Adakah anda mempunyai masalah darah tinggi? Tahukah anda, sekiranya masalah darah tinggi tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, stroke, penyakit buah pinggang dan demensia? Ketahui 8 cara kawal darah tinggi tanpa ubat di dalam artikel ini.

Tekanan darah tinggi atau dikenali juga Hypertension adalah penyakit ‘silent killer’ masyarakat Malaysia hari ini. Faktor faktor seperti pemakanan, genetik dan corak gaya hidup masyarakat Malaysia mudah menyebabkan seseorang mempunyai risiko terkena penyakit darah tinggi.

Tekanan darah seseorang yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah. Apabila tekanan darah meningkat melebihi 140/90 mm Hg  ia akan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi.

Angka pertama menunjukkan bacaan tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Manakala angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan dalam keadaan rehat.

Cara Kawal Darah Tinggi

8 Cara Kawal Darah Tinggi Dengan Berkesan

Sekiranya anda mengamalkan gaya hidup berikut, anda mampu mengawal tekanan darah tinggi. Diantaranya ialah:

#1. Pastikan berat badan ideal.

Ambil inisiatif untuk mengawal berat badan anda. Pastikan anda mempunyai BMI normal. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, berusahalah untuk turunkan berat badan.

Dapatkan cara untuk mengira BMI badan anda di sini.

#2. Amalkan senaman dengan kerap. 

Lakukan senaman 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu. Senaman secara berterusan boleh membantu untuk menurunkan berat badan dan mengawal tekanan darah.

Jadikan senaman fizikal seperti jogging, berjalan cepat, berbasikal atau berenang sebagai amalan untuk mendapat berat badan ideal.

#3. Kurangkan makanan tinggi kandungan garam. 

Garam merupakan pemangkin untuk naikkan tekanan darah. Elakkan makanan masin seperti telur masin dan ikan masin. Seeloknya amalkan pemakanan sihat berdasarkan piramid makanan.

Baca Juga  Tips Lelaki Sihat : Tampil Sihat Dan Cergas

Menyahut seruan kerajaan dengan mengamalkan pinggan suku suku separuh juga amat bagus diterap ke dalam pemakanan harian.

Hentikan tabiat mengambil makanan yang diproses dan makanan segera.

#4. Jangan merokok.

Sekiranya anda adalah seorang perokok, sila berhenti segera. Walaupun ramai yang merokok kononnya untuk kurus, namun ia membahayakan kesihatan.

Kesan nikotin rokok akan menyebabkan tekanan darah meningkan sehingga 10 mm Hg dalam tempoh satu jam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah berisiko untuk tinggi sepanjang masa.

#5. Kurangkan Stress.

Masalah stress adalah penyumbang utama tahap peningkatan tekanan darah tinggi. Tambahan lagi, pemakanan tidak seimbang, berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat boleh menyebabkan stress semakin meningkat.

Oleh itu, elakkan stress daripada membelenggu diri anda. Seimbangkan kehidupan harian daripada segala masalah tempat kerja, masalah keluarga dan masalah peribadi.

Hadapi semua masalah dan cabaran dengan tenang dan lakukan aktiviti aktiviti sihat seperti bersukan untuk melepaskan masalah yang ada di dalam diri.

#6. Amalkan diet seimbang. 

Diet seimbang amat penting dalam kehidupan seharian. Pengambilan makanan yang betul dan seimbang boleh mengelakkan tekanan darah meningkat.

Berikut terdapat beberapa tips penting yang boleh anda amalkan untuk memastikan badan sihat:

  1. Kira kalori yang diperlukan. Makan mengikut keperluan kalori badan bukan sahaja boleh membantu menstabilkan bacaan dara tinggi, malah membantu untuk menurunkan berat badan.
  2. Makan 5-7 hidangan sehari dalam jumlah sukatan yang kecil.
  3. Lebihkan pengambilan serat (fiber) seperti beras perang, grains, buah buahan dan sayur sayuran segar.
  4. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi berkait dengan berat badan berlebihan. Di samping itu, masalah kolesterol tinggi juga boleh berlaku. Pastikan anda mengawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol seperti makanan laut, organ organ dalaman sepeti paru paru dan hati serta kurangkan pengambilan lemak haiwan. Anda digalakkan untuk mengambil serat dalam jumlah yang banyak.
  5. Pastikan ada sumber potassium di dalam diet anda. Potassium boleh membantu mengurangkan kesan garam pada tekanan rendah. Pisang adalah sumber potassium yang mudah didapati.
  6. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein di dalam diet harian.
Baca Juga  Cara Merawat HFMD Tanpa Ubat

#7. Selalu periksa kesihatan

Walaupun anda tidak mempunyai masalah kesihatan, cuba jadikan amalan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan. Ini bertujuan untuk memantau perkembangan kesihatan anda.

Tekanan darah tinggi boleh berlaku pada bila bila masa tanpa kita sedari.

#8. Amalkan pengambilan suplemen resveratrol untuk menstabilkan tekanan darah.

Menurul kajian yang dijalankan pada 2015, suplemen resveratrol boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan pengeluaran oksida nitrat yang mana berfungsi untuk membantu salur darah berehat.

Oleh kerana sifatnya yang tinggi antioksidan, resveratrol boleh membantu untuk menurunkan kadar bacaan darah tinggi. Pengambilan dos yang tinggi boleh membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada dinding arteri apabila jantung berdegup.

Apabila usia semakin meningkat, dinding arteri akan semakin mengeras. Justeru, bacaan tekanan darah sistolik akan semakin meningkat. Dalam situasi inilah resveratrol berfungsi dengan meningkatkan pengeluaran oksida nitrat.

Vivix Shaklee Sebagai Cara Kawal Darah Tinggi Dengan Berkesan

Vivix Shaklee adalah suplemen di dalam bentuk cecair yang mempunyai kandungan resveratrol tinggi. Ia telah menjadi produk paling laris 2017 dan ramai yang telah mengamalkan vivix untuk mendapat kesihatan yang baik secara menyeluruh.

Vivix adah produk yang telah dipatenkan Shaklee yang mana ia kaya dengan resveratrol dan polifenol semulajadi yang sangat baik untuk:

  • menyokong penuaan secara sihat (awet muda).
  • menyokong kesihatan otak.
  • menyokong sistem imun.
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf.
  • menyoking kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.
  • menyokong tekanan darah sihat dan mengelakkan hipertensi.
  • membantu menghalang sel kanser dan melawan radikal bebas.
  • mengurangkan komplikasi akibat diabetes.
  • menggalakkan kesihatan sel secara optimum di dalam jangka hayatnya.
  • Menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Testimoni Vivix Sebagai Cara Kawal Darah Tinggi

cara kawal darah tinggi

cara kawal darah tinggi cara kawal darah tinggi

cara kawal darah tinggi

Dapatkan Vivix Sekarang! Cara Mengawal Darah Tinggi Dengan Selamat

Hubungi saya segera untuk mendapatkan info lanjut dan konsultasi ekslusif!

Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Anisah Abdullah

Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Shah Alam & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
018 – 288 8797

Order Online:rawatan alternatif slipped disc

Cash On Delivery : Shah Alam, Subang dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

8 Cara Kawal Darah Tinggi Tanpa Ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.