerakan sendi terbatas. Hal ini kerana, pembengkakkan sendi akan mengakibatkan rasa sakit serta kesukaran untuk bergerak.
    • Kesakitan ini akan berlarutan untuk beberapa minggu bergantung kepada cara pesakit menangani serangan gout.
    • Sekiranya tidak ditangani segera, ia mungkin akan berkekalan dan boleh menyerang sendi sendi lain pula.

Ramai yang berpendapat, serangan gout ini berpunca daripada pemakanan semata mata. Pengambilan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong boleh menyebabkan gout. Namun, sebenarnya gout berpunca daripada penyakit genetik. Apabila bercampur dan asid urik berlebihan di dalam badan, mulalah gout menyerang.

Masalah gout boleh dikawal melalui penjagaan diet seimbang dan lakukan senaman berkala. Oleh itu, individu yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai gout perlu berhati hati dan sentiasa menjaga tahap kesihatan dan amalkan diet seimbang setiap hari. Terutamanya pengambilan makanan yang tinggi kandungan asid urik.

Baca Juga  6 Jenis Makanan Untuk Penderita Gout Ambil Setiap Hari

Cara Mengurangkan Asid Urik Dalam Darah

Secara normal, asid urik yang ada di dalam badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. Buah pinggang akan memproses asid urik dan ia akan keluar melalui air kencing dan najis. Kegagalan buah pinggang untuk memproses asid urik akan menyebabkan ia kembali ke dalam darah seterusnya menjadi punca gout.

Oleh itu, pemakanan harian yang seimbang sangat penting dalam cara mengurangkan asid urik di dalam darah. Di samping itu, pesakit gout juga perlu mengambil berat mengenai cara cara penjagaan buah pinggang.

Pemakanan seimbang untuk pesakit gout

  1. Makanan yang perlu dielakkan.
    • Daging itik, daging lembu muda, daging rusa atau daging haiwan buruan liar.
    • Ikan bilis, sardin, ikan hering, ikan tuna, ikan trout kupang dan kerang.
    • Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang.
    • Makanan tinggi lemak seperti daging merah, lemak ayam, ayam turki dan produk tenusu.
    • Semua jenis minuman beralkohol.
    • Semua minuman manis bergula.
  2. Makanan yang boleh diambil dalam kadar sederhana.
    • Daging merah (lembu) dan daging putih (ayam).
    • Ketam, udang kara (lobster), tiram dan udang.
    • Telur ikan atau caviar.
    • Daging proses (luncheon meat, daging kisar, sosej dang sebagainya).
    • Kacang pea, kacang merah, kacang putih dan kacang dhal (lentil).
    • Kuaci bunga matahari.
    • Sayur bayam, kobis, asparagus dan cendawan.
    • Oat dan oatmeal.
  3. Makanan yang sesuai diamalkan.
    • Mentega kacang dan kacang buah seperti almond, walnut, kacang pistachio, kacang pecan, buah berangan dan sebagainya.
    • Produk tenusu rendah-lemak atau tanpa-lemak seperti susu, keju dan yogurt.
    • Telur (kadar sederhana).
    • Sayuran lain.
    • Pasta, kentang, beras putih, beras perang dan roti gandum penuh.
    • Buah-buahan dan minuman jus buah asli.
    • Kopi atau teh tanpa gula (kadar sederhana).
    • Minyak ikan dan minyak zaitun.
Baca Juga  Cara Merawat Katarak Mata Agar Pembedahan Tidak Perlu Dijalankan

Cara menjaga kesihatan buah pinggang.

  1. Minum air masak. Pengambilan air masak 1 liter untuk setiap 25 kilogram mengikut berat badan mampu membersihkan buah pinggang.
  2. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas bukan sahaja menyebabkan penyakit diabetes, malah boleh merosakkan buah pinggang.
  3. Elakkan minuman bercafein. Pengambilan cafein secara berlebihan akan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya menyebabkan buah pinggang terbeban.
  4. Elakkan minuman alkohol. Pengambilan alkohol boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang.
  5. Elakkan pengambilan protein haiwan secara berlebihan. Protein haiwan seperti daging merah akan menambahkan muatan metabolik terhadap buah pinggang. Semakin banyak protien yang diambil, semakin teruk buah pinggang perlu bekerja.

Pulihkan Gout Dengan Berkesan Menggunakan Suplemen Shaklee

Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit gout untuk kembali sihat. Diantaranya ialah:

#1. Vivix

  • Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

#2. Alfalfa

  • Menyingkirkan toksik termasuk asid urik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

#3. Omegaguard

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

#4. Performance Drink

  • Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi.Cara Mengurangkan Asid Urik

Testimoni Gout Menggunakan Produk Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2

 

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Cash On Delivery : Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

Cara Mengurangkan Asid Urik Dalam Darah

Hits: 25

Baca Juga  Cara Turunkan Kolesterol Dalam Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares