Bercuti sekeluarga bersama suami dan anak-anak memang seronok. Sebenarnya mod kerja bagi suami tetapi cuti bagi saya anak-anak. Hehe dan destinasinya kali ini ialah ke Johor Bahru.

Amat jarang kami dapat melawat ke negeri Harimau Selatan ini. Jadi, kami ambil kesempatan untuk mencari tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk aktiviti anak-anak. Selain terkenal dengan Legoland, saya percaya anak-anak suka dengan tempat yang terkenal dengan ikon games Angry Bird ini.

Angy Bird Activity Park Johor Bahru terletak di Level 3 KOMTAR JBCC. Ia berkonsepkan indoor park yang menarik untuk dikunjungi bersama anak anak. Kami ambil masa separuh hari ini melayan keseronokan anak-anak untuk beraktiviti di sana.

Semuanya tidak dirancang sejak awalnya. Hanya ad-hoc dan kebetulan suami kena out station kerja di Johor Bahru. Setelah selesai misi kerja sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami mencari tempat yang sesuai untuk anak anak bermain sebelum pulak ke rumah.

Budak-budak awal lagi dah request nak ke Legoland, tetapi memandangkan masa terhad dan kena sampai ke rumah sebelum jam 4 petang, maka terpaksa bijak membuat pilihan.

Mujur Google bijak memberi beberapa cadangan. Hasil review beberapa buah blog, kami sepakat memilih untuk melawat ke Angry Bird Activity Park, Johor Bahru.

Harga Tiket Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Al maklumlah ini Johor Bahru kan. Lihat pada info harga tiket dirasakan memang tak berbaloi. Masa nak main tak banyak sebab kena balik cepat. Tambah lagi ada beberapa hal rumit berlaku di kaunter tiket, hampir sahaja di ‘Cancel’ niat nak masuk ke situ.

Alang-alang dah sampai kan, kami masuk juga demi kebahagiaan anak-anak. Haha.

Baca Juga  Angry Bird Activity Park Johor Bahru, Tarikan buat peminat Angry Bird

Harga Tiket Angry Bird Activity Park

Sesi untuk bermain di dalam activity park memang kami dah sedia maklum. Untuk hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum, ia hanya dibahagikan kepada 3 sesi. Okay jelah 3 sesi. Since memang kami bercadang untuk spend masa setengah hari je. Jadi kami memilih Sesi 1. Dari 10 pagi hingga 1 petang.

Kalau diikutkan, harga untuk tiket hari biasa dan hujung minggu adalah sama. Agak tidak berbaloi sebenarnya apabila hujung minggu hanya 3 jam untuk Sesi 1 dan Sesi 2 serta 4 jam untuk Sesi 3.

Harga Tiket Angry Bird Activity Park

Kalau diikutkan kanak kanak di bawah umur 3 tahun dan warga emas 60 tahun dibenarkan masuk secara percuma. Malangnya saya tidak pernah mempunyai MyKid untuk Alyah memandangkan waktu melahirkan Alyah kerajaan tidak mengeluarkan MyKid pada tahun tu.

Begitu juga Adam, saya tidak membawa bersama MyKid Adam untuk berjalan di dalam negara kerana rasakan ia tidak perlu. Jadi, saya terpaksalah membayar RM75 untuk anak saya yang 2 orang bawah 3 tahun tu. Walaupun sepatutnya FREE.

Sama juga untuk abang-abang mereka. Since saya memang tak bawa MyKid diorang, mereka berdua pun saya perlu bayar RM75 setiap seorang. Hanya saya dan suami yang masuk dengan harga RM60 ke Angy Bird Activity Park tu.

Rugi kan? Tak mesra pengguna langsung walaupun kami ni dah terbukti rakyat Malaysia.

Moral of the story, walaupun berjalan jalan di dalam negara, MyKid juga wajib bawak untuk anak anak. Bukan Mykad kita je. Bukan nak melepasi imigresen je perlukan MyKid atau surat beranak. Padan muka. Ingatkan boleh jimat RM180, rupa rupanya takde rezeki.

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Apa Yang Best di Angry Bird Activity Park, Johor Bahru

Terdapat beberapa tarikan yang menjadi tumpuan anak anak di Angry Bird Activity Park ini. Diantaranya ialah Danger Zone, Utopia, Classic dan South Beach.

Baca Juga  Angry Bird Activity Park Johor Bahru, Tarikan buat peminat Angry Bird

Danger Zone

Space Drop Air Bag

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Lazer Bird Scoot

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Utopia

Air Parkour Track

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Anti Gravity Trampoline

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Bird Wire Slack Line

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Giant Leap Foam Pit

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Piggy Shooting Gallery

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Classic

Angry Birds GO! Kart Track

Bird Nest Climbing Track

Bird Nest Climbing Track

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

South Beach

Angry Birds Video Game

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Balance Bike Lagoon

Captain Black Birds Ship

CineMine

Red Bird Sona

Secara keseluruhannya, Angry Bird Activity Park Johor Bahru ini amat sesuai untuk kanak kanak sekolah rendah kerana sesetengah permainan memang hanya untuk saiz mereka. Ibu bapa memang tak muat nak masuk.

Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Jangan lupa upah aiskrim kat anak anak ye lepas penat bermain. Lagipun waktu beli tiket tu ada diberikan voucher untuk membeli di Snack Bar atau di Angry Bird Shop.
Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Angry Bird Activity Park Johor Bahru, Lokasi Menarik Untuk Anak Anak

Hits: 457

2 thoughts on “Angry Bird Activity Park Johor Bahru, Lokasi Menarik Untuk Anak Anak

  • March 28, 2017 at 10:07 am
    Permalink

    Terima kasih untuk perkongsian anda!
    Anak-anak tarikan dalam Marah Park Aktiviti Bird begitu menarik dan menarik!
    Saya benar-benar ingin mempunyai cuba!
    Awak sangat baik!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares